'EMPAT ISTERI, 34 ANAK... NAMA ANAK PUN TAK TAHU'

KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati operasi rumah amal dikendalikan GISB Holdings (GISBH) dipromosikan sebagai rumah perlindungan anak yatim dengan niat untuk menipu bagi mendapatkan sumbangan dan derma orang ramai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan polis juga mendapati kanak-kanak di rumah-rumah amal itu didoktrinkan bahawa mereka 'anak yatim' dan tidak mengenali ibu bapa masing-masing.

"Hasil rakam keterangan yang dibuat polis mendapati terdapat kanak-kanak terutamanya bawah 12 tahun yang tinggal di rumah kebajikan GISBH tidak mengenali ibu bapa mereka yang dalam kalangan ahli.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika sidang media mengenai perkembangan terbaru Ops Global di Mess Pegawai Kanan PULAPOL. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

"Ada juga ibu bapa kanak-kanak yang kita selamatkan turut ditahan polis, mereka tidak mahu mengaku mereka (kanak-kanak yang diselamatkan) itu adalah anak mereka.

"Ini kerana GISBH juga memaparkan dalam laman web (sesawang) sumbangan untuk 'anak yatim' walhal sebenarnya mereka adalah anak-anak ahli.

"Wang sumbangan dan derma yang diterima daripada pihak luar digunakan untuk kegunaan lain. Ini adalah kesalahan penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Jadi lebih baik mereka tidak mengaku (kanak-kanak diselamatkan anak mereka) kerana tidak ada kesalahan itu.

"Ibu bapa dan kanak-kanak telah didoktrin ini (mereka adalah anak yatim) malah ada yang tidak kenal ibu bapa seolah-olah memang anak yatim," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.

Ada ahli GISBH dengan 34 anak

Dalam pada itu, Razarudin berkata, siasatan juga mendapati ada ahli GISBH yang berpoligami dengan beristeri empat mempunyai sehingga 34 anak.

"Ada berkahwin empat dan mempunyai 34 anak tetapi ada dua anak duduk dengan dia.

"Kalau kita tanya apa nama anak pun mungkin dia tidak tahu nama, tak ingat rupa anak," katanya.

59 premis ada penghuni, 221 kosong

Terdahulu, Razarudin berkata PDRM Fasa 4 OP Global bermula kelmarin menyerbu 280 premis di semua negeri di Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan GISB

Razarudin berkata sebanyak 59 premis berjaya diserbu manakala 221 premis pula didapati sudah dikosongkan dipercayai ditinggalkan selepas ahli GISBH dipercayai melarikan diri.

Selain itu, seramai 156 individu terdiri daripada 80 lelaki dan 76 wanitas ditangkap.

Sumber: bharian.com.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com