ALLAH SWT HANTARKAN ‘DRON’ HELENA DAN MILTON
Hanya dalam tempoh dua minggu, dua negeri dalam kesatuan Amerika Syarikat hampir musnah total. Allah SWT hanya hantar dua buah ‘dron’ berupa taufan (Helena dan Milton) menyebabkan dua buah negeri itu kini sedang berusaha untuk bangkit daripada kemusnahan malapetaka taufan yang kuat. Taufan yang dianggap terdahsyat selepas Katerina (2005) dan Andrew (1992).
Malah, ada yang mengatakan, walaupun kekuatan dua ribut taufan itu melemah setelah tiba di dua buah negeri tersebut, Allah SWT sebenarnya telah menghantar isyarat agar Amerika Syarikat lebih memahami tindakannya, terutama usaha keras dan tanpa kompromi untuk membantu Israel mengganyang Palestin dalam konflik terbaharu yang sudah melepasi setahun (sejak 7 Oktober 2024).
Keseluruhan konflik di Palestin sudah memasuki tahun ke-76, belum ada penyelesaian dan kata putus walaupun beribu kali dilakukan rundingan damai. Amerika Syarikat dengan sengaja menangguhkan proses damai, kerana Amerika Syarikat sangat mengharapkan Israel untuk menjadi kuasa penentu geopolitik Timur Tengah. Israel dianggap proksi Amerika Syarikat manakala Israel menganggap Amerika Syarikat adalah pembantunya yang setia, akan terus menghulurkan bantuan bagi menjamin “kesejahteraan dan keselamatan”, yang mereka bina menerusi pelbagai strategi politik dan ekonomi.
Sebab itulah, Amerika Syarikat akan terus mempertahankan Israel, sebaliknya tidak bersedia mengiktiraf negara Palestin. Itulah juga merupakan wawasan yang mereka dokongi bersama, menjadikan seluruh dunia di bawah kawalan bersama; seperti tercetak dalam agenda besar Pertubuhan Zionis Antarabangsa: satu dunia, satu pemerintahan dan semua negara mesti tunduk kepada sistem yang dipengaruhi oleh perangai dajal, setan dan iblis. (Henry Ford, Gerakan Pakatan Yahudi Antarabangsa, Batu Caves, Selangor: Cresent Boks, 2015).
Apakah kerana dua ‘dron’ yang berlaku dalam tempoh berselang dua minggu, seorang pemimpin kanan Amerika Syarikat mula memberikan ancaman kepada Israel akan ‘hentikan bantuan senjata kepada Israel” sekiranya tidak dapat selesaikan krisis kemanusiaan di Gaza? Dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Setiausaha Negara, Anthony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Llyodm Austin, Amerika Syarikat menuntut langkah konkrit untuk menangani krisis yang semakin buruk di wilayah Palestin, ketika Israel memperbaharui serangan ke utara Gaza.
“Kegagalan menunjukkan komitmen yang berterusan untuk melaksanakan dan mengekalkan langkah-langkah ini mungkin mempunyai kesan besar kepada dasar serta undang-undang Amerika Syarikat yang berkaitan.
“Kami amat amat bimbang tindakan kerajaan Israel baru-baru ini…menyumbang kepada kemerosotan keadaan yang semakin teruk di Gaza.” (Berita Harian, 16 Oktober 2024).
Surat itu turut menyatakan bahawa sekatan yang dilaksanakan oleh Israel ialah import komersial, pergerakan kemanusiaan antara utara dan selatan Gaza dan sekatan yang ‘membebankan’ ke atas barangan yang boleh masuk ke Gaza. Ini bermakna, Israel perlu memperbaiki kaedah mengawal keperluan ‘untuk hidup’ yang sangat didambakan oleh penduduk Gaza, tetapi menurut jurucakap keselamatan Rumah Putih, John Kirby, surat itu ‘tidak bermaksud sebagai ancaman’ tetapi mengulangi keperluan mendesak untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Dalam reaksi balas Israel, seorang pegawainya di Washington menjelaskan: “Israel memandang serius perkara ini dan berhasrat untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan dalam surat ini dengan rakan sejawatan di Amerika Syarikat.’
Walaupun surat itu dilihat sebagai ‘langkah khusus untuk dilaksanakan dalam tempoh 30 hari’ masyarakat antarabangsa tidak percaya ianya akan berlaku. Ada beberapa sebab, antaranya
(1) Amerika Syarikat tidak akan menguatkuasakan sekatan atau hanya sekadar menangguhkan sementara waktu ‘kiriman senjata’ ke Israel kerana bulan November 2024, negara itu sedang sibuk dengan Pilihan Raya Presiden;
(2) Sekiranya pentadbiran Rumah Putih menguatkuasakan langkah itu (sekatan kiriman senjata), ia akan mempengaruhi keputusan yang bakal diraih oleh calon demokrat, Kamala Haris untuk menjadi wanita pertama berkuasa di Rumah Putih;
(3) Jika sekatan diteruskan, ia akan memberikan peluang kepada Donald Trump yang memang dikenali sangat pro-Israel dan pendokong zionis ‘memengani pilihan raya’ walaupun hakikatnya, beliau dilihat cukup bermasalah dan tidak kompeten sebagai pemimpin diplomasi untuk memimpin Amerika Syarikat; dan
(4) Oleh kerana pengaruh oligarki Yahudi cukup besar dalam penentuan kemenangan calon presiden, akan berlaku sabotaj ke atas calon demokrat.
Atas kemungkinan-kemungkinan itu, Amerika Syarikat tidak akan melaksanakan apa yang tersurat itu, kerana ia akan menyebabkan suasana ‘huru-hara’ boleh berlaku sebagaimana berlaku ketika penyokong-penyokong Donald Trump berhimpun di Capitol Hill untuk membantah pelantikan (pengesahan kemenangan undi elektoral yang dimenangi oleh calon Demokrat) Joe Biden, walaupun calon demokrat itu sudah disahkan memenangi undi elektoral dalam pemilihan 4 November 2020.
Dua minggu sebelum pelantikan Joe Biden, tunjuk perasaan membantah kemenangan Joe Biden berlaku hampir di seluruh Amerika Syarikat, terutama dalam undi electoral yang dianggap dikuasai oleh Republikan.
Donald Trump mengarahkan penyokong-penyokongnya berhimpun membuat huru-hara dengan slogan “spirit of America”, dan kemuncaknya ialah pada 6 Januari 2021, penunjuk perasaan memecah masuk kompleks Capitol Hill. Akibatnya, empat orang terkorban dan 61 orang cedera (termasuk 56 orang anggota keselamatan).
Soalnya, jika Donald Trump memenangi pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 5 November 2024, bermakna semangat dan keinginan zionis akan kelihatan lebih agresif berdasarkan masa lalu keputusan bekas presiden Amerika Syarikat ke- 45 itu.
Secara terang-terangan, semasa berkuasa Donald Trump telah berjaya merealisasikan keinginan Israel, yakni menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel yang baharu, dan hubungan dengan beberapa buah negara Arab berjaya dinormalisasikan.
Ketika ini, Israel bukan sahaja berusaha menghukum Hamas, tetapi agenda besarnya ialah melakukan genosid terhadap Palestin. Tidak cukup dengan menyentak kerak bumi Gaza, Israel turut melakukan kezalimannya dengan menyerang Lubnan, kerana pejuang Hizbullah berpengkalan di situ. Beberapa pemimpin Hizbullah berjaya dibunuh, termasuk pemimpin utamanya, Hassan Nasrallah (31 Ogos 1960- 27 September 2024).
Matlamat Israel yang jelas ialah mewujudkan Israel Raya (the Greater Israel), yang merangkumi seluruh wilayah Palestin, sebahagian wilayah yang bersempadanan dengan Mesir (hingga ke Sungai Nil) sebahagian wilayah Arab Saudi di bahagian utara (termasuk menguasai Mekah dan Madinah) dan saki baki wilayah yang pernah dikenali sebagai Syam (Jordan, Lubnan, Libya, Syria, Iraq dan Iran) dalam kamus yang dibina oleh mereka sebagai “tanah yang dijanjikan”, dari Sungai Euphrates hingga ke Sungai Nil.
Amerika Syarikat telah, sedang dan akan membantu Israel untuk memetakan New Middle East, yakni dengan mendokong Empayar Israel Raya. Bahkan, permulaan pencalonan Kamala Haris sebagai calon Demokrat, beliau dengan jelasnya berjanji tidak akan meminggirkan Israel, sebaliknya bertekad meneruskan apa yang Israel dapat daripada Amerika Syarikat.
Maknanya, Demokrat juga tidak berani untuk menghentak Israel, hanya sekadar mampu membangunkan retorik untuk dilihat tidak terlalu pro-Israel, dan hal ini dapat dilihat daripada dasar dan kempimpinan Rumah Putih semasa dikuasai oleh Barrack Obama selama dua penggal.
Di awal pentadbirannya, Obama dilihat lebih simpati dengan masyarakat Muslim, namun setelah berkuasa, retorik itu berkembang menjadi tindakan yang cukup diskriminatif termasuk menggunakan mekanisme antarabangsa menekan Iran dengan alasan ‘membangun senjata nuklear”. Ia seolah-olah mengulangi dasar George Bush Jr apabila melakukan retorik ‘memerangi keganasan’ dengan mengekalkan kehadiran tentera Amerika Syarikat di Irak.
Obama menggunakan badan kuat kuasa nuklear antarabangsa untuk menekan Iran, yang membangunkan tenaga nuklear kerana ingin beralih kepada tenaga baharu daripada terus bergantung kepada kuasa fosil (minyak dan gas), yang dijangka akan kehabisan pada suatu masa.
Akibatnya, selain dikenakan sekatan penjualan minyak (hanya untuk keperluan makanan), seluruh entiti dan aset Iran yang ada di Amerika Syarikat dibekukan, dan kemudian diikuti oleh beberapa negara sekutunya di Eropah.
Masalah sebenarnya ialah kebimbangan Israel. Apabila negara-negara Arab dan Afrika Utara berjaya membangunkan industri moden dan kelengkapan mempertahankan diri, Israel bimbang usahanya merealisasikan Israel Raya akan dikucilkan. Negara-negara Islam (Iran dan Irak) pernah dilabelkan sebagai ‘paksi syaitan’ sehingga secara ketenteraan Irak berjaya dikeronyokkan dengan tindakan ketumbukan tentera Amerika Syarikat.
Kebimbangan Israel ketika itu ialah solidarity rakyat Iraq kepada Saddam Hussein, dan Irak dilihat menjadi ancaman besar. Atas sebab itulah Irak menjadi negara sasaran oleh Amerika Syarikat setelah mempercayai data risikan agensi perisikan Israel, dengan menggunakan alasan, memerangi keganasan.
Tragedi World Trade Center (11 September 2001) merupakan titik tolak yang cukup menghina masyarakat Islam, sedangkan tragedi itu sebenarnya adalah konspirasi Pentagon dan Mossad, yang belum terungkai sepenuhnya.
Secara mudahnya, jawapan kepada kenapa tidak ada keturunan Yahudi yang mendominasi ruang kerja di WTC tidak terbabit dalam insiden tersebut, walhal, hari kejadian merupakan hari bekerja, dan masa itu adalah masa bekerja (antara 8.14 pagi dan 10.03 pagi). Ia mengorbankan hampir 3,000 orang, dan dua menara berkembar itu runtuh seperti proses meruntuhkan bangunan tinggi dengan menggunakan ‘bom’ di setiap aras.
Ia bukan seperti keadaan bangunan tinggi runtuh akibat serangan peluru, jatuh mengarah ke sisi. Apa yang berlaku, bangunan itu runtuh ke bawah ranap ke tanah secara lurus menurut alurnya. Andaian yang masih belum ada jawapan ialah, runtuhan itu sebenarnya sudah dirancang terlebih dahulu, dengan memasang ‘bom’, yang diandaikan itu adalah rahsia Pentagon dan Mossad, bagi membolehkan Amerika Syarikat ‘kuasa’ menyerang dua negara yang dianggap sebagai kuasa yang menggerunkan di Timur Tengah (iaitu Iran dan Irak).
Iran digeruni kerana mempunyai jumlah tentera darat yang besar dan cekap berperang. Iran ingin dihancurkan untuk mengembalikan maruah Amerika Syarikat yang tercalar apabila Revolusi Islam Iran berjaya menjatuhkan rejim boneka Dinasti Pahlavi. Selepas itu, Amerika tersedak dengan kegagalan membebaskan tawanan rakyatnya oleh tentera revolusi dalam insiden di kedutaannya di Teheran.
Atas sebab itulah Amerika Syarikat menggunakan alasan, Irak mempunyai ‘senjata pemusnah besar-besaran’ walhal agenda sebenarnya ialah membunuh Saddan Hussein dan menguasai telaga minyak. Setelah berjaya melaksanakan agenda tersebut, Iran pula diserang dalam perang psikologi dengan mewar-warkan sedang membangun senjata nuklear. Akibatnya, Iran dikenakan embargo ekonomi, dan dipaksa menerima pasukan antarabangsa untuk memeriksa pusat tenaga nuklear yang dibangunkan.
Sehingga beberapa tahun berlaku, Irak nyata tidak mempunyai ;senjata pemusnah besar-besaran, tetapi kedamaian rakyat Irak semakin hilang, sehingga kini, Amerika Syarikat terus mengawal Irak. Hal ini membolehkan Israel berbuat apa sahaja, kerana Irak tidak lagi mampu bersama-sama masyarakat Islam untuk menentang Israel.
Iran menjadi satu-satu negara yang terus menentang Israel dan membantu para pejuang Hamas, Houthi dan Hizbullah. Bahkan, dalam krisis terbaharu, Iran telah melancarkan dua serangan “menunaikan janji” sehingga menyebabkan Israel tertekan. Serangan pertama belaku pada bulan April 2024, dua minggu selepas Israel membunuh pagawai kanan tentera revolusi di Lubnan.
Dalam serangan tersebut, lebih 300 dron, peluru berpandu berjaya dilancarkan dan walaupun Israel menyatakan berjaya ditangkis, ia menceritakan kepada umum, kecanggihan sistem pertahanannya belum cukup kuat kerana beberapa peluru berpandu Iran telah berjaya melepasinya serta menepati sasaran, yakni kawasan simpanan senjata Israel.
Dalam serangan kedua, Oktober 2024, Iran melancarkan serangan yang lebih besar ke atas Israel dengan menyasarkan kem-kem tentera dan tempatan penyimpanan senjata. Hasilnya, beberapa peluru berpandu Iran menepati sasaran sehingga beberapa orang askar Israel terbunuh.
Namun, Israel tidak mengumumkan kemusnahan yang berlaku, termasuk anggota tenteranya yang terbunuh dan cedera, kerana semua maklumat dikawal. Kawalan itu adalah bagi menggambarkan sistem pertahanannya masih sempurna dan sangat berkesan, walhal semakin hilang keupayaan menangkis.
Itulah juga apa yang berlaku pada pemulaan krisis, yakni ketika Hamas berjaya ‘menawan’ beberapa kawasan yang dikuasai oleh Israel dengan menggunakan senjata paling sederhana. Namun, tindak balas Israel kemudiannya benar-benar menghentak kerak bumi Gaza, sehingga menyebabkan kematian lebih 42,000 orang dan hampir 100,00 orang rakyat Palestin tercedera.
Tidak cukup dengan itu, seluruh pintu masuk ke Gaza dikawal dan ditutup oleh tentera Israel. Akibatnya, berlaku krisis kemanusiaan yang cukup parah di Gaza: tiada makanan, ubat-ubatan dan pesakit dibiarkan mati tanpa rawatan.
Dalam beberapa tindakan kejam, tentera Israel turut memusnahkan hospital termasuk hospital medan, sekolah, perumahan rakyat dan menyerang kem-kem yang didiami oleh rakyat Palestin sejak penjarahan bermula pada tahun 1948. Gaza menjadi penjara mega yang terbesar pernah wujud di muka bumi, malah kekejaman Israel melampaui dakwaan zionis terhadap kekejaman tentera Nazi ke atas masyarakat Yahudi.
Pada imaginasi Israel, dengan membunuh pemimpin utama ‘musuh’, mereka akan menjadi lebih mudah untuk menjarah setiap inci bumi Gaza, atau Hamas akan lumpuh. Sebenarnya, impian sedemikian tidak berlaku, biarpun Ismail Haniyeh telah berjaya dibunuh di Teheran selepas beberapa jam meyaksikan upacara pengangkatan Masoud Pezeshkian pada 31 Julai 2024, semangat Hamas tidak pernah luntur dan semakin tegar menentang Israel. Mereka tidak rela menyerah kalah, selagi masih bernafas selagi itulah rakyat Palestin akan terus berjuang menentang penjajah.
Ketika kempen pemilihan presiden Amerika Syarikat berada di peringkat separuh jalan, apa yang berlaku di Carolina dan Florida akan menjadi faktor penentu kemenangan sama ada bagi Donald Trump (Republikan) untuk kembali menguasai Rumah Putih dan Kamala Haris (Demokrat), mengekalkan kedudukan Demokrat di Rumah Putih setelah Joe Biden mengumumkan tidak akan bertanding untuk penggal kedua.
Sebelumnya, Kamala Haris dilihat mempunyai peluang untuk menang, tetapi tidak bermakna Trump yang cukup ‘ligat’ dengan politik ‘gasak dan bermulut besar’ tersekat peluang untuk berkuasa buat kali kedua setelah menang pada pemilihan 2016. Oleh kerana ujaran kebencian dan kebohongan politik, Donald Trump pernah dilabelkan sebagai pengamal politik ‘gelojoh’ yang cukup membahayakan. Sebab itulah dalam pemilihan seterusnya, beliau dapat dikalahkan oleh seorang pemimpin demokrat yang sudah berusia, Joe Biden.
Taufan Helena melanda Carolina pada 19 September 2024. Sehingga kini, dianggarkan lebih 300 orang meninggal dunia manakala lebih sejuta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing. Jumlah kerugian ditaksirkan melebihi USD $ 40 bilion.
Menyusul beberapa hari kemudian, taufan Milton (mirip tengkorak manusia, Kosmo, 12 Oktober 2024) melanda Florida menyebabkan lebih 15 orang terkorban dan berjuta-juta penduduk terputus bekalan elektrik, beribu buah rumah musnah. Anggaran kerosakan sekitar USD$ 50 bilion.
Dua taufan dahsyat itu sudah diramalkan lebih awal akan berlaku di dua buah negeri berkenaan. Sebaik sahaja mendapat petunjuk, penduduk di dua buah negeri tersebut diarahkan siap sedia berpindah, kerana dua taufan itu benar-benar boleh menyebabkan kerosakan besar dan kematian yang besar.
Kekuatan taufan Helena yang melanda Carolina dianggap lebih kuat daripada taufan Katrina yang pernah mengakibatkan penduduk Bahamas, Florida Selatan, Missisipi, Alabama, dan beberapa kawasan timur Amerika Syarikat. Taufan Katrina kemudiannya disusuli dengan banjir telah menyebabkan lebih 1800 orang meninggal dunia dan menanggung kerugian sejumlah USD$ 81.2 bilion (2005). Jumlah anggaran kemusnahan tersebut adalah tiga kali ganda daripada kemusnahan akibat taufan Andrew yang berlaku pada tahun 1992.
Taufan Milton melanda pantai Teluk Florida (9 Oktober 2024) ribut kategori 3, diikuti dengan lebih 20 serangan puting beliung dan disifatkan sebagai bencana terbesar pada abad ini. Dan, tentunya, dua bencana yang menimpa dua negeri yang cukup penting dalam strategi ketenteraan Amerika Syarikat bakal mengganggu kiriman senjata ke Israel. Tanpa bantuan Amerika Syarikat, Israel mengakui bahawa tenteranya tidak mampu untuk berperang walaupun dalam tempoh dua hari. Kerana kiriman dan bekalan senjata daripada Amerika Syarikat, konflik di Gaza sudah melepasi setahun dan kini melebar ke Lubnan.
Dua negeri yang dilanda bencana besar tersebut adalah dua buah negeri yang sangat strategic bagi Amerika Syarikat, sebagai pengeluar senjata (North Carolina) dan tumpuan para kapitalis Yahudi (Florida). North Carolina mempunyai penduduk seramai 10 juta orang manakala Florida, didiami oleh 22 juta populasi.
North Carolina merupakan pengakalan tentera Amerika Syarikat yang terbesar dan tercanggih. Dari sini, pesawat perang yang paling canggih akan berlepas dan seterusnya membawa senjata ke Israel untuk digunakan membunuh rakyat Palestin, dan Lubnan. Pendudk North Carolina sangat taksub mendokong Israel, kerana sebahagian daripada mereka merupakan pekerja di pengkalan tentera, dan juga industri senjata yang dimiliki oleh kapitalis Yahudi. Sebahagian besar kapitalis Yahudi yang menguasai sektor ekonomi dan kewangan mendiami Florida.
Kapitalis Yahudi yang tinggal di Florida turut memainkan peranan dalam Kongres Amerika, selain meluluskan undang-undang dan pakej bantuan, yang kemudiannya dilaksanakan menerusi North Carolina, mereka turut menjadi faktor penentu dalam pemilihan calon presiden Amerika Syarikat.
Jika Florida melambangkan kekuatan kewangan, North Carolina merefleksikan kekuatan ketenteraan buat Amerika Syarikat. Namun, setelah dua ‘dron’ yang dihantar oleh Allah SWT, Milton untuk Florida dan Helene untu North Carolina, ‘dron-dron’ tersebut benar-benar menyebabkan dua buah negeri itu berada dalam sengsara yang panjang, maka apakah mereka akan berfikir dan akan bermuhasabah diri?
Sebagai umat Islam, kita yakin bahawa apa yang berlaku itu adalah ‘amaran’ Allah SWT terhadap apa yang berlaku dan seterusnya berusaha membaiki kehidupan agar tidak terus berlaku lagi bencana yang dahsyat itu. Sebanyak dua kali Allah SWT menjelaskan tentang kehidupan kita di bumi dan Dia akan menurunkan azab bagi mereka yang zalim. Namun, Allah SWT menurunkan azab itu kepada semua orang yang ada di kawasan yang dilanda bencana, kerana Allah SWT inginkan semuanya berfikir dan mengambil ikhtibar.
Pada Surah Al-An’am (6:11), Allah SWT berfirman, dengan maksud:
“Katakanlah: ‘Berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan.”
Dalam Surah Ar-Rum (30:42), Allah SWT menasihatkan:
“Katakanlah, ‘Berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang sebelum ini. Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.’”
Pada kita, orang Islam percaya dan yakin, apa yang berlaku itu adalah “azab daripada Allah SWT”. Lantaran itu, kita sepatutnya mengingatkan diri agar tidak berlaku zalim (diri sendiri orang lain mahupun sekutu yang lain) dan mendidik anak-anak kita tentang azab Allah SWT yang tanpa kita sedar akan berlaku akibat ‘kerosakan dan kemusnahan” yang kita perbuat, sebabnya Allah SWT sudah memberikan ingatan yang cukup jelas, Allah SWT sangat benci kepada manusia yang menjadi makhluk perosak.
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Rum, ayat 41.
“Makanlah dan minumlah dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (Surah al-Baqarah, ayat 60).
“Dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (surah al-Maidah, ayat 64).
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Alah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (surah Luqman, ayat 18).
Semoga kita dijauhi daripada segala bencana dan malapetaka yang dahsyat, kerana kemakmuran dan kesejahteraan hidup ini hadir dengan sikap amanah dan tanggungjawab. Semoga negara kita kekal aman dan sejahtera, terlindung daripada mala petaka yang dahsyat, maka berusahalah kita dengan sesungguhnya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik-baiknya, untuk menepati apa yang ada dalam makna Amar Makruf Nahi Mungkar.
Apakah Helena dan Milton sengaja dihantar oleh Allah SWT untuk mengingatkan mereka tentang ‘kerosakan’ yang telah mereka lakukan? Karma akan terus berlaku selagi kita melupakan fitrah dan hakikat diri sebagai hamba, yang bergerak dalam dua dimensi secara seimbang dan berpadu: amanah dan tanggungjawab kepada sesama manusia (juga makhluk) serta kepada Maha Pencipta, hidup dan mati adalah ketentuan-Nya.
MONOSIN SOBRI