MENYANGKAL ADALAH LEBIH MUDAH DARI MENCARI KEPASTIAN (AKHIR)

Hasan Hanafi cukup gigih dalam memperkatakan perihal paradigma pemikiran dan akhirnya beliau memperkenalkan teori oksidentialisme, sebagai lawan kepada orientalisme. Orientalisme melihat barat sebagai kerangka dalam mengkaji masyarakat bukan barat, yakni masyarakat Timur. Tetapi, Hasan Hanafi menggunakan kerangka dan sudut pandangan Timur untuk melihat apa yang ada dan muncul di Barat, yang telah mendominasi pemikiran dan budaya, yang diistilahkan sebagai neoimperialisme atau pun kemodenan.

Kita sedar, hipotesis itu terlalu kekurangan bukti empirikal, tetapi tidak bermakna kita wajib menolaknya secara tergesa-gesa dan membunuh idea tersebut secara sadis. Sebaliknya, kita harus menambah, membaiki dan melakukan kajian sehingga ia membentuk sebuah teori yang boleh dipertahankan sebagai sebuah teori yang boleh diketengahkan. Kita tahu, barat cukup gigih dalam pembingkaian pemikiran sehingga kita terlupa bahawa keilmiahan ilmu itu sebenarnya dimulai oleh intelektual Islam.

Prof Dr Saleha tidak mengatakan bahawa hipotesisnya "betul", tetapi beliau cuba memberikan satu tafsiran untuk kita berfikir atau melanjutkan kajian. Kita perlu menyedari, kejayaan masyarakat barat kerana mereka tidak pernah berhenti mengkaji dan berfikir, walaupun asalnya ia adalah juga sebuah hipotesis yang tidak logik.

Mungkin terdengar lucu pada awalnya, bila Marshal McLuhan (1911-1980) memberikan tafsiran "kampung global", Wright bersaudara (Orville Wright, 1871-1948 dan Wilbur Wright, 1867-1912) bercakap mengenai "besi boleh terbang", Galelio Galilei (1564-1642) merumuskan dunia ini berbentuk bulat, mengelilingi matahari, atau Nicholas Tesla (1856-1943) dengan teori aliran elektriknya, yang kini menjadi asas kepada penciptaan kereta elektrik.

Begitulah sifat manusia, sentiasa mencari sesuatu untuk menduga pemikiran, mencipta kemungkinan baharu atau menyangkal pandangan lama berasaskan pengetahuan yang mereka ada, juga pengetahuan baharu yang digali melalui kajian dan pembacaan. Prof Saleha mengakui, mungkin ideanya salah, tetapi tidak bermakna beliau tidak hak untuk berpendapat. Beliau menemuinya dalam sumber klasik yang dibacanya, berdasarkan tafsiran bahasa kerana kepakarannya adalah bidang linguistik. Bagaimanapun, ada yang menolak kerana apa yang diutarakan itu berdasarkan disiplin sejarah, tetapi harus kita fahami, tanpa kebolehan berbahasa yang baik, kita tidak dapat memahami apa pun kerana sejarah itu dirakam melalui perantaraan bahasa.

Kita tahu, kenapa British menghantar mereka yang dilatih dalam bidang bahasa dan teori budaya (sastera) untuk mengkaji pemikiran orang Melayu di Tanah Melayu? Mereka bertekad memahami budaya dan falsafah pemikiran orang Melayu, dan akhirnya pengetahuan itu mereka eksploitasikan untuk kepentingan dan kelangsungan penjajahan mereka. Seperti kata Dr Azmi Arifin, teori yang ada dalam buku teks sejarah yang diajar disekolah-sekolah cukup kuat mengangkat imej kolonial, sehingga orang Melayu percaya kolonialisme telah membawa kemahuan pelbagai bidang, termasuk pendidikan.

Kata Dr Azmi Arifin, mereka mengajar sejarah barat dan falsafah kolonialisme, kerana mereka memerlukan tenaga kerja dalam kalangan penduduk tempatan, walaupun sistem pendidikan hanya sekadar memberikan ruang pekerjaan sebagai peon atau kerani. Mereka inilah yang akan membantu dasar kolonial terus dipertahankan, kerana mereka bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan, juga berjaya membentuk sebuah sistem kawalan pemerintah, yang matlamat terbesar ialah mengaut setiap hasil dan kekayaan negara, dibawa pulang di England. Hasil yang diambil itulah yang telah memakmurkan ekonomi Britain, dan setelah hilang koloni, Britain tidak lagi berupaya mengekalkan hegemoninya.

Sama ada metod atau kaedah ilmiah, proses yang dikerjakan oleh Prof Saleha itu menepati ruang atau disiplin akademik, ia hanyalah sebuah penafian atau penyangkalan semata-mata, kerana penyangkalan itu belum mampu menyatakan kesimpulan adanya pengaruh mempengaruhi dalam pelbagai bidang, termasuk difusi inovasi dan teknologi lintas peradaban dan wilayah.

Sedangkan kita tahu, proses peniruan, inovasi dan penciptaan itu saling ada masukan dari luar, kerana manusia sentiasa berusaha beradaptasi dengan alam dan persekitaran, bukan seperti dinasour yang pupus akhirnya akibat tidak mampu beradaptasi dengan alam. Masyarakat barat sendiri mengakui, dan turut membentuk teori yang mereka namakan "diffusion of innovation".

Saling ada peniruan, penambahbaikan selagi manusia adalah makhluk bersosial, berhubung dan memilih apa yang sesuai dengan kehendaknya. Siapa meniru siapa, bukan pokok yang menjadi titik konflik, tetapi yang perlu dibuktikan ialah bagaimana proses itu boleh berlaku, berjalan dan menemui bentuknya. Inilah sepatutnya kita mencari jawapan, pakar sejarah membuka semula kenyataannya, dengan melihat dan membina semula peta minda.

Soalnya, jika pendapat Prof Saleha itu salah, nyatakan secara beradab kesalahannya, bukan menyerang seperti "binatang buas" kerana dunia ilmiah sangat menuntut disiplin, kerangka dan proses yang bukan sahaja logik, tetapi sebuah penelitian bukti dan penaakulan fakta yang boleh dianggap valid bukan sekadar dalam bentuk pentafsiran (persepsi) semata-mata.

Sebagaimana kita tahu, Rene Descartes (1596), bapa falsafah moden yang kita akui kerana ledakan ilmiah barat sebenarnya pernah mengambil konsep dan pemikiran Imam al-Ghazali, kemudian membentuk frasa "Aku berfikir kerana aku ada" bagi menjawab skeptisme. Rene Descartes tidak mengakuinya, bahkan pengikut-pengikutnya cuba membuktikan bahawa karya Imam al-Ghazali berbahasa Arab, dan belum diterjemahkan ke bahasa Latin ketika itu.

Jadi, dalam ruang kehidupan manusia yang dinamik dan kadangkala penuh dengan sindrom penafian, sangkal menyangkal akan terus berkembang selagi manusia melihat diri atau kelompoknya sahaja yang betul, benar dan superior, walhal secara alaminya, superioriti lahir bersama spekulasi, agitasi, anarki dan keinginan untuk meletakkannya di kedudukan teratas (supremacy), walaupun semuanya adalah mitos dan pembohongan.

Apatah lagi dalam persaingan politik, atau geopolitik. Israel terus mencipta mitos untuk keyakinan masyarakat dunia bahawa bumi Palestin itu adalah benar-benar 'tanah yang dijanjikan" dan tidak ada manusia lain yang berhak memilikinya, kecuali Zionis walaupun penganut Yahudi sendiri menolaknya.

Begitulah juga barat yang telah lama menjajah dan ingin mengekalkan pengaruhnya menerusi neo-imperialisme, akan tetap bertahan dengan imajinasi keunggulannya, walaupun diketahui keunggulannya hanya sebatas "buih ilmiah", ia boleh bertahan kerana bekas tanah jajahannnya sudah kentak dengan falsafah mereka. Mereka inilah yang menjadi "laskar-laskar" yang sedia bernyemut dari dalam.

Jika ada usaha menafikan keunggulan "buih ilmiah" itu, kader-kadernya yang ramai dan berselerak akan bangkit menyangkal: ahli bahasa tidak boleh bercakap mengenai persoalan sejarah. Walhal, dalam masyarakat barat, ahli bahasa juga boleh bercakap dan menyerang hegemoni, misalnya Noam Chomsky.

Chomsky adalah pakar bahasa, tetapi dihormati sebagai seorang pemikir geopolitik yang berwibawa, mengecam dasar luar Amerika Syarikat dan keganasan Israel yang tidak berpenghujung, walaupun dirinya adalah penganut Yahudi.

Akibat terlalu berjiwa pengkhususan itulah menyebabkan semakin tidak muncul polymath dalam dunia intelektual yang dikerangka oleh Barat, sedangkan dalam dunia keilmuan Islam, sudah lahir ramai polymath, yang terkenal dalam pelbagai bidang, walaupun ia adalah orang yang sama. Budaya barat tidak menggalakkan kemunculan polymath, dan kerangka ilmiah yang kita pakai sekarang berjaya memandulkannya. Ia menjadi sisi terburuk peradaban moden, peradaban yang kita sanjung sebagai jalan "masa hadapan"walhal secara asalnya, manusia memerlukan pelbagai kemahiran untuk meneruskan kelangsungan hidup dan generasinya.

Kita perlukan manusia "multiskilling" bukan manusia cerdik dan cerdas versi "pakar bidang" tetapi gagal total menyelesaikan masalah ummah, tidak menghasilkan idea baharu sebaliknya, penuh dengan budaya "burung kakaktua".

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com