MENINGGAL KERANA TERTINDIH BUKU

Seorang kanak-kanak yang bernama Al-Jahiz sering membantu keluarganya dengan menjual roti dan ikan di pasar Basrah. Minat dan semangatnya yang suka membaca pada waktu malam, telah mendorong beliau menyewa kertas dan risalah di kedai buku dan membacanya sehingga membolehkan beliau memiliki pelbagai ilmu pengetahuan yang menjadikannya tersohor.

Al-Jahiz atau Abu Uthman Amr Ibn Bakar al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri telah dilahirkan di Basrah pada 164 Hijrah bersamaan 780 Masihi.

Pada zaman belianya, Al-Jahiz telah mencapai darjat keilmuan. Beliau bukan sekadar menghadiri kuliah, tetapi juga bergaul dengan para cendekiawan serta ilmuwan di Midrad, Basrah.

Beliau juga dianggap sebagai penulis kontemporari, bersistem, mempunyai pemikiran kognitif, teliti dalam membuat kajian serta pemerhatian yang menjadikan beliau diiktiraf bijak dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat.

Beliau juga dikatakan telah menghasilkan 350 buah buku dalam pelbagai bidang seperti biologi, kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ekonomi, perdagangan, dan geografi.

Kariernya mula mencapai kegemilangan sebagai penulis apabila karya penulisannya yang berjudul Books of Animals (Kitab al-Haiwan) yang mengandungi tujuh jilid telah berjaya mengangkat namanya antara penulis yang termasyhur.

Dalam bukunya itu, beliau telah membahagikan haiwan kepada tujuh jenis yang merangkumi jenis terbang, berenang, dan berjalan. Buku tersebut juga menyentuh topik mengenai kesan-kesan ke atas haiwan, cara pembentukan telur di dalam perut anak ayam, bagaimana sarang burung dibuat, habitat tidur binatang, dan sebagainya.

Selain itu, beliau turut menghasilkan sebuah lagi karya popular yang berjudul Al-Qaul fi al Baghal, iaitu mengenai asal-usul keldai, sifat, dan kehidupannya. Oleh kerana keilmuannya yang tinggi, beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang penulisannya mempunyai pengisian ilmu yang banyak dan bermanfaat bagi para pengkaji selepasnya.

Penulisannya juga turut merangkumi aspek pengaruh cuaca, diet manusia, tumbuhan, dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi, serta kawasan yang berbeza. Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga serta beberapa jenis haiwan yang lain.

Beliau turut menyediakan turutan atau jadual lengkap mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya. Antaranya, bagaimana serangga menyimpan biji-bijian yang tidak rosak semasa musim hujan.

Al-Jahiz juga mengetahui sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan beliau telah menggunakan informasi ini untuk mencadangkan satu kaedah bagaimana memerangkap nyamuk dan lalat.

Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals, kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh Al-Jahiz itu kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library Milan, Itali.

Koleksi karyanya itu (salinan daripada naskah asal) bertarikh pada kurun ke-14 dimiliki oleh pemilik terakhir Abdul Rahman al-Maghribi tahun 1615. Lembaran daripada buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi.

Kisah kematian beliau menggambarkan bahawa kehidupan beliau yang begitu mencintai ilmu. Beliau yang lumpuh tubuh badannya meninggal dunia kerana telah tertindih dengan buku-bukunya yang begitu tinggi tersusun dan tersimpan di sekelilingnya.

Kemulian dan ketinggian beliau bersama ilmu yang menjadikan beliau bersama hasil karangan ilmunya sehingga akhir hayatnya.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com