CINTA DAN TRAGEDI (IV)
"Love heals. When we are wounded in the place where we would know love, it is difficult to imagine that love really has the power to change everything.
"No matter what has happened in our past, when we open our hearts to love we can live as if born again, not forgetting the past but seeing it in a new way, letting it live inside us in a new way.
"We go forward with the fresh insight that the past can no longer hurt us. Or if our past was one in which we were loved, we know that no matter the occasional presence of suffering in our lives we will return to remembered calm and bliss.
"Mindful remembering lets us put the broken bits and pieces of our hearts together again. This is the way healing begins." (bell hooks, All About Love: New Visions, 2000, hal. 152).
Ketika masa lalu sudah menjadi sejarah, ada kisah luka yang dibawa lari bersama, tidak bermakna kehidupan seterusnya gelap. Kegelapan itu kerana cahaya belum hadir, tetapi kerana adanya Cinta dari Tuhan yang tidak terbatas, dengan kekuatan doa, pasrah menerima takdir-Nya, harapan tetap ada. Cuma sebagai manusia, kita perlu mencari ikhtiar bagaimana untuk mencarinya, sebab Allah SWT berjanji, setiap kesusahan akan ada jalan terbaik untuk kita yang sentiasa bersabar, berfikir dan bertindak sesuai kehendak-Nya.
Begitulah juga memulihkan kepedihan yang pernah kita alami, kerana kepedihan itu tidak akan selama-lamanya menginap dalam jiwa. Jika seseorang merasai kehilangan, kehilangan orang yang disayangi, isteri atau suami, kedua orang tua, ahli keluarga sebagaimana berlaku dalam kalangan mangsa galondo (banjir bandang, tanah runtuh, dihempap badai, kemalangan tragis dan tragedi), kita harus belajar bagaimana untuk mententeramkan jiwa, kerana dari situlah bermulanya cahaya yang akan menerangi kehidupan selanjutnya.
Seperti kata seorang suami, ketika galodo menghentam rumah mereka, menghanyutkan seluruh apa yang ada di dalamnya, termasuk isteri, ibu mertua dan anak sulongnya yang , ia pasrah dengan apa yang berlaku.
Sedih dan pilu, bukan penyelesaiannya, walaupun setiap malam memikirkan dan teringat senda gurau, kebaikan dan kemesraan yang mereka alami sejak berumah tangga, ia tetap menjadi pengajaran, setiap daripada kita pada suatu hari akan merasa kehilangan. Kehilangan itu bukan untuk ditangisi, kehilangan itu menjadi pengubat luka, walaupun parutnya kekal sepanjang hayat.
Apa yang dapat Ipranda mampu selamatkan ialah anak bungsunya, yang diletakkan di atas kepala ketika mereka mengharungi arus deras yang terus menghentam pada malam itu. Keesokannya, dia cuba melihat rumahnya yang tidak ada pun puing-puingnya, semuanya telah musnah dalam sekelip mata, berusaha mencari isteri, ibu mertua dan anak sulong, kehampaan jelas kerana tiada petunjuk yang mereka masih hidup. Tiada suara kedengaran walaupun berkali-kali nama-nama itu dipanggil.
Kata Ipranda: "Saya hanya sempat meraih anak bungsu saya, usianya 13 bulan. Saya peluk dia erat-erat. Sisanya, terjadi begitu cepat. Rumah kami dihentam, puing-puing berhamburan.
"Isteri saya, anak pertama saya yang berusia enam tahun, dan mertua saya. Mereka semua tertimbun lumpur di bawah puing rumah yang hanyut terseret arus. Saya mencarinya, tapi arus terlalu kuat, situasinya terlalu kacau.
" Ketika akhirnya fajar menyinsing, saya harus mencari tempat aman. Saya harus membawa si bungsu, permata hati saya yang tersisa. Kami harus pergi ke Jorong Kota Alam.
"Jalannya? Sudah tidak ada. Jembatan putus total. Kami terhalang sungai.
.....
"Saya berjalan, berjuang melawan arus yang kuat. Kaki saya, entah seberapa banyak luka sayatan dan memar yang saya dapat kerana menerjang batu dan puing di dasar sungai. Rasanya sakit sekali, tapi rasa sakit itu tidak sebanding dengan beban di hati saya.
"Syukur Alhamdulillah, saya dan si bungsu selamat sampai di tempat yang aman. Sekarang, saya hanya bisa pasrah. Harta benda saya ludes, hilang tak bersisa. Yang tersisa hanyalah baju yang melekat di badan dan anak saya ini.
"Duka ini terlalu dalam. Kehilangan tiga orang yang saya cintai sekaligus. Tapi, demi si bungsu, saya harus kuat. Saya harus tetap hidup. (kisah penuh: "https://www.facebook.com/share/p/1642AoNSqZ/)
Peristiwa itu terjadi pada malam Khamis, 27 November 2025 di Nagari Salareh Aia Timur, Kecacatan Palembayan, Kabupaten Agam, Sumatera Barat, yang termasuk dalam tiga wilayah paling teruk dilanda banjir bandang dan gelondongan kayu. Wilayah lainnya ialah Aceh dan Sumatera Utara.
Aceh menjadi wilayah yang paling parah, bahkan dilaporkan empat buah kampung hilang. Sawah-sawah yang ada telah bertukar menjadi sungai manakala timbunan kayu, sama ada yang lumpuh semulajadi dan dipotong untuk menghasilkan balak masih bertaburan, sehingga menjadi sebuah pemandangan yang menakutkan.
Sebahagian daripada mereka yang tertimbus belum ditemui dan proses mencari mereka yang hilang terus berjalan. Namun, Gabenor Aceh nampaknya tidak peduli dengan halangan yang dilaksanakan oleh kerajaan, baginya, semakin lama menunggu proses pemulihan semula ia akan menyebabkan kehidupan yang tersisa menjadi semakin parah.
Kerajaan dilaporkan tidak bersedia menerima bantuan asing, sama ada dalam bentuk bantuan perubatan mahupun kepakaran mencari dan menyelamat, dengan alasan, kerajaan mampu menanganinya. Keputusan itu mewujudkan suasana tidak harmoni kedua, selepas kerajaan didakwa berlengah-lengah untuk menetapkan status bencana sebagai bencana nasional. (tonton: https://www.facebook.com/share/v/17hP42jhu3/).
Ekoran sikap dan keputusan kerajaan telah menyebabkan pelbagai kritikan muncul sehingga ada yang meminta supaya seluruh kepimpinan harus meletakkan jawatan. Ia terkait dengan dakwaan, presidennya sendiri mempunyai kepentingan ekonomi yang cukup besar di Sumatera, ladang kelapa sawit, pembalakan dan juga lombong mineral, yang menjadi pemacu banjir bandang. Beberapa nama bekas menteri turut terseret dalam musibah tersebut, yang menurut penduduk, seharusnya seluruh harta mereka dirampas untuk membina semula kerosakan yang berlaku.
Pada menteri juga dikatakan gagal membaca bencana, sebaliknya mereka lebih berusaha melindungi para kapitalis yang menggondol hutan secara rakus atas kepentingan peribadi. Mereka semakin kaya, tetapi rakyat jelata sengsara, bahkan lebih sengsara lagi apabila banjir bandang melanda. Hampir semua platform media sosial menjadi jurubicara yang cukup kritis, mereka tidak lagi percaya bahawa keputusan kerajaan adalah keputusan yang benar-benar menjadi penawar untuk rakyat.
Lagu-lagu kecewa, marah, membantah sikap dingin para elit kuasa terus dicipta, dan didendangkan dalam pelbagai rentak, dari ballada hinggalah hip hop dan rap. Antaranya, suara-suara keras, garau dan parau Pari Kesit, seorang perempuan berhijab yang dianggap cukup berani mengkritik. Begitu juga KM Kreasimuslim. (dengarkanlah:
https://www.facebook.com/share/v/1C6mhdBxBd/)
Saya petik serangkap puisi, yang ditulis oleh Herly Tiana Rosa, "Hari Kelima Kami Belajar Hidup Tanpa Mereka", 30 November 2025:
(IV)
Malam kelima. Angin membawa bau Anyir
yang tak bisa disensor.
Jika pejabat akhirnya datang
kami tidak akan menyambutnya
dengan tangan terulur.
Kami hanya ingin tahu
apakah mereka sanggup menatap kami,
tanpa menunduk
tanpa menyalahkan cuaca
tanpa mencari kamera
dan tanpa takut mendengar nurani.
Bahawa kami sudah berhenti
menunggu mereka sejak kelmarin.
(rujuk: https://www.facebook.com/share/p/1DF9ofayQj/).
Salah satu video klip lagu yang bersifat kritik ialah "Zero Kompetensi" dan yang cukup kritis ialah "Rakyat Majikanmu- Rakyat Bukan Babu." Saya petik lirik lagu "Rakyat Majikanmu- Rakyat Bahkan Babu".
Rakyat ialah puisi abadi
Makna besar di bumi ini
Hari berkeringat jadi saksi
Tanah air janji sejati
Laut berdebur kabut menyapu
Awan berisi badai terpadu
Ombak mengguncang kapal melaju
Namun rakyat tetap bersatu
Rakyat ialah kita denyut tanpa jeda
Rakyat ialah kita suara di udara
Rakyat ialah kita harmoni nusantara
Rakyat ialah kita cinta semesta raya.
(https://www.facebook.com/share/r/1EcSvP9YTD/)
Makna lirik lagu ini cukup mendalam, sehingga kita tahu bahawa rakyat sepatutnya menjadi titik penting untuk kerajaan, menjaga kemaslahatannya, bukan hanya sekadar punca mendapatkan kuasa. Maksudnya, rakyat yang akan menentukan nasibnya kehidupan sendiri dengan rasa cinta, bukan elit yang berkuasa, yang hanya ingin membina legasi kuasa, kekayaan peribadi dan menipu rakyat.
Rakyat tetap rakyat, kilas Emha Ainun Najib, budayawan terkenal Indonesia, kerana itulah terlalu banyak berlaku pencitraan dalam politik. Pencitraan itulah sebenarnya kebohongan, dan kebohongan wajib diberikan pengajarannya, wajib ditentang. Kata-kata itu menjadi jelas apabila setiap kali bencana melanda, para pemimpin berusaha melakarkan cita seumpama sinetron (berdrama), atas kepentingan kuasa itu sendiri. Kata Emha Ainun Najib sebelumnya, "perahuku retak", retak kerana ketidakjujuran, kerakusan dan juga hilang amanah setelah mendapat kuasa, hanyut dalam amanat yang diperhitungkan atas nama "membangun negara".
Walaupun begitu, rakyat akan terus bangkit melupakan puing-puing derita, memungut apa sahaja yang tersisa, memikirkan semula bagaimana untuk meneruskan hidup dan membina keluarga kerana mereka sedar, setiap kegelapan itu akan ada cahaya yang menembus masuk, walaupun di hujung terowong.
Mereka redha dengan takdir, dan dalam masa yang sama, tidak ingin banjir bandang berlaku lagi. Mereka akan terus bersuara, walaupun kadangkala suara-suara itu dibungkam atas nama peraturan, moralnya tetap kental, alam ini untuk diwarisi bukan dieksploitasi seolah-olah tiada lagi hari esok.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahuinya (salahnya)." Surah an-Anfaal, ayat ke-27.
Ajak Muhammad Subhan, penyair muda keturunan Aceh-Minang di Padang Panjang, yang ikut menjadi sukarelawan: .....
Mari kita belajar tersenyum lagi
walau bibir gementar,
dada terguncang
mata sembab dan isak menusuk sesak
walau malam belum usai
mengabarkan kehilangan.
Ya, kuat-kuat, jangan ada air mata lagi
mari kita belajar tersenyum lagi.
(Sepenuhnya, sila layari: https://www.facebook.com/share/p/1D9bLizvwL/)
....
Itulah yang dimaksudkan oleh Epictetus: "Bukan penderitaan yang akan menghancurkanmu, melainkan pendapatmu tentang penderitaan."
(bersambung)
KAMARUN KH
