CINTA DAN TRAGEDI (XII)
"Setiap pemikiran yang kita bentuk sedang mencipta masa depan kita. Setiap daripada kita membentuk pengalaman hidup melalui fikiran dan perasaan kita. Apabila yang kita fikirkan dan kata-kata yang kita ucapkan akan menentukan pengalaman yang kita lalui.
"Kita mencipta situasi dalam hidup, tetapi kemudian kita menyerahkan kuasa kita dengan menyalahkan orang lain atas kekecewaan yang kita alami. Tiada orang, tempat atau perkara yang mempunyai kuasa ke atas kita kerana hanya kita yang menentukan pemikiran kita sendiri. Apabila kita menciptakan kedamaian, keharmonian, dan keseimbangan dalam fikiran, kita juga akan menemukannya dalam kehidupan kecuali kita....
"Setiap kepercayaan ini akan mencipta pengalaman hidup yang berbeza. Apa yang kita percaya tentang diri sendiri dan kehidupan akan menjadi kenyataan bagi kita." (Louise Hay, You Can Heal Your Life: Anda Mampu Memulihkan Kehidupan Anda, edisi bahasa Melayu oleh Mohd Zaki Mohamed, K.Lumpur: AcePremier.com Sdn Bhd., 2025, hal. 7-8).
*****
KAMARUN KH
