NEGARA KAYA SUMBER YANG KINI HANYUT DALAM KEHANCURAN

Oleh Nurulfitri Hidayah binti Mahadzir

SUDAN, sebuah negara di timur laut Afrika yang pernah dikenali dengan kekayaan hasil galian dan potensi ekonominya, kini berdepan kehancuran yang hampir total akibat perebutan kuasa yang berpanjangan. Konflik antara tentera Sudan (SAF) yang dipimpin Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di bawah Mohamed Hamdan Dagalo atau Hemedti telah membawa negara itu ke dalam krisis kemanusiaan terbesar dunia masa kini.

Pertempuran ini bukan sekadar pertelingkahan antara dua kumpulan bersenjata, tetapi kemuncak kepada ketidakstabilan politik yang bermula sejak kejatuhan Omar al-Bashir pada 2019. Walaupun rakyat Sudan berjaya menumbangkan pemerintahan kuku besi selama tiga dekad, harapan mereka untuk menikmati demokrasi tidak kesampaian. Siri keganasan seperti tragedi ‘Khartoum Massacre’ pada tahun yang sama menggambarkan betapa retaknya hubungan antara rakyat dan pihak berkuasa. Pelaksanaan kerajaan interim selepas tekanan antarabangsa pula tidak mampu meredakan ketegangan kerana tentera masih berebut kuasa, hingga akhirnya rampasan kuasa baharu berlaku pada 2021. Konflik kembali memuncak pada April 2023 apabila timbul perselisihan mengenai usaha menyatukan RSF ke dalam angkatan tentera rasmi, mengheret Sudan terus ke jurang peperangan.

Akibatnya, keadaan rakyat Sudan kini berada pada tahap yang amat membimbangkan. Lebih 11.8 juta orang telah dipaksa meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka, menjadikan krisis perpindahan ini antara yang terbesar di dunia. Negara-negara jiran seperti Sudan Selatan, Chad, Mesir, Ethiopia dan Libya menjadi destinasi pelarian, dengan kemampuan infrastruktur mereka tidak mampu menampung jumlah manusia yang begitu besar. Kemusnahan rumah, hospital, laluan bekalan makanan dan sumber air menjadikan jutaan rakyat Sudan hidup tanpa perlindungan, tanpa rawatan dan hampir tanpa harapan.

Keadaan kesihatan masyarakat berada dalam tahap kritikal. Masalah kekurangan zat makanan melonjak ke paras yang mengancam nyawa, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Laporan antarabangsa menunjukkan kadar malnutrisi akut di beberapa kawasan mencapai lebih 35 peratus, manakala wanita hamil dan menyusu turut berdepan kekurangan nutrisi teruk. Dalam masa yang sama, keganasan seksual, penculikan dan penyeksaan terhadap wanita serta kanak-kanak menjadi semakin berleluasa. Ada kawasan yang menyaksikan pembunuhan etnik beramai-ramai, dengan ribuan nyawa terkorban akibat serangan kejam militan di lapangan.

Melihat kepada keseluruhan keadaan, dunia tidak boleh sekali-kali memandang ringan penderitaan yang berlaku di Sudan. Amaran yang dikeluarkan oleh badan-badan antarabangsa seperti UN Women menegaskan bahawa sokongan global semakin berkurangan, sedang rakyat Sudan semakin hampir kepada kebuluran besar-besaran. Analisis keselamatan makanan juga menunjukkan beberapa bandar sudah mencapai fasa 5, iaitu tahap kebuluran paling kritikal.

Dalam suasana ini, sokongan antarabangsa perlu dipertingkat, manakala umat Islam wajar menunjukkan solidariti sebagai tuntutan akidah dan kemanusiaan. Keprihatinan boleh dizahirkan melalui bantuan kepada badan kemanusiaan yang dipercayai, selain menolak dan tidak menyokong entiti yang terbukti membantu pihak yang menindas. Setiap tindakan, sama ada di peringkat kerajaan atau individu, adalah sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan maruah dan keselamatan rakyat Sudan.

Sudan kini berada di persimpangan antara kehidupan dan kemusnahan. Dunia harus bersatu, bukan sekadar bersimpati, tetapi bertindak bagi memastikan negara ini tidak terus tenggelam dalam malapetaka yang tiada penghujung.

Nurulfitri Hidayah binti Mahadzir adalah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan Usuluddin dan Dakwah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com