CINTA DAN TRAGEDI

"Living life in touch with divine spirit let us see the light of love in all living beings. That light is a resurrected by spiritual awakening. On the surface it appears that our nation has gone far down the road of secular individualism, worshiping the twin gods of money and power, that there seems to be no place of spiritual life." (bell hooks, All About Love: New Visions, New York: William Morow- HarperCollins Publishers, 2001, hal.60).

Entah kenapa petikan itu yang menjentik minda sehingga saya mengambil masa beberapa jam mencari buku All About Love: New Visions bagi memastikan petikan itu benar-benar ada, asli dan cukup betul, bukan lagi bersandarkan pada ingatan semata-mata.

Beberapa hari lalu, saya banyak menonton video dan juga sinisme pempengaruh yang mempertikaikan beberapa keputusan awal mengenai "kebijaksanaan" ahli DPR (Dewan Perwakilan Rakyat, atau Wakil Rakyat) dan para menteri) termasuk Presiden Indonesia terhadap apa yang berlaku di Sumatera sejak 22 November lalu: banjir bandang, tanah runtuh dan gelondongan kayu. (bandang = besar; gelondongan = potongan pokok yang belum diproses)

Ekoran keputusan awal kerajaan tidak mengisytiharkan bencana yang berlaku sebagai darurat nasional, atas alasan, ia hanyalah berlaku di Sumatera (Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh), persepsi tentang bencana yang dikatakan tidak "tragik", seluruh DPR dan kabinet Prabowo dikecam. Ia dikecam kerana tanpa pengisyitaharan darurat nasional, bererti, negara tidak wajar mengerahkan seluruh aset negara bagi misi pencarian dan menyelamat, biarpun pilihan kampung terputus sama sekali.

Jika diisytiharkan darurat, kerajaan akan mengeluarkan begitu banyak wang untuk menguruskan mangsa, membaiki kerosakan dan mengenakan beberapa tindakan drastik bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat, semasa dan pascabencana.

Kedua, bencana yang telah mengorbankan lebih 1300 orang, dijangka akan meningkat lebih seribu orang berdasarkan lebih lima ratus lagi masih belum dapat dikesan (5 Disember 2025). Mereka dikategorikan sebagai orang hilang. Puluhan ribu bangunan, rumah dan pusat-pusat komuniti lenyap sekelip mata. Lebih 3 juta orang terkesan dan lebih sejuta daripadanya menjadi pengungsi. (rujuk: https://share.google/e4vjnWcPVQEK2bzYs).

Pada anggaran awal, setelah seminggu bencana yang belum dapat diuruskan dengan berkesan, proses pembangunan semula aset dan infrastruktur yang musnah boleh mencecah 65 hingga 70 trilion rupiah (RM 15-18 bilion). Tentunya, bagi masyarakat ia sesuatu yang sangat membebankan tanpa ada kesanggupan kerajaan untuk menyelesaikannya. Di sinilah muncul sinisme yang kelihatan logik, dan berlawanan dengan logik menteri pada awalnya.

Ketiga, kerajaan dikritik kerana gagal menguruskan bencana, sebaliknya para politikus dilihat cukup kuat melakukan pengiraan imej mereka atas keperluan politik masing-masing. Mereka mula mengeluarkan beberapa kutipan ucapan Presiden, para menteri dan bekas menteri yang dikatakan bertanggungjawab meluluskan penebangan hutan demi membuka ladang kelapa sawit, lesen melombong dan aktiviti pembalakan. Tidak kecil kawasan-kawasan hutan yang sudah digondolkan, sama ada secara halal mahupun haram.

Video pendek yang menjadi justifikasi Prabowo yang mengkritik pandangan aktivis alam sekitar, hutan ditebang dan digantikan dengan kelapa sawit bukan masalahnya, kerana kelapa sawit juga membantu memulihkan ekologi, mengeluarkan oksijen dan menyerap karbon monoksida melalui daunnya yang hijau.

Video itu kemudian disergah oleh rakyat Indonesia, kelapa sawit dan pokok-pokok asal tidak sama. Kelapa sawit, walaupun ikut memproses oksijen, akarnya tidak memasak tanah sebagaimana pokok-pokok asal yang tumbuh beratus tahun. Di sekitar pokok asal, ada pokok-pokok kecil yang ikut berperanan menahan tanah daripada gelonsor, semuanya berperanan menahan tanah daripada kegelonsoran.

Pokok kelapa sawit tidak mampu, kerana akarnya tidak memasak ke dalam tanah. Persekitarannya di tata, tidak dibenarkan tumbuh pokok-pokok kecil yang berakar tunjang, kecuali pokok-pokok yang menjalar dan sedikit rumput. Jika tumbuh juga, semuanya akan dibunuh, diracun dan ditebang bagi memudahkan aktiviti pembajaan, penuaian tandang kelapa sawit dilakukan.

Keempat, sinisme lainnya ialah tentang gelondongan kayu yang hanyut bersama banjir pandang. Awalnya, tidak ada yang berusaha mengalahkan aktiviti penebangan hutan, sama ada pembelaan halal atau harian, kerana kayu-kayu yang hanyut itu adalah tumbang secara alami (semula jadi).

Namun setelah air surut, disaksikan bahawa tidak semua gelondongan kayu itu tercabut secara alami, malah cukup banyak gelondongan tersebut yang cukup tertib caranya ditumbangkan, antara pangkal dan hujung seperti digergaji. Maka, kata mereka: benar hujan turun dari langit, tetapi bukan gelondongan kayu ikut turun dari langit. Gelondongan kayu juga ikut turun dari langit. (baca: https://share.google/8cPfEshR0Dd23squI).

Ada yang mencari logik, ada yang membawa logik itu dengan memaparkan sinisme yang sangat masuk akal. Eksperimen mereka menjadi, kerana jika pokok tercabut, ia akan hanyut bersama akarnya. Apa yang terjadi, gelondongan kayu yang besar-besar tidak hanyut bersama akarnya, ia hanyut bersama potongan yang lurus dan tertib.

Sinisme itu membentuk tekanan yang cukup besar kepada kerajaan yang memerintah, bahkan ada yang mendesak agar pembalak-pembalak (haram dan halal) dicari, didedahkan kepada umum. Mereka perlu dikenakan tindakan keras, didakwa dan didenda semaksimum mungkin kerana telah mengakibatkan sampai bencana yang cukup besar, dikategorikan sebagai tsunami kedua. Pelaku-pelakunya tidak dilindungi, bahkan didenda untuk ikut melaksanakan proses pemulihan hutan agar tragedi yang sama atau lebih besar tidak berlaku di masa hadapan.

Kelima, kerajaan didesak agar lebih bersimpati dengan rakyat berbanding dengan kapitalis-kapitalis yang menceroboh alam atas kerakusan mereka. Jika boleh, seluruh kekayaan yang diraih dirampas, dan dikembalikan semula kepada alam dengan aktiviti menanam semula pokok-pokok dan hutan yang telah digondolkan. Kata mereka, memang Tuhan membenarkan sumber alam diambil untuk faedah manusia, tetapi tatacara pengambilannya hendaklah dilakukan secara bijaksana.

Jika lesen pembalakan atau perlombongan diberikan, ia ikut mensyaratkan prosesnya tidak dilakukan secara melampaui, perlu peka dengan dampak yang akan berlaku. Sebelum dibenarkan, perlu sebuah janji untuk tidak dilaksanakan secara gelojoh, dan paling penting, tidak merosakkan ekologi pada tahap yang mengancam nyawa penduduk yang berada di sekitarnya. Jika membalak di hutan, fikirkan apa nasib penduduk di sepanjang sungai yang mengalir dari kawasan tanah tinggi atau kawasan takungan air.

Pesan Mahatma Gandhi: "Bumi menyediakan cukup untuk memenuhi keperluan manusia, tetapi tidak untuk memenuhi keserakahan setiap manusia."

(Bersambung)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com