IKHWAN AL-SAFA

Pertubuhan politik-keagamaan bersifat rahsia yang berkembang di Basrah pada abad ke-4 Hijrah atau ke-10 Masihi dikenali dengan nama Ikhwan al-Safa (Persaudaraan Suci). Pertubuhan ini cuba mengembangkan pemikiran falsafah dalam rangka memperkukuh penerapan syariat Islam.

Bagi kumpulan ini, tidak ada pertentangan antara kebenaran akal (falsafah) dengan wahyu. Ikhwan al-Safa juga dikenali dengan beberapa nama lain: Khullan al-Wafa’, Ahl al-‘Adl, Abna’ al-HamddanAuliya’ Allah tetapi sering disebut dengan nama singkatnya: Ikhwanuna (Saudara Kita).

Ikhwan al-Safa dikenal secara meluas hasil daripada buku yang ditulis mereka, Rasa’ilIkhwan al-Safa, yang masih ada sehingga sekarang. Meskipun mendapat tentangan hebat daripada kumpulan Islam tertentu, namun mereka dianggap berjasa dalam mengembangkan falsafah dalam dunia Islam.

AKAL DAN WAHYU

Ada dua misi utama pertubuhan Ikhwan as-Safa yang saling berkaitan: pertama, memulihkan kembali badan utama Islam (umat) dengan meneguhkan semula etika Islam yang murni; dan kedua, memungkinkan terlaksananya syariat dengan menanamkan sikap rasional ke dalamnya agar tercapai kearifan dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Menurut Ikhwan al-Safa, adanya dua cara (akal dan wahyu) untuk memperoleh keselamatan merupakan bukti kebaikan Tuhan. Kedua-duanya saling melengkapi.

Melalui akal, falsafah memberikan bukti tentang kebenaran, keyakinan dan kearifan; dan melalui wahyu, orang soleh akan memperoleh kecintaan Allah s.w.t serta meneguhkan ketaatannya kepada Allah s.w.t.

PENGARUH

Kumpulan Ikhwan al-Safa berpengaruh besar dalam memperkenalkan falsafah Yunani ke dunia Islam. Dalam usaha itu, mereka mendapat tentangan hebat daripada golongan yang cenderung menolak falsafah.

Para teologi (mutakallimun) yang menolak takwil berdasarkan ayat al-Quran dan hadis, misalnya, cenderung menolak mereka.

SURAT IKHWAN AL-SAFA

Kitab Rasa’il Ikhwan as-Safa (Surat Ikhwan al-Safa) terdiri daripada 52 naskhah: 14 tentang matematik, 17 tentang ilmu alam serta fizik, 10 tentang epistemologi serta psikologi dan 11 tentang masalah agama serta ketuhanan.

Dalam bentuk lengkap, naskhah Rasa’il Ikhwan al-Safa terbit pertama kali di Bombay (1887-1889), kemudian Kaherah (1928) dan Beirut (1957).

SAUDARA (IKHWAN)

Menurut kitab Rasa’il Ikhwan al-Safa, Ikhwan al-Safa merupakan pertubuhan yang teguh dan mempunyai banyak anggota di merata tempat. Dalam kitab itu disebut, “Kami memiliki ikhwan (saudara) di kalangan orang terkemuka dan soleh di seluruh negara. Sebahagiannya terdiri daripada kerajaan, perdana menteri, gabenor, bangsawan, sasterawan, pedagang, ulama, ahli perundangan, pencipta kraftangan dan anak-anak mereka.”

Oleh sebab pertubuhan bersifat rahsia, maka pengajaran kepada pengikutnya pun dilakukan secara rahsia. Kitab itu juga menyebut bahawa dalam setiap golongan pengikut dihantar seorang akh (saudara, bentuk tunggal bagi kata ikhwan) yang terhormat dan bijaksana untuk memberikan bantuan serta nasihat.

Catatan: Ibnu Hayyan

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com