DR. SAID RAMADHAN (ABU AIMAN)
(1345H- 1416H / 1926M- 1995M)
Said Ramadhan lahir di Thantha pada tahun 1926. Beliau adalah salah seorang murid Al- Bahi Al- Khauli. Berkahwin dengan puteri sulung Imam Asy- Shahid Hasan Al- Banna. Beliau dai ‘ brilliant’. Orator ulung, politikus piawai, pandai menarik simpati masa memberi ceramah, boleh menggentarkan hati pendengar apabila member taujih ruhani di majlis mabit bersama dan memiliki pengaruh yang kuat di tengah rakyat Palestine. Seorang muslim yang mengutamakan ikatan aqidah daripada ikatan- ikatan dunia dan menjadi pasukan Islam di mana pun beliau berada.
Menubuhkan Rabitah Alam Islami
Dr. Said Ramadhan mempunyai idea besar dalam pendirian Rabithah Alam Islami di Makkah, menjadi Seketeriat Jenderal muktamar Islam untuk Al- Quds, mendirikan pusat kegiatan Islam di Geneva, Switzerland, menerbitkan majalah Al- Muslimun yang menjadi pengganti dan meneruskan majalah Asy- Syihab,aktif melibatkan diri dalam perjuangan Islam di berbagai negara. Merekrut ulama dan pemikir dari penjuru dunia seperti Mohammad Natsir, Sayyid Abu Hasan Ali An- Nadwi, Sayiyd ASbul A’la Al- Maududi, Dr. Muhammad Hamidullah, Dr. Mushthafa As- Siba’I, Mushthafa Az- Zarqaa, Muhammad Al- Mubarok, Ma’ruf Ad- DFawalibi. Mukammad Asad, Haidar Bamat, Alimullah Ash- Shiddiqi, Dr. Zaki Ali, Mahmud Buzuzu, Allal Al- Fasi, Kmil Syarif, Abdullah Kanun, Muhammad Abu Zahrah, Muhammad Yusuf Musa dan lain- lain. Majalah Al- Muslimun menjadi majalah Islam bulanan terdepan tahun 1950-an dan 1960-an. Majalah tersebut dibaca kaum muslimin sedunia, memuat tulisan pakar ilmu, tokoh pemikir, aktivis dakwah, tokoh reformasi dan hasil tulisannya selalu ditunggu oleh pembacanya di seluruh negara.
Ustadz Said Ramadhan dai yang halus perasaan, bertabiat mulia, memiliki semangat bergelora, mudah mengalir air mata, lebih dominan aspek spiritualnya, terpengaruh dengan mutiara hikmah, hanyut dalam ikatan batin dengan saudara seaqidahnya, menangis dan boleh membuat orang menangis bila berpidato, berceramah atau berdialog, mudah mengakui kesalahan, mudah memaafkan dan tidak menyimpan dendam pada orang muslim.
Pulang ke Rahmatullah
Ustadz Said Ramadhan meninggal dunia pada 5hb Ogos 1995. Beliau tidak dimakamkan di kubur Baqi’ Madinah Al- Munawwarah, seperti yang beliau inginkan. Beliau dimakamkan di Mesir. Negara yang tidak pernah beliau masuki semenjak keluar darinya pada tahun 1954, karena darahnya dihalalkan oleh pemerintah. “Mereka tidak diseksa, kecuali kerana beriman kepada Allah yang Berkuasa dan Maha Terpuji.”Said Ramadhan dikurniakan empat orang putera bernama Aiman, Hani, Thariq, Bilal dan Yasir dan seorang puteri bernama Arwa.
Semoga Allah S.W.T. merahmati ustadz Abu Aiman, memberkahi keturunannya dan saudara- saudara aeperjuangannya. Semoga Allah S.W.T mempertemukan dengannya bersama para nabi, shidiqqin, syuhada dan shalihin di surga-Nya.
Catatan: Ibnu Khaldun