RUU MUFTI WILAYAH:TOLAK FAHAMAN SEMPIT

Ketika bacaan Rang Undang-Undang Mufti Wilayah Persekutuan kali pertama sekitar bulan Julai yang lalu, telah keluar suara-suara yang membantah akan kelulusannya, atas pelbagai alasan. Perlu diingat RUU Mufti Wilayah ini, tidak lain hanya bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan.

Mengapakah usaha positif ini bertukar hingga menjadi polemik dalam negara, dan bagaimanakah untuk mengatasi kekeliruan yang ditimbulkan ini?

Terdahulu, perlu disenaraikan beberapa bantahan dan pendapat mengkritik RUU Mufti Wilayah yang disuarakan di luar Dewan Parlimen.

Pertama, Mufti Perlis berkeras dengan bantahannya tentang takrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam RUU tersebut, ditentukan kepada aqidah Asya’irah dan Maturidiyyah, dan bertasawuf mengikut Imam Al-Ghazali dan Imam Junaid al-Baghdadi. Beliau beranggapan bahawa dengan kelulusan RUU ini bersama takrifan tersebut, akan bermula era kafir-mengkafir sesama umat Islam dalam negara. Beliau juga melontarkan kata-kata seperti ‘sektarian’, ‘mengkultuskan’, ‘ingin memaksa rakyat’, yang ditujukan khusus kepada YB Menteri Agama.

Kedua, seorang peguam hak asasi (Latheefa Koya), yang mendakwa RUU ini akan merendahkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di Malaysia. Beliau juga menyifatkan RUU itu akan mewujudkan mekanisme kawalan yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila setiap fatwa secara automatik mengikat semua umat Islam, tanpa pengecualian atau kelonggaran. 

Bantahan ini juga disokong oleh kumpulan G25, kumpulan Sisters In Islam dan Islamic Renaissance Front. IRF juga menambah bahawa RUU Mufti Wilayah akan melahirkan ‘Autoritarianisme’ agama, dan memberi kesan secara tidak langsung kepada masyarakat bukan Islam dalam negara.

Berbalik kepada topik penakrifan istilah SUNNI yang merujuk kepada manhaj Asya’irah dan Maturidiyah, mantan ketua hakim syarie Perak, Dato’ Hj. Md. Asri Hj. Abdullah menyatakan bahawa; Akta Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan 19/2024 yang adalah undang-undang khusus mengenai kelayakan pelantikan seorang Mufti dan tugas-tugasnya, justeru perlu menjelaskan mazhab-mazhab yang diiktiraf tersebut. Ini bagi menjelaskan bahawa tugas Mufti Wilayah bukan sahaja menjelaskan hukum yang bersangkutan dengan aqidah sahaja, tetapi juga berkaitan dengan syariah dan tasawuf.

Dalam Mesyuarat Panel Pakar Akidah JAKIM bertarikh 28 Disember 2010, diputuskan perincian definisi Ahli Sunnah wal Jamaah ialah: Mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf (Asya’irah dan Maturidiyyah), Mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar, ini mengeluarkan Khawarij, Syi'ah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu'tazilah, Anti-hadis, Islam liberal, pluralisme agama dan seumpamanya,

Mereka ialah golongan yang mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak taasub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam.

Jika tidak ditakrifkan dengan lebih jelas Ahli Sunnah Wal Jama’ah” dalam RUU ini, dikhuatiri banyak kumpulan yang bertentangan dan menyeleweng akan mengambil kesempatan berselindung mengaku bahawa mereka juga adalah pendokong Ahli Sunnah Waljamah.

Perkembangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di Malaysia adalah seiring dengan perluasan pengaruh mazhab Asya‘irah-Maturidiyah di Nusantara. Pada zaman keagungan Aceh sejak abad ke-17, berkembanglah aliran Kalam dalam pengajian Usul al-Din, baik menurut fahaman Asya‘irah mahupun Maturidiyah. Antara tokoh yang mempeloporinya ialah Bukhari al-Jawhari pengarang kitab Taj al-Salatin yang membahaskan tentang mengenal diri dan Tuhan sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Imam al-Ghazali RH. Kitab ini dianggap sebagai kitab pertama yang menonjolkan fahaman Asya‘irah menurut tafsiran Imam al-Ghazali.

Kemudian, di dalam sebuah posting media sosial, peguam syarie Dr. Zulqarnain Lukman pula menyatakan mengkritik dialog yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, kerana ia bukan forum yang sepatutnya. RUU ini sepatutnya dibahaskan di parlimen dan bukan dalam bentuk dialog di televisyen. Jika ada pun rasa tidak puas hati, adalah lebih harmoni jika Mufti Perlis itu datang ke pejabat Menteri Agama, tambahan juga boleh bermuzakarah bersama 12 mufti-mufti negeri lain supaya tidak keliru, atau mengelirukan orang awam.

Skop RUU Mufti ini sendiri terhad kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. Syarat ‘akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah’ ini hanya dikenakan kepada perlantikan mufti dan timbalan mufti sahaja. Ianya bukan paksaan kepada orang ramai. Penakrifan akidah SUNNI seperti ini tidak menjejaskan hasrat agenda keluasan, kesederhanaan, konsep Madani, apatah lagi untuk membawa kepada kafir-mengkafir atau sesat menyesatkan.

Kenyataan Mufti Perlis yang menyamakan perbuatan Ibn Tumart dengan akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah adalah satu perumpamaan yang tidak tepat. Perbuatan Ibn Tumart itu adalah sepatutnya dinisbahkan kepada perbuatan individu. Mengapa tidak diambil contoh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, yang berjaya menyatukan umat Islam di Timur Tengah dan memenangi kembali Baitul Maqdis?

Al-Hafiz Jalalud-Din al-Suyuti al-Shafi’i berkata dalam kitabnya al-Wasa’il ila Ma’rifatil-Awa’il: “Tatkala al-Sultan Salahuddin ibn Ayyub dilantik sebagai pemerintah, lalu dia memerintahkan para muadzin supaya menyiarkan pada waktu tasbih dengan menyebut aqidah al-Ash’ariyyah (para pengikut al-Imam Abul-Hasan al-Ash’ari). Kemudian para muazzin sentiasa menyebut aqidah tersebut pada setiap malam sehingga masa kita ini”.

Umat Melayu Islam di Tanah Melayu, telah turun temurun menganut fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah berteraskan aqidah al-Asya‘irah dan al-Maturidiyyah. Melalui prinsip akidah Ahli Sunah Waljamaah kefahaman beragama umat Islam dianut secara sederhana (wasatiyyah) menurut ilmu yang muktabar. Nas agama tidak difahami secara zahir literal yang ketat dan tidak juga ditundukkan kepada takwilan liberal yang longgar. Sebaliknya, asas epistemologi al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah menganjurkan interaksi kefahaman nas agama menurut metodologi ilmiah, hukum akal, dan disiplin tinggi dalam menimba ilmu.

Anehnya, para pengkritik tidak menyatakan bahawa RUU Mufti ini telah pun mendapat perkenan YDPA sebelum dibentangkan di Parlimen. Struktur Perlembagaan telah meletakkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Struktur ini juga sekaligus menjawab dakwaan bahawa Mufti Wilayah akan terlampau berkuasa, autoritarian, dan merendahkan kedudukan YDPA. Seorang mufti dan timbalan mufti itu tetap akan dilantik oleh YDPA. YDPA pula akan dinasihati oleh Menteri dan juga perlu berunding dengan MAIWP sebelum melantik mufti dan timbalan mufti.

Maka, dengan proses saringan seumpama itu kawalan pastinya akan dapat dibuat untuk melantik seorang yang tepat sebagai mufti dan timbalan mufti. Kearifan YDPA dalam proses pelantikan masih diperlukan, malah kita tidak saksikan apa-apa salah-guna kuasa dari pihak mufti selama ini di negeri-negeri lain, yang telah pun meluluskan RUU yang serupa sebelum ini.

Kelihatan seperti bantahan terhadap RUU Mufti Wilayah ini hanya merupakan rayuan kepada orang awam, melalui laluan ‘separa-kebenaran’ dan maklumat tidak tepat. Lalu orang awam diajak untuk bantah, bersuara dan melawan, tanpa pengetahuan sebenar tentang apa yang dibantahnya itu. Jelas bahawa umat Islam kita ditarik supaya terjerumus ke dalam kancah perdebatan, yang nampak seperti meraikan wacana intelektual, namun hanya mendedahkan kelemahan masyarakat dalam menyaring maklumat. Ini kerana sikap awam itu sendiri yang tertarik dengan mereka yang lantang, sedangkan yang lantang itu tidak semestinya paling berilmu. Syeikh Yusri Rusydi Jabr al-Hasani berkata, “Peranan sebenar pewaris Nabi ﷺ adalah memberi penerangan sebaik mungkin, bukan semata-mata berbahas sehingga terkunci mulut penentang dalam majlis.”

Dalam memilih untuk beramal dan mengambil hukum-hakam, kita diperintahkan untuk mengikut pandangan ramai atau pandangan majoriti. Ini tidak bermaksud majoriti orang awam, tetapi ulama’ yang benar di kalangan mujtahid, dipanggil Al-Sawad al-A’zham. Imam As-Syatibi di dalam kitabnya al-I’tisam telah menyatakan bahawa Al-Sawad al-A’zham adalah golongan yang berjaya dan barangsiapa berada bersama mereka ini pada perkara atau urusan agama maka dia berada bersama kebenaran. Al-Sawad al-A’zham juga adalah golongan majoriti yang mana di dalamnya terdapat mujtahid-mujtahid ummah, ahli syariat yang beramal dengannya.

Pendapat ini disokong oleh Abu Mas’ud al-Ansari dan Ibn Mas’ud. Dalam polemik RUU Mufti Wilayah ini, adalah lebih tepat sebagai orang awam untuk bersama hujjah 12 mufti negeri-negeri yang menyokong, berbanding pandangan ‘Syaz’ atau terpencil.

Persamaan antara bantahan kedua-dua pihak terhadap RUU Mufti Wilayah adalah dalam isu penakrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu. Mereka tidak mahu institusi Islam distrukturkan, tanpa mengikut fahaman mereka sendiri. Ironinya muncul apabila keresahan kedua-dua fahaman ini, yang merupakan polar bertentangan, boleh bersatu. Perbahasan dan wacana mengenai RUU Mufti Wilayah kini tidak lagi penting untuk mereka. Masing-masing datang dengan agenda sendiri, sambil mengheret orang awam seperti penggembala bersama kambingnya.

RUU Mufti Wilayah ini adalah satu usaha kerajaan untuk memperkukuhkan institusi fatwa khasnya di peringkat Persekutuan selaras dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Dalam rangka kita ingin mendaulatkan agama kita, banyak undang-undang yang perlu diwujudkan untuk menentukan sumber kuasa Institusi agama di negara dan di negeri-negeri juga kewujudannya tidak dipertikaian lagi.

Malangnya setiap kali apabila hendak dibuat pindaan atau tambahan baru, setiap kali itu pula kita diajak bertelagah sesama sendiri. Sepatutnya diberikan kepercayaan kepada mereka yang telah berkorban masa dan tenaga, yang telah menyusun atur menyediakannya tanpa polemik. Mereka bertanggungjawab dengan amanah, tiada sebarang kepentingan hanya berniat semoga perundangan Islam mesti diletakkan kembali di puncak yang tertinggi.

Umat Islam yang memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jama’ah, perlu memartabatkan kembali disiplin tradisi keilmuan islam, dan menjiwai sepenuhnya ‘Kemajuan Islamisasi Ilmu'. Elakkan dari terpengaruh dengan golongan literalis yang masih jumud dalam memahami agama, lalu menghambat proses islamisasi keilmuan, norma, budaya dan ketamadunan ummah. Jauhi juga golongan muslim liberal atau progresif, yang lahir daripada pemikiran orientalisme dan sangat benci dengan penginstitusian Islam dalam negara.

Mereka yang menentang ini adalah kalangan intelektual yang dihormati. Namun mereka sebenarnya terhimpit dengan keterpedayaan diri sendiri seolah-olah mereka ingin menjadikan pegangan sempit (meletakan pengaruh) mereka ini keatas negeri-negeri lain.

Sumber: alfalahmadani.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com