PRN SABAH: SEPINTAS ULASAN AWAL

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor yang memimpin GRS sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah mengetepikan impian Presiden Warisan, Datuk Shafie Afdal untuk kembali menerajui negeri bawah bayu. GRS meraih 29 kerusi manakala Warisan mampu menang 25 kerusi. Jadi, kelebihan itu memberikan kesempatan kepada GRS untuk membentuk kerajaan campuran di Sabah sehingga melepasi majoriti mudah (37 kerusi).

Mengikut Perlembagaan Negeri Sabah fasal 14(1)(e)) dibenarkan melantik enam lagi ADUN bagi menjadikan kesemuanya 79 orang. Ini bermakna dengan gabungan GRS-BN-PH, sudah ada 36 ADUN, bila dilantik enam lagi menjadikannya 42. Ia sudah melepasi majoriti mudah, jika pun lima wakil rakyat Bebas enggan berada dalam barisan kerajaan campuran Sabah yang baharu. Setakat ini, wakil rakyat Bebas dilihat sebagai "kingmaker' kerana mereka lebih mudah menyokong mana-mana gabungan berbanding wakil rakyat yang menang atas kapasiti parti yang diwakilinya.

1. Parti atau gabungan yang bersifat nasional semakin tidak diterima - politik kenegerian semakin berkembang di Sabah. Ia membawa momentum daripada apa yang berlaku di Sarawak: Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian. Cuma sedikit berbeza, parti yang bersifat nasional masih bernafas walaupun menguasai BN dengan 6 kerusi manakala PH dan PN masing-masing satu kerusi. Bersatu hilang, PAS menyerlah, DAP lenyap (tewas sepenuhnya di lapan kerusi) tetapi UMNO kekal bernafas (6 kerusi) biarpun PKR kesemputan (1 kerusi). Bersatu hancur.

2. PAS berjaya "lahirkan anak sulung" di Sabah MELALUI CALON PAKISTAN-MURUT-DUSUN di DUN Karambunai. Kemenangan 100 peratus. Karambunai tidak terhina sangat dengan kisah roti Gardenia, walaupun menang dengan majoriti sederhana, 365 dalam persaingan sengit dengan BN dan WARISAN.

3. PN terutama Bersatu jelas tidak relevan sebab kalah besar (100 peratus dan 36 calonnya hilang deposit). Maruahnya diselamatkan oleh kemenangan calon PAS di Karambunai. Maknanya, Bersatu benar-benar bermasalah dan bakal ditalkinkan oleh PAS kalau tidak hati-hati pada PRU ke-16 nanti. Ronald Kiandee, Pengerusi PN turut gagal. Ini bermakna Bersatu adalah parti yang paling gagal dan diikuti oleh PH, terutama DAP. PAS dilihat semakin menapak di Sabah.

4. Lima calon Bebas menang, membawa maksud pengundi memilih bukan lagi berdasarkan parti tetapi faktor peribadi calon itu sendiri. Calon yang dilihat bagus dan berkebolehan besar boleh menang, walaupun saingannya adalah bekas nama besar yang pernah menjulang di langit politik Sabah atau peringkat pusat.

5. Kalahnya jagoan veteran - Pandikar Amin dan isterinya, serta Anifah Aman - pengundi melihat realiti politik semasa, bukan dipengaruhi oleh nostalgia. Bekas Ketua Menteri Sabah, Said Keruak tewas begitu juga kalahnya Mohammaddin Ketapi, bekas menteri di peringkat pusat (MOTAC) selain Anifah Aman (bekas Menteri Luar), Pandikar Amin Mulia (bekas Speaker Dewan Rakyat) dan Ronald Kiandee (Pengerusi PN Sabah dan Naib Presiden Bersatu).

6. Utopia tidak diterima sebagai sesuatu yang kuat kerana pengundi lebih percaya kepada apa yang calon boleh buat, atau mampu buat. Sebab itulah semua calon Bersatu kalah, walaupun menawarkan RM 400 sebulan bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar. Pengundi melihat itu adalah janji kosong sebagaimana kecewanya harapan mereka ketika Bersatu menjadi pemimpin kerajaan negeri sebelum dimusnahkan oleh pembelotan dari dalam, munculnya GRS.

7. PH mengalami kemerosotan paling parah, terutama DAP yang kalah 100 peratus. Ia merupakan sejarah paling sedih DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1964. Kedudukan PH sama dengan PN yang hanya menang satu kerusi. DAP bukan lagi ancaman politik yang besar tetapi Warisan mungkin akan lebih menyerlah pada masa depan. Pengaruhnya tidak boleh dipandang mudah. Satu natijah yang cukup menyakitkan buat DAP, pengundi Cina yang menjadi teras kemenangan sebelumnya secara berjemaah menolak.

8. Jika Kerajaan Negeri diasaskan antara GRS-BN-PH ia belum cukup. Ertinya lima wakil Rakyat Bebas benar-benar menjadi "king maker" dalam menentukan gabungan Kerajaan Negeri yang baharu. Sesuatu "tawaran politik yang cukup besar" akan kedengaran sama ada cukup lumayan atau sekadar rahsia dan spekulasi. Inilah yang meyakinkan Haji Hajiji Noor bergegas ke penginapan rasmi TYT untuk mengangkat sumpah walaupun matahari belum muncul sepenuhnya. Hajiji takut kedudukan "majoriti" itu terbalik, yang akan menyebabkan kerjasama parti-parti berikutnya dengan Warisan mengecewakannya.

9. Anak Muda memilih. Mereka memilih berdasarkan apa yang mereka percaya walaupun ada natijah buruk didendangkan. Mereka tetap memberikan 25 kerusi kepada Warisan, walaupun ada percubaan mengecam Shafie Afdal apabila berkata ada dalam kalangan anak Sabah berhijrah ke Semenanjung, segelintirnya jadi "pelacur". Mereka tahu, realitinya tetap ada, tetapi bukan semua. Susu sebelanga tidak lagi rosak oleh setitik nila. Ramai yang bekerja dengan niat yang baik, mencari rezeki yang halal walaupun di hotel. Menjadi pelacur adalah pilihan, dan tidak hanya berlaku dalam kalangan anak Sabah sahaja. Anak semua negeri dan semua bangsa ada yang terlibat.

10. Nama-nama yang memegang tampuk kepimpinan parti tidak menjanjikan harapan untuk menang. Ia terbukti apabila Presiden Parti Impian Sabah (PIS) kalah teruk dan hilang deposit. Presiden Parti Rumpun Sabah (Rumpun) turut hilang deposit.

Ia mengingatkan kita tentang Dr Mahathir dan Mukhriz yang hilang deposit pada PRU ke-15, yang menerajui Pejuang. 72 calon PIS hilang deposit, parti yang cukup parah walaupun berusaha untuk menjadi parti lokal yang berpengaruh. Kesemua 389 calon daripada 596 calon hilang deposit, termasuk 13 daripadanya adalah daripada BN.

Secara umumnya, pola pembentukan kerajaan tidak lagi berpaksikan kepada sebuah parti atau gabungan (sebelum pilihan raya) tetapi semakin terarah kepada pembentukan gabungan bersama selepas keputusan pilihan raya. Untuk mendapatkan majoriti mudah dalam sistem "past the post", ia agak sukar, maka tentunya corak dan pembentukan dasar sesebuah kerajaan yang dibentuk tidak lagi berdasarkan dominasi parti, ia wajib diselaraskan dengan kehendak parti yang ikut membentuk persetujuan pembentukan sesebuah kerajaan.

Inilah yang menjadi faktor kenapa pengundi Cina di Sabah menolak DAP, yang tidak lagi membawa aspirasi orang Cina. Sebaliknya, DAP menjadi semakin berkompromi.

BN walaupun menang enam kerusi daripada 45 kerusi yang ditandingi, masih boleh bernafas di Sabah dalam keadaan sukar. Ia mungkin boleh diperkuatkan dengan perubahan kepimpinan dan realiti kehendak anak muda yang semakin membentuk kuasa penentu dalam sesebuah pilihan raya. PH paling teruk terasa, dan ia menjadi ujian pertama yang perlu dipertanggungjawabkan kepada Timblanan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

BN perlu segera melakukan reformasi kepimpinan jika mahu mengubah kedudukan kuasa di peringkat pusat dan di beberapa buah negeri yang dikuasainya, kerana kuasa yang dimilikinya cenderung goyah. Ini bermakna, jika berlaku PRN negeri secara berasingan di Melaka dan Johor, BN perlu berikan perhatian serius terhadap kebangkitan PAS, kerana Bersatu bukan lagi menjadi penentu. PN hidup kerana kekuatan PAS, bukan kekuatan Bersatu dan Gerakan. Bersatu dilihat bersepai manakala Gerakan seumpama orang tua yang bermimpi besar untuk berkahwin dengan gadis genit dan cantik, walhal tenagannya sudah hilang akibat "menopause."

Untuk itu, bagi mengelakkan pertembungan yang lebih besar, BN perlu kepada pembentukan strategi bersama dengan PH, mengimbangi pengaruh PAS terutama di negeri-negeri pantai barat walaupun tidak begitu mengharapkan di negeri-negeri Pantai Timur dan utara Semenanjung. Pola yang terhasil dari Sabah memberikan kita sedikit pemahaman bahawa politik Malaysia semakin bercirikan multiparti, bukan lagi eka-gabungan.

Ini kerana dominasi pengundi Melayu semakin berpecah disebabkan parti-parti yang berasaskan Melayu semakin bercambah dan proses penyatuannya menjadi semakin sukar, walaupun ramai yang percaya bahawa jika pengundi Melayu Bersatu, dominasi politik Melayu akan kekal. Soalnya, kenapa ada masalah dan rintangan yang cukup besar untuk menyatukan semua parti-parti Melayu ke dalam satu gabungan yang kuat? Di sinilah kita lihat, demokrasi akhirnya menjadi alat pemusnah, walaupun demokrasi itu sistem terbaik dalam kaedah berpolitik sekarang.

BN kena ingat, 12 calonnya hilang deposit dan Pengerusi BN Sabah, hampir tewas, menang dengan majoriti kurang 200 undi. Banyak yang perlu BN lakukan jika ingin terus kekal. Prestasinya semakin merosot daripada 16 kerusi (PRN 16, 2020) kini tinggal 6 kerusi. Walaupun menang satu kerusi, PAS akan tetap dilihat bakal mencabar dan jangan disiniskan seperti telur sebiji riuh sekampung. Anak sulong itu akan mengurus gerak kerja yang lebih baik, dan melatih lebih ramai kader politik di Sabah. Tentunya kader-kader ini akan menjadikan UMNO tidak boleh duduk dan berpeluk tubuh kalau mahu kekal di Sabah, atau tidak hilang seumpama Parti Berjaya dan PBS, yang gagah dan megah pada suatu ketika, kini, hanya tinggal namanya.

Apakah petunjuk ini akan menggambarkan PH dan BN akan ikut sama merudum di Semenanjung? Bersatu sudah menunjukkan tanda-tanda akan hilang wibawa kerana PAS sedang menumbuknya. DAP juga perlu melihat semula kedudukannya, kerana pengundi Cina mula mencari arah yang lain sejak dilihat tidak berani mempertahankan ahli-ahlinya yang diserang atau dikritik oleh UMNO, PAS mahupun PKR sendiri.

Hanya sekadar melihat apa yang berlaku itu sesuatu yang bersifat "pendapat peribadi" bukan pendirian parti. Dalih yang semakin tidak menjadi, strategi politik kompromi. Ini termasuklah persoalan "tuntutan peneroka tanah yang menanam durian di Pahang." Suatu ketika, isu ini mendapat perhatian yang besar, tetapi setelah berada dalam kerajaan lebih banyak "berdiam diri".

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com