HAWA

Ketika Nabi Adam a.s hidup seorang diri di syurga, Allah s.w.t menciptakan seorang perempuan sebagai teman dan pasangan hidup baginda. Allah s.w.t menganugerah kepada baginda seorang perempuan bernama Hawa yang bererti “orang yang dirindukan”.

Erti nama tersebut sesuai dengan peristiwa sebelum penciptaan Hawa, iaitu semasa Adam tinggal sendirian di syurga, baginda kesepian dan merindukan seorang teman hidup. Adam dan Hawa lalu hidup bahagia di syurga dan menikmati kurniaan Allah s.w.t.

Semua keinginan dan keperluan dipenuhi oleh Allah s.w.t sehinggalah kemudiannya mereka dikeluarkan dari syurga kerana kesalahan mereka dan perlu menjalani kehidupan di muka bumi.

Hawa merupakan perempuan dan ibu sekalian manusia yang terus berkembang biak hingga sekarang. Di bumi, pasangan Adam dan Hawa melahirkan banyak keturunan. Anak Adam dan Hawa kemudiannya berkembang biak di muka bumi ini dan melahirkan banyak keturunan hingga sekarang.

HIDUP DI SYURGA

Apabila diciptakan Hawa, Adam tidak lagi berasa kesepian di syurga. Allah s.w.t berfirman kepada mereka: “… Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini: (jika kamu menghampirinya), maka akan menjadilah kamu daripada golongan orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 35)

BUAH LARANGAN

Nabi Adam a.s dan Hawa melanggar larangan Allah s.w.t Mereka mendekati dan memakan buah larangan. Oleh sebab itu, Allah s.w.t menurunkan mereka dari syurga ke bumi (al-Baqarah: 36).

Nabi Adam a.s dan Hawa menyedari akan kesalahan mereka dan mereka memohon keampunan: “Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami daripada orang- orang yang rugi.” (al-A’raf: 23)

TULANG RUSUK ADAM

Al-Quran menegaskan bahawa asal usul penciptaan Adam dan Hawa tidak berbeza. Namun hadis Nabi Muhammad s.a.w menyebut bahawa Adam diciptakan daripada tanah, manakala Hawa daripada tulang rusuk Adam, sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: “Saling beringatlah kamu semua untuk berbuat baik kepada perempuan kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini difahami secara harfiah oleh sebahagian ulama dan sering dikaitkan dengan penciptaan Hawa sehingga memberikan implikasi kepada kehidupan kaum perempuan.

Namun ada ulama mutakhir yang memahaminya secara kiasan, bahkan ada yang menolak kesahihan hadis tersebut. Golongan pejuang hak wanita Islam dan sekumpulan ulama berusaha membetulkan fahaman tersebut dengan mengemukakan fahaman persamaan dari segi jantina, bahawa lelaki dan perempuan diciptakan daripada diri (nasf) yang satu. (an-Nisaa: 1)

Allah s.w.t menciptakan lelaki dan wanita sebagai hamba-Nya untuk beribadat kepada-Nya. Mereka diciptakan Allah s.w.t untuk menjadi khalifah di muka bumi. Mereka sama- sama memegang amanah yang paling asas dengan Allah s.w.t, iaitu bersaksi bahawa Allah s.w.t ialah Tuhan mereka.

HABIL DAN QABIL

Allah s.w.t mengizinkan Adam dan Hawa hidup sebagai suami isteri di bumi. Sebagai perempuan, Hawa dikurniakan kemampuan untuk hamil.

Adam dan Hawa memperoleh keturunan di bumi. Hawa pun menjadi seorang ibu bagi anak- anaknya. Setiap kali melahirkan anak, Hawa dikurniakan anak kembar, antara lain Habil dan Qabil yang kisahnya terdapat di dalam al-Quran (al-Maidah: 27-32), kecuali anak yang paling bongsu, semuanya berjumlah 21 orang.

Catatan:Ibnu Khaldun

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com