HIKMAH HARI ASYURA

Menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan Muharam dengan satu amalan iaitu berpuasa sunat pada 10 Muharam. Puasa sunat ini juga dikenali sebagai puasa Hari Asyura. Amalan puasa hari Asyura ini menjadi kelaziman kepada umat Islam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ " مَا هَذَا " . قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى . قَالَ " فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ". فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW tiba di Madinah dan kemudian Baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada Hari Asyura. Baginda berkata: “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah hari yang Allah SWT menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut”. Baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa AS berbanding kamu. Maka Baginda SAW pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari tersebut”. (Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga galakan yang sama dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْسٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُهُ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ .

Maksudnya: “Hari Asyura adalah hari orang-orang Quraisy berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi SAW berpuasa pada Hari Asyura dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardukan puasa Ramadan, Baginda meninggalkan (puasa) Hari Asyura, barangsiapa yang ingin berpuasa, maka lakukanlah (puasa Hari Asyura), dan barangsiapa yang tidak mahu maka dia boleh meninggalkannya”. (Riwayat al-Bukhari)

Kedua-dua hadis sahih ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk berpuasa sunat pada hari tersebut kerana puasa Hari Asyura merupakan sunnah yang dituntut.

TARIKH DAN NIAT PUASA HARI ASYURA

Umat Islam digalakkan untuk memperoleh pahala puasa sunat Hari Asyura bukan sahaja pada 10 Muharam, bahkan disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharam (Hari Tasu’a). Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ وَفِي رِوَايَةِ أَبِي بَكْرٍ قَالَ يَعْنِي يَوْمَ عَاشُورَاءَ

Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. Sementara dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq beliau berkata; ia bermaksud Hari Asyura”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mengharuskan umatnya berpuasa pada 9 Muharam (Hari Tasu’a) mengiringi 10 Muharam (Hari Asyura) adalah bertujuan untuk membezakan antara amalan puasa umat Islam (Hari Tasu’a dan Hari Asyura) dengan ibadah puasa orang Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja. Begitu juga terdapat hadis yang mengharuskan umat Islam untuk berpuasa pada 10 dan 11 Muharam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasululah SAW bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ اليَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: “Berpuasalah pada hari Asyura dan berselisihlah padanya dengan orang Yahudi, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”. (Riwayat Ahmad)

Walaubagaimanapun, sekiranya umat Islam memilih untuk berpuasa pada 10 Muharam sahaja, hukumnya harus dan sah. Hal ini bertepatan dengan pandangan Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj:

قول المتن وعاشوراء) ولا بأس بإفراده

Maksudnya: “Teks (al-Minhaj) menyebut (dan Hari Asyura) tidak mengapa untuk hanya berpuasa pada hari itu sahaja secara tunggal.”

Berdasarkan teks di atas, mazhab Syafie berpandangan bahawa umat Islam diharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja secara tunggal (tanpa digandingkan dengan hari sebelumnya). Namun lebih afdal digabungkan antara 9 & 10 Muharam atau 10 & 11 Muharam.

Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa ibadah puasa Hari Asyura boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu sama ada berpuasa Hari Tasu’a beserta Hari Asyura (9 & 10 Muharam), berpuasa 10 & 11 Muharam, atau berpuasa pada 10 Muharam sahaja.

LAFAZ NIAT PUASA HARI TASU’A DAN HARI ASYURA

نَوَيتُ صَومَ غَدٍ مِن يَومِ تَسُوعَاءِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat Hari Tasu’a esok hari kerana Allah Taala”.

نَوَيتُ صَومَ غَدٍ مِن يَومِ عَاشُورَاء سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat Hari Asyura esok hari kerana Allah Taala”.

KELEBIHAN PUASA HARI ASYURA

Bagi seseorang yang berpuasa pada Hari Asyura tersebut, maka ia memiliki ganjaran yang amat besar iaitu Allah akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صِيَامُ يَوْمٍ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: “Puasa pada Hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah c supaya dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya”. (Riwayat Ibn Majah)

Kesimpulannya, Hari Asyura merupakan ibadah puasa yang hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja dalam setahun. Malah Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada seseorang yang berpuasa pada hari terebut. Justeru marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan keampunan dengan berpuasa sunat Hari Asyura sama ada dengan berpuasa pada 9 & 10 Muharam, 10 & 11 Muharam atau berpuasa pada 10 Muharam sahaja.

Sumber: muftiwp.gov.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com