CINTA DAN TRAGEDI (II)

"Let alone in the "me" culture, we consume and consume with no thought of others. Greed and exploitation become the norm...Intense spiritual and emotional lack in our lives is the perfect breeding ground for material greed and overconsumption.In world without love the passion to connect can be replaced by the passion to possess...Our nation fell into the trap of pathological narcissim..." (bell hooks, All About Love: New Visions, hal. 82-83).

                                                                                                        ****

Ketika air surut, Sibolga menjadi pulau kayu (rujuk: https://www.facebook.com/share/r/1D8pKdnxha/). Maksudnya, seluruh pemandangan di Sibolga yang paling mencolok masyarakat ialah kayu-kayu yang ditinggalkan oleh banjir bandang. Namun, Sibolga akan kekal dengan ceritanya sendiri, baik cerita seorang pemuda bernama Arjuna Tamaraya (21) yang menumpang ketika hujan lebat, akhirnya kehilangan nyawa akibat dibelasah oleh lima lelaki yang mungkin curiga kehadirannya di Masjid Sibolga (31 Oktober 2025).

Berdasarkan rakaman CCTV Masjid Agung Sibolga, Sumatera Utara (SUMUT) mangsa dibelasah sekitar jam 3.30 pagi (menjelang dini hari) hari Jumaat. Menghampiri waktu subuh, tubuh Arjuna yang sudah tidak berdaya ditemui di kawasan letak kereta masjid. Beliau kemudiannya dibawa ke rumah sakit, namun sekitar jam 6 petang beliau disahkan meninggal dunia (Sabtu, 1 November 2025). Lima pemuda itu berjaya ditangkap dalam beberapa siri pencarian. Salah seorang dilaporkan mencuri wang sebesar 10,000 rupiah milik Arjuna. (Baca: https://www.detik.com/.../5-fakta-pria-dianiaya-hingga...).

Arjuna, seorang mahasiswa dan keluarganya berada di Simeulue, Aceh. Arjuna merupakan anak lelaki tunggal dan anak kedua daripada empat beradik. Ayahnya sudah meninggal dunia, dan Arjuna menjadi "tulang belakang keluarga". Dilaporkan, Arjuna sudah beberapa bulan berada di Sibolga, menjadi nelayan. Pada malam kejadian, Arjuna yang keletihan dan baharu pulang dari laut, berhenti di Masjid Sibolga untuk berehat.

Waktu itu dilaporkan hujan turun, menyebabkan Arjuna tidak mampu meredahnya. Dia ketika itu berada dalam situasi yang sangat letih, dan memerlukan rehat jika ingin meneruskan perjalanan, atau pulang ke tempat tinggalnya. (Baca: https://medan.kompas.com/.../arjuna-tewas-dikeroyok... ; dan https://aktualtangerang.com/.../biografi-arjuna-tamaraya.../).

Cerita benar itu menampakkan jiwa manusia yang sudah kehilangan cinta. Akibat kehilangan cinta menjadikan mereka tidak lagi ada rasa simpati, apatah lagi empati terhadap sesama manusia. Ia membawa maksud keserakahan (greed) sudah menjadi semakin menonjol, dan keserakahan itulah akhirnya telah menjadi faktor Arjuna dibelasah sehingga disahkan meninggal dunia. Khabarnya juga, lima pemuda terbabit adalah bukan penduduk setempat.

Kematian Arjuna di Rumah Allah akan menyebabkan orang ramai mula bertanya: Apakah fungsi masjid itu hanya tempat ibadat semata-mata? Semua orang tahu, masjid mempunyai fungsi ganda, termasuklah memberi ruang berehat untuk musafir. Masjid juga pernah hadir sebagai serambi ilmu, sebagaimana kita maklum, para ulama yang menuntut di Mekah dan Madinah pada Abad ke-18,19 dan sehingga pertengahan Abad ke-20, mereka hidup, belajar dan "berumah" di masjid.

Mereka berada di situ tempoh yang cukup lama (berpuluh tahun). Ada yang berada selama puluhan tahun. Misalnya, Tok Kenali, Tok Selehor dan sebagainya, sehingga suasana keilmuan muncul dengan generasi ilmuan bani Jawi di kota suci. (Misalnya, baca: Abdul Razak Mahmud, Biografi Singkat 40 Ulama' Terpilih Negeri Kelantan, Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 2017).

Hingga kini, di Masjid Nabawi, Madinah setiap waktu sebelum dan selepas waktu sembahyang, ada majlis Halaqah dan pengajian bersanab. Tidak kurang juga ada yang menumpang tidur di serambi masjid ketika mengerjakan umrah, kerana tidak mampu menyewa hotel atau rumah penginapan. Jadi, tragedi di Masjid Agung Sibolga itu akan membuka ruang persoalan mengenai kebijaksanaan pengurusan masjid.

Mungkin suatu hari akan muncul sebuah masjid yang mengalu-alukan kehadiran musafir. Masjid itu mungkin akan muncul hasil derma orang ramai sebagai jawapan kepada tragedi yang menimpa Arjuna. Mungkin selepas semuanya berlalu, akan muncul gerakan untuk memulakan usaha itu, sebuah masjid yang lebih besar yang akan memenuhi fungsinya yang asal. Masjid tidak akan dihadkan sebagai tempat ibadat semata-mata, masjid akan dimasyarakatkan dan ramah musafir. Ia mungkin dinamakan Masjid Arjuna Agung (?).

                                                                                                                            ****

Dua kisah berikutnya cukup berbeza. Satu kisah mengenai kehilangan suami dan kakak ipar di Padang Panjang. Kisah kedua ialah seorang pemuda mengandar (memikul menggunakan kayu, seperti kisah penjual nasi kandar menurut asal-usulnya) makanan berjalan kaki dari Brastagi ke Sibolga sejauh 117 kilometer untuk mencari ahli keluarganya yang tidak dapat dihubungi, terputus akibat banjir bandang.

Ratna merupakan seorang isteri yang diarahkan oleh si suami untuk berpindah bersama-sama empat orang cahaya mata pada malam air sungai mula dilihat semakin melimpah. Saat itu hujan sangat lebat tanpa ada tanda akan berhenti. Si suami tidak ikut bersama, cuba mempertahankan rumah mereka, dengan alasan memantau air yang melimpah di luar rumah.

Mungkin beliau berusaha untuk memindahkan beberapa barangan ke tempat yang lebih tinggi, dan yang lebih dipentingkan ialah keselamatan isteri dan anak-anak. Mungkin akan pindah kemudian, sekiranya sempat berbuat demikian. Tetapi, paras air semakin meninggi.

Tegas Reki Saputra: "Air sungai di belakang rumah sudah tidak wajar." Ratna faham, bukan masanya untuk mereka berbahas, masa begitu suntuk. Paras air tidak menunggu untuk naik, dan belum ada waktunya untuk berhenti melimpah.

Kata Reki lagi, dia akan terus di situ "memantau air" dan berjanji akan menyusul kemudian. Apa yang perlu sekarang ialah Ratna dan anak-anak selamat. Namun, setelah Ratna dan anak-anak berpindah, Reki akhirnya tewas. Turut tewas ialah saudara perempuan Reki, Maryulis, kakak ipar Ratna.

Ratna Sari tidak dapat berbuat apa-apa termasuk untuk pergi memeluk jasad suaminya, Reki Saputra yang terbujur kaku di bilik mayat Hospital Bhayangkara. Jalan antara Padang ke Bukit Tinggi terputus. Ratna bagaikan "seonggok raga...separuh jiwa yang telah diamputasi", hanya mampu menangis dan menahan sedih kehilangan seorang suami, ayah kepada empat anak-anaknya dan juga ketua keluarga.

Selepas Zohor, jenazah kedua beradik itu dikebumikan tanpa disaksikan oleh ahli keluarga terdekat seperti lazim. Ratna hanya bersaksikan empat pasang mata cahaya mata, hanya menyerahkan kepada Tuhan bagaimana harus hidup selepas kematian suami. Apa yang Ratna pastikan, ia tidak ikut mati dan harus bangkit dengan semangat baharu sebagai ayah dan sekaligus ibu kepada anak-anaknya. (Baca: https://www.facebook.com/share/1Bazxmm4ba/).Al-Fatihah.

Kerinduan membuatkan seorang pemuda, Rusman Pandamean Pandiangan berusaha keras berjalan kaki (berkaki ayam) merempuh lumpur, batu-batu yang hanyut bersama banjir bandang untuk menemui kedua orang tuanya, di Sibolga. Perjalanan itu cukup meletihkan, tetapi kerinduan mengatasi segala-galanya, walaupun sukar dan penuh halangan. Dia memulakan perjalanan dari km 32 Tapanuli Utara.

Awalnya ditemani oleh beberapa ahli keluarga dari Kg Kota, Brastagi. Sampai di pertengahan jalan mereka berhenti, tidak mahu menyambung perjalanan yang sukar itu, berlindung di pusat penempatan sementara (Posko). Rusman tetap tegar dan bersemangat, kerana di Sibolga itulah kedua orang tua, sanak saudaranya berada. Mereka sudah terputus hubungan sejak banjir bandang bermula.

Khabar mereka tidak diketahui, sama ada masih hidup, hilang atau sudah meninggal. Namun, Rusman berharap dirinya akan menemui kedua orang tuanya, atas rasa cinta yang mendalam dan kerinduan yang tidak dapat dihalang. Kita doakan semoga kedua orang tua dan ahli keluarganya selamat. Mereka segera bertemu. (rujuk:https://www.instagram.com/p/DR4vkYrEvdt/... dan https://share.google/u9Ul1OcuhtMFC3YmN). Setiap langkahnya adalah harapan dan setiap nafasnya adalah doa. Tidak ada kata penat dan putus asa.

Kata Jalaludin Rumi:

"Wahai kepala,.kau alasan dalam alasan dalam alasan

Wahai badan, kau kehairanan dalam kehairanan dalam kehairanan

Wahai hati, kau berkeinginan dalam keinginan dalam keinginan

Wahai jiwa, kau nyanyian dalam nyanyian dalam nyanyian.

                                 .....

Hai yang dengan nyawa dunia ini kau tetap hidup

Malulah kau, mengapa engkau tetap hidup

Jangan hidup tanpa cinta agar kau tidak mati

Matilah dalam cinta agar kau tetap hidup.

(Ammar Abdillah, (penyusun dan penterjemah) Sekar Sufi Maulawi: Pilihan 120 Ruba'iyat Maulana Jalaludin Muhammad Balkhi Rumi, Yogyakarta: Penerbit Simpang Nusantara, tanpa tahun, hal.45 dan 65).

(bersambung)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com