OH! SYAHIR SULAIMAN ‘DAH BASAH’?
Debat Ekonomi antara Syahir Sulaiman (SS) dan Rafizi Ramli (RR) yang berlangsung pada malam Khamis, 9 Ogos 2023 sangat jauh berbeza daripada perspektif pemikiran antara MP Bacok dan MP Pandan, yang kini adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerajaan perpaduan.
SS seperti punching bag buat RR, yang memang cukup kental dengan hujah dan kaedah untuk menampilkan naratifnya lebih menari, bervisi dan boleh dipertimbangkan. SS dalam beberapa ketika kelihatan seperti seorang remaja yang syok sendiri bilan terpandang seorang gadis genit dan gempal berkerling mata, atau memandang langsung ke arahnya, yang juga boleh diistilah tampan dan bergaya.
Tampan dan bergaya kerana beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang sanggup menerima pelawaan RR. Sebelumnya, Sanusi Mohd Nor yang arrogant dan cukup kasar naratifnya menolak pelawaan RR. Seorang lagi yang menolak pelawaan RR ialah Azmin Ali, bekas guru matematik yang memberikan formula ketika menyindir Anwar yang tersilap buat kira-kira ‘cukup nombor’, selepas kemelut politik Langkah Sheraton.
SS adalah Setiausaha Politik Presiden PAS sejak tahun 2018 selepas Samsuri Mokhtar dilantik sebagai MB Terengganu. PRU ke-15 (2022), Syahir memenangi kerusi Parlimen Bachok, dan sebelumnya adalah seorang akauntan di Shell Malaysia Exploration and Production, Esekutif Kanan di Sime Darby (Kewangan Korporat).
Setelah ditawarkan bertanding, beliau melepaskan jawatan sebagai Penolong Naib Presiden Strategi Pembangunan di Sime Darby. Ini bermakna, SS mempunyai pengalaman dalam pengurusan korporat selama hampir 12 tahun selepas tamat Sarjana Muda Ekonomi di UIAM (2002) dan seterusnya mengambil ijazah sarjana dalam Pengajian Pembangunan di Universiti Malaya pada tahun 2017.
Walaupun pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan Kuliyyah Ekonomi dan menerima Anugerah Khas Unvar Rahman, SS sebenarnya belum cukup mahir untuk berdebat dengan RR yang juga pernah menjadi juara debat ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar bukanlah mudah untuk digula-gulakan.
RR cukup gigih dan bijak mematahkan hujah walaupun kadangkala hujah itu dianggap cukup sepele. Itulah kelebihan RR yang akhirnya SS terpaka menerima kecederaan berhalimunan dengan ‘seluar dalam yang basah’.
Saya terbaca komen Harakahdaily, benar kedua-dua pemimpin itu gigih walaupun RR sudah berusia 45 tahun manakala SS baru mencecah umur 40, Rem Dambul tentunya akan pilih SS. Jika Rem Dambul memilih RR, tentunya Harakahdaily tidak akan siarkan tulisannya, kerana yang lebih penting ialah ‘apa yang kita rasa.’ (Harakahdaily, 10 Ogos 2023).
Penilaian itu cukup jelas kuat dipengaruhi emosi kerana itulah “apa yang kita rasa”, bukan sepatutnya ‘apa yang kita fikirkan’, yang keseluruhan pernyataan SS cukup tidak menepati konsep debat yang bersifat intelektual, hanya debat emosi.
Debat emosi walaupun SS tidak menunjukkan wajah beremosi, bermakna tidak mempunyai gagasan yang kuat yang boleh dijadikan bahan untuk setiap khalayak yang menyaksikannya berfikir, dan membuat keputusan berdasarkan kejituan makna, kemantapan kerangka dan gagasan yang boleh dipertimbangkan sebagai pilihan model ekonomi yang lebih baik daripada RR.
Saya tidak menemuinya sepanjang masa mendengar, menonton dan cuba membuat beberapa catatan mengenai Debat Ekonomi, yang akhirnya saya membuat kesimpulan, ia hanya sekadar ceramah biasa para ustaz, seumpama tazkirah selepas Subuh ataupun cakap-cakap sementara menunggu masuknya waktu Insya’.
Itu sahaja, sebuah naratif yang biasa kita dengar kalau kita berada dalam kuliah Subuh mahupun Kuliah Selepas Maghrib yang disampaikan oleh para ustaz yang ada kecenderungan politik, dan cukup sekadar menarik minat dalam lazim simplistik, pembodohan atau dumbing down.
Cuba kita perhatikan, SS sepatutnya mengemukakan kerangka ekonomi yang menarik sebagai tawaran setelah menyambut cabaran RR, yang ramai tahu tidak sanggup dihadapi oleh Azmin mahupun Sanusi.
Itulah yang dikatakan pengalaman cukup mendewasakan seseorang, dan pengetahuan dalam pengurusan ekonomi negara menjadi kelebihan bagi RR walaupun kadangkala apa yang dicakapkannya bukan merupakan formula-formula sebagaimana beliau dikenali ketika berada di luar kerajaan. Ia boleh melihat dalam lebih besar dari perspektif dalaman dan realistik.
Mungkin itulah yang menjadi sebab kenapa Sanusi dan Azmin menolaknya, Walapun Azmin pernah menjadi Menteri Hal Ekonomi, perana Azmin tidaklah besar ketika itu, lagi pun beliau masih merupakan ‘budak baharu belajar’ memahami ekonomi negara dan tidak secekap RR.
Debat SS cukup tipikal dengan ceramah para pemimpin PAS yang berusaha menatijahkan hujahnya berdasarkan cebisan al-Qur’an, walhal ayat-ayat tersebut memerlukan penjelasan lanjut untuk memberikan khalayaknya lebih mempercayai gagasannya.
Sayang sekali SS tidak mampu mengkerangkakan pemikiran ekonominya menjadi suatu model, yang boleh dilanjutkan perbincangan sebagai suatu kaedah yang tuntas dan boleh dipertahankan sebagaimana Adam Smith mengutarakan konsep laissez faire, mahupun formula bagaimana untuk membantu rakyat dengan formula terkenal RR mengambil keuntungan Petronas untuk meningkatkan subsidi bagi menampung kenaikan harga minyak.
Soal bagaimana formula itu memberikan kesan positif atau di sebalikna, itu adalah soal selepasnya, setelah dibincangkan keberkesanannya. Tetapi, sekurang-kurangnya khalayak memperoleh sedikit gambaran bagaimana harga petrol boleh dikurang atau dipertahankan pada harga yang munasabah atau populis.
Atas sebab itulah saya melihat SS masih ditakuk lama, ditakuk naratif penceramah agama mengenai hal-hal yang bersifat ibadat sedangkan dalam kehidupan kita, sangat diperlukan kepada bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam kaedah bermuamalah, yang jarang diberikan penekanan.
Penantian saya untuk mendengar model ekonomi yang ditawarkan SS, yang pandangan sebahagian khalayak mungkin dapat mewakili PAS, yang cukup sinonim dengan pendekatan simplistik dalam memperkatakan sesuatu isu sebagaimana TMB (Sementara) Kelantan menjawab bagaimana rakyat Kelantan sudah biasa menyelesaikan masalah ketiadaan atau berhari-hari tidak ada air paip bila kepala pili dibuka.
Kata Mohd Amar, rakyat Kelantan memahami keadaan yang berlaku dan kerana itu mereka bersedia menggali telaga dan membina telaga tiub walaupun kadangkala ada bahayanya. Bahayanya ialah kandungan bahan kimia yang ada dalam air dalam tanah yang tidak dirawat, dan terus digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk minum dan menjerang nasi serta memasak.
Bayangkan jika sesuatu kawasan itu di dalam tanah mengandungi bahan merkuri. Merkuri adalah bahan logam yang sangat berbahaya, tetapi kerana ia bercampur dengan air, ia tidak mudah diuraikan. Mungkin jika jarang-jarang mengambil air tersebut, ia tidak menjadi masalah. Tetapi, jika setiap hari menggunakannya, ia akan mendatangkan pelbagai masalah termasuk masuk kulit dan boleh menjejaskan proses pencernaan.
PAda saya, cara Mohd Amar menjawab persoalan itu menampakkan daya kepimpinan PAS tidak lagi dapat dipertahankan apatah lagi setelah 33 tahun isu tersebut tidak dapat diselesaikan, Apa diajukan pertanyaan kenapa tidak laksanakan, maka dijawabnya kerajaan pusat yang sepatutnya laksanakan, dan dalam masa yang sama, Timbalan Presiden PAS memberitahu dalam beberapa ceramahnya, kerajaan pusat tidak memberikan apa-apa peruntukan sama ada dalam bentuk geran mahupun pinjaman untuk tujuan berkaitan.
Akhirnya, Tuan Ibrahim Tuan Man terkangkang kerana berbeza dengan jawapannya di Dewan Rakyat, ketika dirinya adalah Menteri Air dan Sumber Asli (KASA) telah diberikan geran dan peruntukan lebih RM 1 bilion, yang meliputi lebih RM 900 juta dalam bentuk pinjaman. Saya senyum sendirian, senyum kerana ceramahnya terkantoi dengan sendiri apabila menyemak semula jawapan pertanyaan di Dewan Rakyat.
Pada saya, SS yang senyumannya sedikit menawan dan boleh menggetarkan rasa gadis genit dan gebu, boleh mencairkan janda-janda yang sedang mencari jodoh semula, biarpun pemikirannya tidaklah menggambarkan kekuatan ilmiahnya dalam membincangkan praktik ekonomi yang menarik. SS tidak memerlukan model, kerana baginya Debat Ekonomi itu seumpama soal jawab seperti yang berlaku dalam tik tok.
Aktivis PAS boleh merakamkan keseluruhan debatnya, kemudian potong yang kurang menarik dan ambil sedikit yang nampak bernas, sebarkan. Ia boleh disebarkan dalam beberapa siri secara terputus-putus, bukan keseluruhannya. Mentiarkan secara keselutuhan debat itu akan menyebalkan mereka yang menontonnya, dan mungkin ada yang memberikan komen, tidak ada yang menarik.
Ia akan menyebabkan MP Bachok yang diharapkan akan dapat diketengahkan pada masa hadapan mungkin sedikit tercalar. Tetapi, perlu diketahui, rakaman itu bukan sahaja dibuat oleh aktivis PAS, malah aktivis parti lawan boleh jadikannya sebagai peluru untuk melontarkan pandangan yang lebih baik dan menyindir apa yang SS perkatakan. Ia boleh menimbulkan suasana (kesan) yang lebih parah.
Sayang, sepatutnya SS menggunakan platform debat ini untuk memposisikan dirinya sebagai seorang yang cukup berpengetahuan mengenai ekonomi, bukan seperti bercakap dalam platform ceramah kepada pengundi, sebab itulah direnjis-renjisnya petikan ayat al-Qur’an untuk menunjukkan dirinya cukup Islamik, bukan dengan cara mendakwa bahawa kerajaan pusat menganaktirikan peruntukan untuk negeri-negeri pembangkang.
Lontaran dakwaan itu kemudiannya dijawab oleh Anwar pada hari ini. Kata Anwar, sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara, Kelantan sudah diberikan peruntukan yang lebih besar daripada apa yang diberikan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang di dalamnya turut disertai oleh pemimpin PAS.
Jawapan itu walaupun diberikan selepas berakhirnya debat, ia sedikit sebanyak telah mengesahkan bahawa SS sebenarnya tidak membuat homework yang mencukupi, hanya sekadar menyertai secara ‘suka-suka’ akibat sudah terlanjur menjawab setuju. Ia mengulangi dakwaan lazim aktivis PAS yang hanya tahu memburuk-burukkan lawan atau kerajaan perpaduan sejak kekal sebagai pembangkang, yang cukup mudah berperanan dan menghentam.
Agak mengecewakan apabila SS memberikan hujah yang kurang bermutu, hanya bersandarkan kepada Islam tetapi bagaimana Islam boleh memberikan penyelesaian tidak pula dihujahkan secara tuntas. SS masih bersandarkan kepada benar-budaya, yakni jika menolaknya seumpama tidak Islamik sebagaimana pernah diucapkan oleh Ketua Muslimat PAS mereka yang berkata: ‘Siapa kata Parti Islam tidak boleh memerintah adalah Dajjal. Siapa kata Parti Islam tidak baik adalah Dajjal’. Yang mendajjalkan itu siapa?
Biarpun SS tidaklah seburuk pernyataan Ustazah Nuridah, ia tetap menggambarkan sesuatu yang cukup tipikal bila PAS membicarakannya, dengan lawan yang berbeza kefahaman politik.
SS hanya menampilkan pelbagai cerita, yang tujuannya untuk menyeronokkan penyokongnya, walhal cerita itu tidak dapat menawarkan pilihan gagasan yang baik dan bernas. Apa tujuannya? Secara mudahnya, untuk menutupi kelemahannya sendiri dan menegaskan paradigma canggung, hanya PAS sahaja Islam. Lain-lainya, kufur dan kafir, sebagaimana telah lama menjadi trade-mark Haji Hadi, yakni bossnya. Jauh menyimpang daripada ‘cetusan pemikiran’, yang pada rumusan Syed Hussein al-Attas sebagai ‘bebas’ dan ada juga memanggilnya sebagai ‘beku minda’.
Atas ‘beku minda’ itulah SS melalut hingga menjadi pemuja yang cukup nostalgik, dipetiknya apa yang diucapkan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, walhal dirinya bukanlah tersntuh secara langsung dengan gagasan bekas PM itu. SS membebel dengan cerita kurang tepat apabila mengantipasikan antara kerajaan persekutuan dan negeri, yang tentunya tidak berdasarkan semakan yang jelas apa yang dikanunkan dalam Perlembagaan.
SS hanya meraban seperti merabannya pendakyah PAS ketika bercakap kepada khalayak taksub bahawa PAS adalah parti yang benar-benar mampu mempertahankan Melayu-Islam, nasib baik tidak melalut kepada dakwaan Melayu-Islam terancam sebagaimana Presiden PAS pernah naratifkan bila kecewa tidak berjaya membentuk kerajaan.
Saya meneliti apa yang dikupas oleh Faisal Tehrani mengenai ‘presentation’ SS sepanjang berdebat dengan RR, hanya memikirkan khalayaknya adalah orang Bachok dan dalam kelompok Melayu surau. SS tidak menyuguhkan ‘semangat berfikir’ maka itulah yang dilabelkan sebagai ‘bebalisme’, yang ‘boleh meletakkan bangsa dan negara di jurang.’ (Free Malaysia Today, 10 Ogos 2023).
Namun, saya berbeza dengan Faisal Tehrani. Faisal menyatakan oleh kerana senyum SS sedikit manis, ia boleh menyebabkan awek yang terkesima dengan senyum tersebut boleh ‘basah’ bila melihatnya.
Saya secara keseluruhannya menilai SS sebenarnya ‘seluar dalamnya sudah basah’ akibat dibuai dengan imajinasi dan khayalan sendiri sehingga syok berlebihan. Ia berlaku selepas dua tiga kali menghenjut dengan sindiran, goyang sikit-sikit, habis ‘basah’ seperti ‘mimpi cukup umur’.
Itu sahaja. SS tidak menawarkan solusi yang boleh diterima sebagai ilmiah dan mampu membuka pemikiran yang lebih tuntas dan berbobot. Sehabis debat, saya masih tidak tahu di manakah SS sebenarnya lebih baik daripada pemimpin-pemimpin PAS, bahkan kadangkala ada mirip Mohd Amar mudahnya menjawab dengan lelucon yang kasar, hodoh dan tempang akal budi.
Apa pun saya ‘tidak lencun’ dan ikut berfantasi dengan nostalgia.
SS bukan sahaja kependekan nama Syahir Sulaiman. Ia juga membawa konotasi syok sendiri. Jadi dalam Debat Ekonomi SS dan RR, nampaknya SS benar-benar syok sendiri sehingga ‘basah’ dengan nostalgia, imajinasi dan tiada kerangka hujah tentang ekonomi.
Yang ada hanyalah tipikal hujah, perpanjangan apa yang sudah lama kita istilahkan sebagai benar-budaya politik pemimpin-pemimpin PAS, tuding menuding, kecam mengecam, dan renjis merenjis ayat suci al-Qur’an untuk menunjukkan merekalah yang lebih Islam walhal, apa yang dicakapkan itu tidak pula dipraktikkan apabila berkuasa.
Minda rakyat terus ‘terkurung’ dalam kepompong atau tempurung yang semakin mereput dengan sendiri, setiap kali tiba musim pilihan raya, minda rakyat akan terus dikentalkan dengan tempurung yang sudah reput itu.
MONOSIN SOBRI