PENTERJEMAH KITAB YANG PROLIFIK

Tokoh ini lahir di Langgar, Alor Star, Kedah pada 1 Mac 1912. Beliau mendapat pendidikan awal daripada bapanya hingga meningkat usia 10 tahun. Selepas itu, barulah beliau memasuki Sekolah Melayu Langgar pada tahun 1920. Pada tahun 1923, beliau menyambung pelajarannya di sekolah pondok (Arab) di Pulau Pinang dan di Jitra, Kedah.

Pada tahun 1928, tokoh ini (Haji Abdullah Abbas Nasution) meneruskan pengajiannya di Pondok Tok Kenali di Kota Bharu, Kelantan. Kemudian berpindah belajar di Maahad Muhammadi, Kota Bharu hingga tahun 1936. Akhir sekali, beliau belajar di pondok Ahmadiyah Bunut Payong, Kota Bharu pada tahun 1937 hingga tahun 1940.

Selepas itu, beliau kembali ke sekolah pondok di Pulau Pisang, Jitra sebagai guru dan kemudiannya berpindah pula ke Pondok Haji Muhsin, Titi Besi, Kepala Batas.

Pada akhir tahun 1940, Haji Abdullah Abbas Nasution membuka sebuah sekolah perguruan agama yang dikenali sebagai Madrasah Maahad Ehya Al-Ulum Ad-Diniah di Tanjung Pauh, Jitra. Madrasah ini menyediakan matapelajaran Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 1940 hingga tahun 1967, Madrasah Maahad Ehya AI-Ulum Ad-Diniah telah melahirkan kira-kira 4000 orang murid yang masing-masing diasaskan dengan pendidikan Islam.

Selain daripada mengajar, Haji Abdullah Abbas Nasution juga seorang ulama yang giat berdakwah menerusi bidang penulisan. Kegiatannya dalam bidang itu bermula sejak awal tahun 1930-an lagi. Pada tahun 1933, Haji Abdullah mula berlatih menjadi penulis sambilan di akhbar.

Waktu itu beliau masih belajar di Kota Bharu, Kelantan, iaitu di Pondok Tok Kenali. Dalam bidang penulisan, Haji Abdullah sering menggunakan nama samaran A.A. Pilpisani, AAN dan lbnil Arabi. Tulisannya yang sering mengimbau kepada persoalan agama itu kerap tersiar dalam akhbar Saudara, Warta Malaya di Singapura dan Sahabat di Pulau Pinang. Selain rencana agama, Haji Abdullah pernah menulis berita biasa untuk akhbar-akhbar itu. Antara bahan berita yang pernah ditulisnya termasuklah kejadian mencuri ayam, orang bergaduh dan cerita jenayah.

Haji Abdullah kemudiannya beralih kepada bidang menterjemah kitab agama daripada Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Antara usaha penterjemahannya yang awal ialah menterjemah kitab Tarbiah Al-ljtimaiah (Hal Ehwal Kemasyarakatan), Tarbiah Al-Wataniah (Sains Politik Mesir) dan beberapa kitab lain. Di samping menterjemah, beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab seperti Sejarah Melayu Raya yang mencatatkan sejarah orang Melayu dari zaman Srivijaya dan kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Pada tahun 1940, Haji Abdullah Abbas Nasution memulakan kerja menterjemah al-Quran al-Karim yang dicetak pada tahun 1959.

Beliau juga telah menulis huraian tafsir al-Quran yang dapat disiapkannya dalam tempoh lapan tahun. Secara keseluruhan, sejak tahun 1933 hingga 1980, Haji Abdullah Abbas Nasution telah menulis dan menterjemah kira-kira 100 buah kitab dan risalah yang menyentuh pelbagai mauduk.

Kebanyakan daripada kitab-kitab itu adalah mengenai Islam, termasuklah kebudayaan dan sejarahnya. Beliau juga menulis tentang sejarah am Asia Tenggara. Dalam pada itu, beliau juga pernah menulis salasilah keturunan keluarganya dan beberapa buah buku ilmu pengetahuan seperti geografi, ekonomi, riwayat hidup dirinya (autobiografi), sains politik, Sains Kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain lagi. Kebanyakan karya beliau ditulis dalam bentuk khat thuluth dan ada yang ditaip.

Haji Abdullah Abbas Nasution juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Kedah (PUK). Pada peringkat awal penubuhan Persatuan Ulama Kedah (PUK), beliau dianggap sebagai seorang daripada penaja dan orang kuat persatuan itu. Ketika itu, beliau bertugas sebagai mudir di pondok yang dikendalikannya sendiri iaitu Maahad Ehya Al-Ulum Addiniah di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah.

Sebagai tokoh penaja PUK, Haji Abdullah didaftarkan sebagai ahli ke lapan dalam persatuan itu. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Penaja dan seterusnya sebagai Setiausaha Kehormat PUK.

Sebagai Setiausaha Penaja dan Setiausaha Kehormat PUK, beliau telah dipertanggungjawabkan menggubal sebuah undang-undang PUK yang dibentuk berpandukan undang-undang tubuh Persatuan Pinang Peranakan (sebuah pertubuhan kebajikan India Muslim di Pulau Pinang). Haji Abdullah Abbas Nasution telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha PUK pada bulan Januari 1946 hingga 1949. Selepas setahun PUK bergerak di Alor Star (ibu pejabatnya di Maktab Mahmud), ia terpaksa dipindahkan ke Guar Chempedak kerana pada ketika itu Maktab Mahmud merupakan sebuah sekolah agama kerajaan.

Oleh kerana PUK merupakan sebuah persatuan bukan kerajaan, beberapa syarat tertentu telah dikenakan. Secara tidak langsung, keadaan itu sedikit sebanyak menjadi sekatan dan menghalang pergerakan PUK sendiri. Sebaliknya, pergerakan PUK di Madrasah At Taufiqiah Al-Khairiah di Guar Chempedak lebih bebas kerana madrasah itu adalah sebuah sekolah agama rakyat yang tidak terikat dengan sebarang peraturan atau undang-undang pihak berkuasa. Mulai tahun 1949 sehingga sekitar tahun 1950-an, Haji Abdullah Abbas Nasution dilantik sebagai Ketua Hal Pelajaran menggantikan Syeikh Abdul Halim Othman yang merupakan Ketua Hal Ehwal Pelajaran PUK yang pertama.

Dalam bidang politik, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Setiausaha Kesatuan Melayu Kedah dan Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu, Setiausaha PAS Kubang Pasu dan Kuala Nerang, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah dan juga Jawatankuasa Pusat PAS Tanah Melayu. Selain itu, beliau pernah menghadiri pertemuan penting Kongres Kesatuan Melayu Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946 sewaktu menentang Malayan Union.

Kehadirannya dalam pertemuan itu ialah sebagai wakil kepada PUK dan Kesatuan Melayu Kedah. Di samping itu, beliau pernah menghadiri majlis mesyuarat ulama seluruh Tanah Melayu yang berlangsung di Butterworth pada tahun 1952.

Haji Abdullah bukan saja membabitkan diri dalam bidang keagamaan tetapi turut bergerak cergas dalam bidang sosial. Satu contoh pembabitan beliau ialah sebagai ahli Persaudaraan Sahabat Pena (PERSPAM). Selain itu, beliau juga merupakan tokoh pemidato yang handal. Ini dapat dilihat sewaktu beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Riwayat dan Perjuangan Tuk Kenali” di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 Februari 1978. Beliau sering menghadirkan diri ke seminar-seminar yang berkaitan dengan politik, ekonomi, sejarah, pendidikan, bahasa, sastera dan kebudayaan.

Haji Abdullah Abbas Nasution telah kembali ke rahmatullah pada 4 Januari 1987 dalam usia 78 tahun.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com