LANGIT

Dalam kesedaran keagamaan umat Islam, langit adalah suci kerana difahamkan sebagai tempat asal turunnya wahyu Tuhan. Kesucian langit juga jelas daripada pemahaman bahawa Allah s.w.t berada di atas langit.

Dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan pendapat seorang wanita tua yang menyatakan bahawa Allah s.w.t berada di langit, ditambah lagi kisah Mikraj, iaitu perjalanan ke langit ketujuh untuk bertemu Allah s.w.t yang bersemayam di atas arasy, iaitu di atas langit (Q.13:2, 32:4, 57:4). Pada hari kiamat, langit akan digulung seperti gulungan kertas. Setelah itu, pencipta langit akan diulang kembali sebagaimana penciptaan pertama (Q.21:104).

TUJUH LAPIS

Di dalam al-Quran terdapat ungkapan “tujuh (lapis) langit” (Q.2:29; 67:3; 71:15; 78:12). Pendapat para ulama tentang ertinya berbeza-beza. Para ahli ilmu falak klasik mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “tujuh (lapis) langit” ialah tujuh planet dan tujuh lapisan yang mengelilingi bumi. Ada jug berpendapat bahawa kata “tujuh itu adalah bilangan sebenarnya. Planet yang kita saksikan ialah bahagian daripada langit pertama, dan di atasnya ada enam lapis lagi.

Bintang ialah hiasan langit bagi yang memandangnya (Q.15:16). Di tempat lain dinyatakan bahawa bintang ialah alat pelempar syaitan (Q.67: 5) yang cuba mencuri dengar berita daripada malaikat (Q.15:17-18). Al- Quran juga menggunakan kata “langit” dengan maksud “lapisan udara yang mengelilingi bumi” seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Kami telah menjadikan langit itu sebagai bumbung yang terpelihara.” (Q.21:32). Hingga kini, langit dan segala isinya masih menjadi misteri dan cabaran besar bagi ilmu pengetahuan. Manusia kemudiannya mencipta teleskop untuk menyelidiki objek di langit.

SINGGAHSANA ALLAH

Kata ‘arasy’ banyak disebutksn di dalam al-Quran dan sering dimaksudkan sebagai singgahsana Allah s.w.t. Singgahsana Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, sebagaimana disebut dalam firman, “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas ‘Arasy……” (Q.25:59). Perkara itu juga ada disebut dalam firman: “Sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Q4;131). “Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Q.5:120).

AL-SAMA’

Al- Quran memberikan makna “langit” (Arab: al-sama’) dalam erti kata yang luas. Ada kata “Langit” yang bermakna “arah atas yang berdekatan dengan bumi”, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Tidaklah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah s.w.t mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimat yang baik adalah sebagai pohon yang baik yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabangnya (puncak menjulang) ke langit.” (Q.14 ;24). Kadang-kadang yang dimaksudkan dengan langit ialah kawasan yang jauh dari bumi, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (lautan) yang banyak faedahnya.” (Q.50: 9).

Di tempat lain, kata “langit” digunakan oleh al- Quran untuk menunjukkan planet lain, iaitu dalam firman Allah yang bermaksud: “Kemudian Ia menunjukan kehendak- Nya ke arah (bahan- bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap.” (Q.41:11).

SIDRATULMUNTAHA

Nabi Muhammad s.a.w pernah mengunjungi sidratulmuntaha, tempat paling tinggi di atas langit ke tujuh, yang terletak dekat syurga (Q.53: 14-15). Disebabkan sidratulmuntaha berada di tempat tertinggi, maka kunjungan itu disifatkan oleh para ahli tafsir sebagai menandakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah sampai pada kebijaksanaan tertinggi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

BURAQ

Dalam peristiwa Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w menaiki kenderaan seperti tangga yang bergerak naik seperti  cahaya, iaitu buraq menembusi langit. Baginda ditemani oleh Malaikat Jibrail untuk menghadap Allah s.w.t dekat pohon sidaratulmuntaha di atas langit ketujuh, dekat dengan syurga. Allah s.w.t  memperlihatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebahagian daripada tanda kebesaran-Nya (Q.53:18).

Perjalanan menembusi langit itu sukar diterima akal, apalagi Nabi Muhammad s.a.w melakukannya hanya dalam satu malam. Hal tersebut hanya dapat dijelaskan melalui iman bahawa peristiwa seperti itu terjadi semata- mata kerana kehendak Allah s.w.t.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com