KEHANCURAN YAHUDI: JANJI ALLAH ITU BENAR!

Oleh: Mohd Shauki Abd Majid

Kitaran 40 Tahun

Pada tahun 1999, stesen televisyen Al-Jazeera telah menemu bual tokoh yang jasadnya lumpuh di atas kerusi roda, namun hatinya menembusi rintangan masa. Beliau ialah As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, pengasas pergerakan Hamas, dan beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan dunia.

Apabila ditanya tentang masa depan negara haram Israel, beliau dengan tenang menjawab: "Israel didirikan di atas kezaliman dan rampasan. Dan nasib setiap entiti yang zalim adalah kehancuran. Menjelang suku pertama abad akan datang, pada tahun 2027... Israel tidak akan wujud lagi."

Bagaimana seorang ulama’ boleh meletakkan tarikh yang begitu spesifik? Adakah beliau meramal nasib? Sudah tentunya tidak. Beliau membaca pelan induk tamadun manusia, Al-Quran, dan beriman penuh dengan kalamullah.

Setiap kuasa di dunia ini tertakluk kepada Sunnatullah. Sama seperti manusia, yang bermula sebagai bayi yang lemah, membesar menjadi pemuda yang kuat, dan akhirnya kembali lemah dan akhirnya mati. Maka setiap negara dan bangsa juga mempunyai kitaran hayat yang sama. Kuasa Israel hari ini sedang berada di fasa penuaan yang menanti rebah.

Beliau bersandar kepada Teori Pertukaran Generasi 40 Tahun yang disebut dalam Al-Quran. Kitaran entiti Zionis bermula pada 1948. Untuk 40 tahun pertama, umat Islam berada dalam fasa “Nakba”, iaitu generasi yang kalah dan ditindas.

Namun tepat 40 tahun kemudian, pada 1988, bermulanya Intifada Pertama. Lahirnya generasi yang melawan kezaliman dan menolak sifat mengalah.

Maka jika mengikut kiraan 40 tahun selepas 1988, iaitu 2027, adalah kemuncak fasa ketiga. Fasa kehancuran Zionis dan bermulanya generasi pembebasan.

Hari ini, apabila kita melihat jentera perang Israel memusnahkan Gaza dengan sokongan tanpa belah bahagi dari kuasa hegemoni dunia, ramai umat Islam yang mula putus asa. Kita melihat gabungan Dajjal sebagai sebuah kuasa yang mustahil untuk dikalahkan.

Apabila kita selami intipati Surah Al-Isra', ia merupakan satu ketetapan Ilahi yang menyingkap fasa kemuncak keangkuhan Zionis, yang diistilahkan sebagai Uluwwan Kabira, serta bagaimana keangkuhan tersebut hakikatnya sedang memacu mereka ke arah detik kehancuran yang mutlak.

Uluwwan Kabira

Dalam Surah Al-Isra' ayat ke-4, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan Kami tetapkan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan keangkuhan yang melampau."

Ulama’ tafsir kontemporari bersetuju bahawa kerosakan kedua yang disebut dalam ayat ini sedang berlaku sekarang. Penubuhan negara haram Israel pada 1948 adalah permulaannya.

Hari ini, kita sedang menyaksikan definisi keangkuhan ini secara langsung. Mereka membunuh puluhan ribu wanita dan kanak-kanak tanpa sekelumit rasa bersalah. Mereka mengebom khemah pelarian, membunuh wartawan, dan mentertawakan undang-undang antarabangsa.

Mengapa puak ini begitu berani? Ia kerana mereka berasa diri mereka tidak boleh disentuh. Mereka tahu apa sahaja jenayah yang mereka buat, kuasa veto Amerika Syarikat di PBB akan sentiasa melindungi mereka. Inilah kemuncak kesombongan. Tetapi dalam fabrik tamadun manusia, kesombongan mutlak adalah petanda paling hampir dengan kejatuhan mutlak.

Istidraj Geopolitik

Keajaiban tafsir Al-Quran mengenai geopolitik moden terletak dalam Surah Al-Isra’ ayat ke-6, Allah SWT menyambung yang bermaksud:

"Kemudian Kami kembalikan giliran kekuasaan kepadamu... dan Kami bantu kamu dengan harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kumpulan yang lebih besar."

Populasi bangsa Yahudi di dunia ini sangat kecil, tidak sampai 20 juta orang. Jadi, bagaimana Allah jadikan mereka "Aksara Nafira" atau kumpulan yang besar?

Mereka kelihatan besar bukan kerana jumlah mereka, tetapi kerana rangkaian sekutu mereka. Zionis disokong penuh oleh kuasa-kuasa bersenjata nuklear dunia; Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis. Mereka ditunjang oleh gergasi kewangan di Wall Street, dan mereka mengawal naratif dunia melalui monopoli media global.

Justeru mengapa Allah biarkan mereka begitu berkuasa? Sebenarnya kekuasaan yang mereka pegang bukanlah tanda Allah redha. Ia merupakan satu bentuk Istidraj. Allah memberikan mereka segala kelebihan duniawi, menaikkan mereka ke takhta tertinggi kuasa global, hanya untuk memastikan bahawa apabila mereka jatuh nanti, hempasannya akan disaksikan dan menggegarkan seluruh isi dunia.

Memburukkan Muka Zionis

Allah menjawab tentang pengakhiran golongan ini dengan tuntas dalam ayat ke-7 Surah Al-Isra’ yang bermaksud:

"Maka apabila tiba masa janji yang terakhir (Wa'd al-Akhirah), Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memburukkan muka kamu (Liyasuu-u Wujuuhakum), dan untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama, dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka kuasai dengan sehancur-hancurnya."

Selama 75 tahun, Israel berjaya bersembunyi di sebalik topeng simpati “Mangsa Holocaust”. Sesiapa yang mengkritik mereka akan dicop sebagai anti-Semitik.

Tetapi dengan berlakunya Taufan Al-Aqsa, Allah telah mengoyakkan topeng itu. Melalui lensa kamera telefon pintar dan media sosial alternatif, hari ini, anak-anak muda di Barat, mahasiswa di universiti elit, dan negara-negara bukan Islam meludah kejahatan mereka. Imej mereka telah musnah. Fasa penghinaan wajah ini sedang berlaku dengan dahsyatnya.

Dan apabila mereka mula sedar mereka akan tewas, sifat kaum Zionis ini, seperti yang dirakam dalam sejarah, adalah mereka akan memusnahkan rumah dan infrastruktur mereka sendiri dari dalam, supaya ia tidak jatuh ke tangan umat Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan hancur sehancur-hancurnya.

Posisi Umat Islam

Entiti penjajah Zionis sedang menempah tiket ke kuburnya sendiri, tepat berpandukan Al-Quran di dalam Surah Al-Isra' 1,400 tahun yang lalu. Janji Allah SWT bahawa umat Islam akan kembali melangkah masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dengan penuh kemenangan, adalah satu kepastian yang tidak boleh didebatkan.

Sama ada ia berlaku pada 2027 seperti ijtihad Sheikh Ahmad Yassin, atau sedikit masa lagi, itu rahsia Allah SWT. Tetapi, persoalan terbesar yang perlu kita jawab hari ini bukanlah bila Israel akan hancur.

Sebelum kita melaungkan takbir dan sekadar menunggu kehancuran musuh, kita wajib menelan realiti yang pahit.

Sejauh mana hubungan kita dengan Al-Quran? Hari ini, Al-Quran sekadar disimpan rapi untuk mengambil berkat. Ia tidak lagi diangkat sebagai pelan tindakan peradaban manusia dan panduan berfikir. Ummah kini buta strategi dan hilang pedoman kerana kita meletakkan wahyu Allah di tepi, dan meletakkan formula ideologi ciptaan manusia di hadapan.

Penyakit berpuak-puak dan kebencian sesama Muslim menyebabkan kita berpecah-belah dan saling mengkafirkan hanya kerana perbezaan warna kulit, sempadan geografi, dan perbalahan parti politik. Umat Islam dengan sendiri secara sukarela meruntuhkan ukhuwah itu setiap hari.

Kita menangis melihat penderitaan di Gaza, tetapi realiti harian kita dikawal sepenuhnya oleh materialisme dan hiburan yang melampaui batas. Kita lebih rela membuang masa berjam-jam menatap skrin untuk hiburan kosong berbanding menggunakan teknologi dan kepakaran yang kita ada untuk merapatkan jurang kejahilan dan membela nasib golongan terpinggir. Kemenangan tidak akan lahir dari masyarakat yang mempertuhankan wang dan populariti.

Persoalan terbesarnya bukanlah bila Israel akan hancur. Persoalannya: Adakah kita layak menjadi generasi yang menyambut kemenangan itu? Atau kita sekadar menjadi buih di lautan - ramai bilangannya, tetapi kosong jiwanya?

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com