PENGINSPIRASI ARAB SAUDI

Para pengkaji pemikiran moden kerap menganggap gerakan fundamentalisme selalu berada pada tahap kekuasaan yang tidak memiliki pengaruh signifikan terhadap kemaslahatan negara. Anggapan seperti ini tentu keliru jika kita mengaitkannya dengan peranan Muhammad Ibn Abd al-Wahab dan para pengikutnya yang terkenal dengan panggilan Wahabiyah. Gerakan ini bukan hanya “bermain” di pusat kekuasaan, tetapi juga turut memberikan pengaruh yang luar biasa bagi pembentukan dan perkembangan kerajaan Arab Saudi.

Muhammad Ibn Abd al-Wahab lahir di Najd, salah satu kota penting dalam sejarah Tanah Arab moden, pada tahun 1703. Masa kecilnya dihabisinya di kota itu. Beliau belajar ilmu-ilmu agama dan gemar akan kajian-kajian al-Quran dan Hadis. Beliau memperdalam ilmu-ilmu al-Quran di Madinah, Mekah, dan beberapa kota penting di Arab Saudi. Dalam usia belajarnya, Ibn Abd al-Wahab juga sempat berkunjung ke beberapa negara di luar Arab Saudi, termasuk ke Iran, di mana beliau melihat adanya amalan-amalan keagamaan yang menurutnya dianggap menyimpang.

Kecintaannya kepada al-Quran dan Hadis mendorongnya untuk menghidupkan dua sumber utama Islam ini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan moden kaum Muslim. Beliau kemudiannya memperkenalkan slogan “kembali kepada al-Quran dan Hadis.” Beliau berpendapat, selama inti daripada ajaran Islam adalah al-Quran dan Hadis, maka seruan pemurnian ajaran keagamaan Islam harus dilandasi dengan dua sumber utama kaum Muslim ini. Abd al-Wahab tidak sekadar mengajak kaum Muslim kembali kepada ajaran-ajaran al-Quran dan juga Hadis, tetapi menganjurkan mereka melawan dan memusnahkan amalan-amalan yang dianggap bertentangan dengan ajaran-ajaran yang terkandung dalam dua sumber utama itu.

Abd al-Wahab adalah seorang yang petah berbicara dan menulis. Selain memberikan ceramah-ceramah keagamaan kepada para pengikutnya, beliau juga menulis banyak buku. Di antaranya Kitab al-Tauhid yang menjadi rujukan utama bagi para murid dan pengikutnya, Al-Ushul al-Tsalatsah wa al-Qawa’id al-Arba’ah, Tafsir al-Fatihah, Tafsir Kalimat al-Tauhid, dan Nasihat al-Muslimin.

Karya-karya Abd al-Wahab memiliki nuansa teologis (‘ilm tauhid) yang kental. Oleh sebab itu, banyak orang yang menganggapnya lebih sebagai seorang ahli teologi berbanding seorang faqih (ahli fiqh) atau mufassir (ahli tafsir), meskipunbeliau menulis beberapa buku fikq dan tafsir. Hal ini berkaitan dengan sikap dan semangat Abd al-Wahab untuk memurnikan ajaran-ajaran Islam. Dan menurutnya, pemurnian Islam tidak akan dapat terlaksana selagi persoalan-persoalan akidah mereka masih tercemar.

Sebagai orang yang dibesarkan di dalam lingkungan penganut fahaman Hanbali, Abd al-Wahab adalah seorang yang prihatin dalam hal amalan-amalan keagamaan. Sama seperti Ibn Hanbal (pelopor mazhab Hanbali) sendiri dan juga pengikut-pengikutnya kemudian (seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Al-QayyimAl-Jauziyyah), Abd Al-Wahhab bersikap tegas terhadap masyarakatnya yang dianggap menyimpang daripada ajaran-ajaran Islam. Dengan berpandukan fiqh mazhab Hanbali yang terkenal tegas dan pendirian teologi model Ibn Taimiyyah, Abd al-Wahab bertekad memerangi segala bentuk bidaah dalam beribadah dan kemusyrikan dalam berakidah.

Sikap tegasnya terhadap berbagai-bagai bentuk kemusyrikan didorong oleh adanya fakta semakin menyimpangnya amalan-amalan keagamaan. Di pusat-pusat keagamaan seperti Mekah dan Madinah, Abd al-Wahab melihat dengan mata sendiri bagaimana amalan-amalan keagamaan itu sudah lama berlanjutan. Seperti pengagungan berlebihan terhadap makam Nabi dan para sahabat baginda. Tinggalan sejarah yang sering digunakan kaum Muslim di dua kota suci itu, menurut Abd al-Wahab, telah menjadi pemangkin amalan kemusyrikan dan kemaksiatan di atas nama ibadah.

Ibn Abd al-Wahab sendiri tidak pernah menyuruh murid-muridnya untuk membongkar nisan-nisan makam para sahabat atau simbol-simbol keagamaan lainnya di tempat-tempat suci di Tanah Arab itu. Bagaimanapun, para pengikutnya, khususnya setelah kerajaan Arab Saudi didirikan dan mengadapatasi ajaran-ajaran Abd al-Wahab, mengambil langkah radikal dalam membersihkan amalan-amalan keagamaan masyarakat Arab ketika itu. Mereka bukan hanya membersihkan keyakinan dan cara berfikir kebanyakan kaum Muslim di wilayah Arab itu bahkan juga membersihkan tempat-tempat dan simbol-simbol keagamaan yang selama itu diagungkan, termasuk nisan-nisan makam para sahabat dan orang-orang suci di Madinah.

Sikapnya yang tegas terhadap amalan-amalan keagamaan yang menyimpang, khususnya amalan-amalan berbau musyrik, membuat Abd al-Wahab tidak bertolak ansur terhadap kaum sufi yang menurutnya sebagai sumber meluasnya amalan-amalan kemusyrikan. Sikap menentang terhadap sufi dan tasawwuf sebenarnya tidak hanya bersumber daripada pengalaman peribadi Abd al-Wahab sendiri, khususnya ketika beliau berkunjung ke beberapa kota di Iraq dan Iran di mana beliau menjumpai banyak penganut sufi dan Syiah yang melakukan amalan ibadat dan pemujaan di makam tokoh-tokoh agama. Bagaimanapun, sikapnya itu adalah ‘warisan’ Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, dua tokoh Hanbali yang sangat mempengaruhi cara dan sikap berfikir beliau.

Abd al-Wahab tidak hanya menolak amalan-amalan yang dilakukan sebahagian besar golongan sufi, khususnya berkaitan keyakinan terhadap wasilah (perantara), tetapi juga menolak seluruh struktur ajaran sufi dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada bidaah dan syirik. Penolakan ini adalah dari sikap teologis Abd al-Wahab yang tegas terhadap doktrin tauhid (pengesaan terhadap Allah), bahawa keyakinan terhadap keesaan Allah tidak seharusnya dikotori dengan amalan-amalan yang membawa kemusyrikan, kendati praktik-praktik itu berbau keagamaan. Satu-satunya hal yang diakui baik daripada ajaran sufi adalah sikap penyucian diri. Bagaimanapun, menurut Abd al-Wahab, orang tidak perlu menjadi sufi kalau hanya untuk melakukan pembersihan diri (Al-Uthaymayn. tt, hal. 125).

Salah satu praktik yang yang dibenci Abd al-Wahab adalah praktik wasilah dan kepatuhan yang berlebihan terhadap tokoh-tokoh agama yang dianggap suci. Amalan ini, menurut Abd al-Wahab, selain tidak memiliki dasar perintah / suruhan yang jelas, baik daripada al-Quran mahupun Hadis, amalan seperti itu juga merugikan umat Islam. Salah satu kesannya adalah meluasnya sikap taqlid (pengikutan secara membabi-buta) di kalangan umat Islam. Sikap taqlid, menurut Abd al-Wahab, adalah salah satu penyebab kemunduran kaum Muslim moden. Walaupun tidak menganjurkan perlunya setiap orang menjadi mujtahid (pembaharu fiqh), ‘penginspirasi’ negara Arab Saudi itu menganjurkan kaum Muslim agar bebas / berkecuali dan tidak bergantung kepada pendapat orang lain.

Abd al-Wahab juga mengkritik para ulama dan kaum Muslim yang sangat bergantung kepada kitab-kitab klasik dan menganggap seolah-olah kitab-kitab itu sebagai sumber kebenaran yang sama kedudukannya dengan al-Quran atau Hadis. Sikap penerimaan berlebihan terhadap kitab-kitab itu hanya akan menjauhkan umat Islam daripada sumber yang seharusnya mereka jadikan acuan utama mereka, iaitu al-Quran dan Hadis.

Sikap Abd al-Wahab yang mendukung ijtihad dan menolak taqlid menempatkannya sebagai pembaharu Islam. Walaupun banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan karya-karya Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, beliau sendiri mengaku tidak terlalu taksub dan ‘kaku’ dalam mengikuti pendapat dua ulama besar itu.

“Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim Al-Jauziyyah adalah dua ulama terkenal bagi kaum Sunni, tetapi saya tidak mengikuti mereka secara ketat,” katanya dalam bukunya al-Hadyat al-Saniyyah (ed. Sulaiman bin Sahman). Sayang, sikapnya yang ‘bebas/berkecuali’ serta sangat percaya diri ini tidak diikuti oleh para pengikutnya. Para pengikut Abd al-Wahab yang dikenal sebagai Wahhabi cenderung tertutup serta sangat fanatik terhadap pandangan-pandangan gurunya. Dalam beberapa hal, mereka bahkan melakukan amalan taqlid, sesuatu yang dibenci oleh Abd al-Wahab sendiri.

Ajaran-ajaran Abd al-Wahab tersebar secara meluas sejak Muhammad Ibn Saud, seorang pemimpin suku di Dariyah, sebuah wilayah di Tanah Arab, berjaya membina kekuatan sebagai negara Arab Saudi pada awal tahun 1800-an. Setelah Ibn Saud menakluk Mekah pada tahun 1803, ajaran-ajaran Abd al-Wahab diadaptasi sebagai doktrin rasmi kerajaan. Hal ini terus berlangsung sehingga sekarang.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com