NASIHAT KEPADA USTAZ DON

Dakwah dalam terminologi sejarah Islam adalah gerakan yang tertua, sejak Nabi Adam AS diciptakan dan menerima amanah Ilahi menjadi Khalifah fil Ardhi. Saat ini menjadi titik permulaan gerakan dakwah, dan ditujukan kepada bani Adam.

Misi gerakan dakwah merupakan misi utama para nabi dan rasul. Dakwah Islamiyah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah SWT. Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh dakwah, yang datang dari berbagai-bagai pihak.

Maka untuk mengelakkan kekeliruan antara para pendakwah dan juga golongan awam, perlu adanya pengetahuan dan wawasan tentang tujuan, semangat dan “esensi Deen” ajaran Islam. Abu Ishaq al-Syatibi memperkatakan dalam bukunya Al-I’tisam: Kurangnya pengetahuan agama dan kesombongan adalah akar-akar bid'ah serta perpecahan umat dan akhirnya membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Sikap ini harus dibendung kerana bagaimana mungkin kita mengajak orang lain untuk mengikuti idea-idea Islam seperti “tasaamuh” atau toleransi, “I’tidal” iaitu lurus dan “adl” atau keadilan, jika kita sendiri gagal memperlihatkan nilai-nilai tersebut dalam hubungan sesama kita.

Berasaskan perspektif ini, sudah sewajarnya segala bentuk perbincangan sama ada digelar dengan halaqah, debat, mujadalah, muzakarah dan sebagainya, ia perlu dalam kerangka mengelakkan perpecahan.

Umum mengetahui bahawa tokoh pendakwah seperti Ustaz Don Daniyal ini masih muda dan mempunyai ramai peminatnya. Dengan bekal ilmu dan pengetahuan luas yang beliau miliki, potensi untuk dirinya menjadi tokoh Islam yang berpengaruh di masa hadapan cukup besar.

Justeru, beliau perlu berpendirian yang merentasi ideologi tertentu dan keluar dari kepompong fahaman yang selama ini membelenggu diri sendiri kepada penggolongan dalam masyarakat Islam. Sebagai seseorang yang diberi amanah ilmu dan pengetahuan agama yang memadai oleh Allah SWT, jangan sampai terlajak kepada sikap ‘kamu tak tahu ke siapa saya’.

Bahkan setiap pendakwah yang mempunyai pengaruh atau peminat, perlu menanggalkan ego dan unsur Ananiyah dalam diri mereka sekiranya mereka ingin diterima oleh semua kalangan Islam di negara ini. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18 telah menjelaskan perkara ini;

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” - (Surah Luqman: 18)

Dalam isu menceritakan kisah-kisah sama ada dari hadis yang berstatus lemah, atau dari kitab Isra’iliyat, hendaklah dipastikan terlebih dahulu fakta yang ingin disampaikan itu berpunca daripada sumber yang betul dan diyakini benar. Hal ini supaya tidak berlaku kepincangan dalam kalangan masyarakat serta apa yang dipegang oleh masyarakat itu merupakan suatu perkara yang diyakini. Ingatlah bahawa perbuatan menyebarkan apa sahaja yang kita baca dan dengar tanpa memastikan kesahihannya boleh dikira sebagai seorang pendusta. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Cukuplah seseorang itu dikira menipu apabila dia menyampaikan semua perkara yang dia dengar (tanpa tahu kesahihan berita tersebut).” - (HR Muslim)

Justeru adalah wajar agar orang awam tidak mempercayai sesuatu yang tidak pasti dan tiada asalnya. Apabila suatu hadits disandarkan pada nama Nabi Muhammad SAW, ia bukanlah isu yang kecil malah mencerminkan metodologi pembelajaran agama Islam.

Isu ini juga membuka ruang kepada kritikan dan tuduhan melampau secara terbuka, bukan hanya kepada Ustaz Don Daniyal, malah kepada para pendakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain. Kritikan ini dipelopori oleh beberapa individu yang melebih-lebih dalam teguran, dan kemudiannya disokong oleh pendukung fahaman mereka.

Memetik kesimpulan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Dr Luqman Abdullah;

“Menyatakan first love Nabi SAW iaitu Ummu Hani’ adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian yang mana tidak diketahui sumber asalnya untuk memastikan hal demikian adalah benar. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihati agar berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara yang berkait dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hal yang demikian supaya kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mendustakan Baginda SAW.”

Sebagai langkah proaktif juga, menteri agama Dato Dr Naim Mokhtar, telah mengarahkan JAKIM memanggil Ustaz Don Daniyal, bagi mendapatkan perincian berhubung isu ini. Beliau menasihati semua agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan ceramah, termasuk menyemak hadis bagi memastikan kesahihan.

Di samping itu, Dato Dr Naim mengingatkan bahawa umat Islam perlu ada sifat tawadhu’ dan rendah diri untuk menerima nasihat, dan mengaku jika tersilap, tidak kira sebesar mana kesilapan dilakukan.

Isu penggunaan hadis yang tidak ada sumbernya merupakan isu yang besar, sampai para ulama’ pernah berkata ancaman dosa kepada sesiapa yang menyebarkan hadis dalam keadaan dia tidak tahu statusnya. Di harap isu ini jadi peringatan kepada semua para pendakwah dan juga orang awam dalam menyampaikan sesuatu tentang Nabi Muhammad SAW. Jangan kerana kita mengejar amalan baik, tetapi terjebak dalam perkara yang tidak betul.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com