RUU MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN USAHA MURNI DEMI KESATUAN UMMAH

KUALA LUMPUR: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan bukan bentuk eksklusif dalam beragama dan tidak bersifat sektarian. Muftinya, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, wujud dakwaan sebahagian pihak bahawa RUU ini bersifat sektarian hingga memecahkan keharmonian serta perpaduan dalam masyarakat.

Menurutnya, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menyatakan rasa dukacita atas polemik yang timbul ekoran penggubalan RUU Mufti Wilayah-wilayah Persekutuan 2024.

"Hakikatnya, ia adalah satu bentuk usaha pemerkasaan suatu manhaj yang jelas dan berstruktur.

"Hal ini penting bagi mempersiapkan umat Islam dalam mengharungi era globalisasi yang semakin terdedah kepada aliran ajaran sesat yang pelbagai dan kekeliruan dalam penghayatan Islam.

"Oleh itu, penggubalan RUU ini adalah usaha murni yang selaras dengan dasar kerajaan menekankan kemajuan dan ketamadunan dalam masyarakat berdasarkan ilmu pengetahuan dan khazanah tradisi Islam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, negara ini adalah majoriti umat Islam yang berpegang dengan pegangan aliran al-Asya'irah dan al-Maturidiyah (ASWJ) yang mula bertapak dan sudah dipegang oleh masyarakat Islam sedunia khususnya di Alam Melayu sejak zaman berzaman.

Katanya, pegangan al-Asya'irah dan al-Maturidiyah diyakini membawa keharmonian dan kesatuan ummah dalam beragama daripada sudut memberi pengukuhan kefahaman Islam, kesepaduan ilmu, membentuk jati diri Islam, kesepakatan fikrah yang keselarasan dalam pengamalan agama dan keilmuan ulama dan masyarakat di rantau ini.

"Apa yang lebih menyedihkan, terdapat juga tindakan oleh sesetengah pihak yang membuat dakwaan melulu dan tidak berasas sehingga melanggar batas etika dan adab dalam membahaskan isu ini termasuk terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

"Sehubungan itu, JMWP menyeru semua pihak agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan dakwaan yang tidak berasaskan fakta sebenar khususnya kenyataan yang dilihat dengan sengaja cuba merendahkan kehormatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan institusi pentadbiran Islam di negara ini," katanya

Sumber: hmetro.com.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com