ANTARA SEJARAH DAN KETAMAKAN: 500 TAHUN MELAYU ISLAM HILANG ARAH

Oleh Ghafar Mohamad – Jurucakap Malaysia’s 21st Century Political Vision

KEBENARAN yang pahit perlu diterima.

Apa yang sering disebut sebagai kesatuan Melayu Islam hari ini, dalam banyak keadaan, hanyalah retorik, bukan kuasa sebenar.

Sejak Melaka ditawan Portugis pada tahun 1511, Melayu Islam sebagai kuasa pemerintahan berdaulat telah runtuh.

Selepas lebih 500 tahun, hala tuju itu masih belum benar-benar ditemui semula.

Sebelum 1511, Melaka ialah Kerajaan Melayu Islam yang lengkap.

Pemerintahan Melayu, undang-undang Islam dan adat, institusi pentadbiran, tentera, undang-undang maritim serta hubungan antarabangsa, semuanya dipegang oleh Melayu Islam.

Islam menjadi asas pemerintahan, dan Melayu memegang kuasa sebenar.

Apabila Melaka jatuh, yang hilang bukan sekadar sebuah kota. Yang runtuh ialah seluruh sistem Melayu Islam.

Ribuan orang Melayu Muslim terkorban. Sejak itu, Melayu Islam tidak lagi memerintah, tetapi diperintah.

Penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun memutuskan kesinambungan kuasa politik Melayu dan mengecilkan peranan Islam dalam pentadbiran.

Penjajahan British meninggalkan kesan paling dalam.

Daripadanya lahir golongan elit tempatan yang berfikir dan bertindak mengikut acuan penjajah, berkulit Melayu, tetapi berjiwa kolonial.

Kemerdekaan tidak memulihkan sepenuhnya kedaulatan Melayu Islam. Yang tinggal ialah identiti, bukan kuasa.

Dalam keadaan inilah, muncul Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai antara tokoh Melayu moden yang secara konsisten membawa gagasan kesatuan Melayu Islam sebagai satu kekuatan besar, bukan kelompok kecil yang berpecah.

Ketika memimpin kerajaan dari 1 Mac 2020 hingga 24 November 2022, beliau cuba menyusun semula kuasa politik Melayu Islam dalam kerangka negara moden, walaupun berdepan tekanan dalaman dan luaran yang hebat.

Tan Sri Muhyiddin mengingatkan bahawa “alangkah baiknya jika semua pemimpin Melayu dan Islam dapat bersatu dalam satu jemaah yang besar, daripada terus berpecah dalam kelompok kecil yang melemahkan kekuatan sendiri.”

Kenyataan ini bukan slogan kosong, tetapi ringkasan masalah Melayu Islam selama lebih 500 tahun, berpecah, bertelagah, lalu mudah dilemahkan.

Namun usaha ini gagal bertahan.

Kepentingan sempit, ketamakan kuasa dan mentaliti lama mengatasi agenda besar yang cuba dibina.

Apa yang sepatutnya menjadi titik kebangkitan, akhirnya menjadi satu lagi episod kegagalan kerana Melayu sendiri tidak sepakat.

Hari ini, PN, khususnya Bersatu dan PAS, membawa panji politik Melayu Islam.

Dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai simbol paling jelas kepada usaha menyatukan kekuatan Melayu Islam secara realistik dan berprinsip, bukan berasaskan emosi atau retorik agama semata-mata.

Namun perjuangan ini masih rapuh kerana perebutan jawatan dan kegagalan memahami sejarah.

Islam di Tanah Melayu tidak wujud dalam ruang kosong.

Ia berakar pada bangsa Melayu, sejarah tanah ini dan realiti kuasa.

Hakikat ini sering ditepis atas nama kesucian slogan, sedangkan sejarah membuktikan agama yang terpisah daripada kuasa hanya tinggal sebagai simbol.

PAS khususnya perlu keluar dengan bijaksana daripada perangkap komun, iaitu politik kelompok sempit yang melihat Islam hanya dalam lingkungan jemaah sendiri, tanpa kefahaman tentang struktur kuasa, sejarah bangsa dan realiti pemerintahan.

Pendekatan ini melemahkan, bukan menguatkan. Ia mengecilkan Islam dalam ruang sempit, sedangkan Islam pernah memerintah sebagai sistem.

Islam tidak akan berdaulat di Tanah Melayu tanpa kesatuan dan kekuatan bangsa Melayu.

Ini bukan soal perkauman, tetapi soal sejarah dan realiti.

Tan Sri Muhyiddin memahami hakikat ini, sebab itu beliau menekankan kesatuan besar, bukan politik pecah dan perintah sesama sendiri.

Pemimpin Melayu hari ini perlu berhenti berselindung di sebalik slogan.

Lebih 500 tahun Melayu Islam hilang arah, bukan hanya kerana penjajah, tetapi kerana kegagalan kepimpinan menjaga kesatuan dengan jujur dan berprinsip.

Kesatuan Melayu Islam bukan alat kempen, tetapi soal kelangsungan hidup.

Jika pemimpin terus mendahulukan diri dan parti, sejarah akan berulang.

Tiada siapa akan menyelamatkan Melayu Islam jika pemimpin Melayu sendiri tidak serius. Rakyat juga mesti sedar, kesetiaan tanpa prinsip hanya memanjangkan kehilangan arah.

Justeru itu, Melayu Islam tidak jatuh kerana musuh semata-mata, tetapi kerana perpecahan, ketamakan dan kegagalan belajar daripada sejarah sendiri.

Selagi kesatuan Melayu Islam tidak dibina seperti yang diingatkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai satu kekuatan besar yang bersatu dan berprinsip, selagi itulah Melayu Islam akan terus berjalan tanpa arah.

Yang patah bukan tongkat,
yang patah ialah arah.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com