TELADAN AGUNG WANITA ISLAM SEPANJANG ZAMAN
Siti Khadijah binti Khuwailid r.a. merupakan lambang wanita Muslimah unggul dalam sejarah Islam. Beliau bukan sahaja isteri Nabi Muhammad SAW, bahkan menjadi penyokong paling awal dan paling teguh terhadap dakwah baginda. Keperibadiannya menjadi teladan buat wanita Islam hari ini – dari sudut iman, akhlak, kewangan, dan peranan dalam keluarga serta masyarakat.
Siti Khadijah merupakan wanita pertama yang memeluk Islam. Ketika wahyu pertama turun dan Rasulullah SAW pulang dalam keadaan menggigil, beliaulah yang mententeramkan, membalut ketakutan baginda dengan kata-kata penuh hikmah dan keyakinan.
Lebih mengagumkan, beliau seorang hartawan yang menggunakan kekayaannya untuk menyokong perjuangan Islam tanpa ragu. Tidak ramai wanita mampu menyeimbangkan antara kekayaan dunia dan ketaatan penuh kepada Allah dan Rasul-Nya.
Saidatina Khadijah juga pernah diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW sebagai wanita terbaik melalui hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abu Tolib R.A:
خَيْرُ نِسَائِهَا مَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ ، وَخَيْرُ نِسَائِهَا خَدِيجَةُ
Maksudnya: “Wanita terbaik yang pernah ada ialah Maryam binti Imran dan Khadijah.”
Rasulullah SAW sangat menghargai Siti Khadijah. Walaupun beliau telah wafat, Rasulullah terus menyebut-nyebut nama Khadijah, menyambung hubungan dengan sahabat-sahabatnya, dan tidak pernah menggantikan tempatnya di hati baginda.
Saidatina Khadijah juga diberikan khabar gembira akan ganjaran syurga oleh Jibril A.S dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
فَأَقْرِئْهَا مِنْ رَبِّهَا السَّلاَمَ وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ مِنْ قَصَبٍ لاَ صَخَبَ فِيهِ وَلاَ نَصَبَ
Maksudnya: Sampaikan salam daripada Tuhannya al-Salam, dan berikan kepada berita gembira akan sebuah rumah di syurga yang diperbuat daripada qasab, di mana tiada bunyi bising atau keletihan.
Sahih al-Bukhari (7497)
Ketabahan Siti Khadijah bukan sekadar kekuatan fizikal, tetapi lahir dari keyakinan dan keimanan yang mendalam. Beliau yakin bahawa perjuangan ini benar, dan beliau rela kehilangan segalanya – asal tidak kehilangan cinta Allah dan Rasul-Nya.
Wanita Islam hari ini, walau diuji dengan cabaran yang berbeza, tetap boleh meneladani semangat dan jiwa besar Khadijah: sabar ketika sempit, teguh ketika goyah, setia dalam ujian, dan yakin bahawa setiap pengorbanan kerana Allah tidak akan sia-sia.
Wanita Islam hari ini harus menjadikan Siti Khadijah sebagai inspirasi – wanita berakhlak tinggi, penyokong kebenaran, pendamping setia, dan pemilik jiwa dermawan.
Dalam zaman yang penuh cabaran ini, wanita Muslim tidak hanya dilihat dari luaran, tetapi dinilai dari iman, akhlak dan sumbangan kepada umat. Siti Khadijah membuktikan bahawa wanita boleh menjadi tulang belakang dakwah, penyokong ekonomi, dan sumber kekuatan kepada keluarga. Mari kita teladani semangat dan nilai-nilai beliau dalam kehidupan seharian.
Catatan: Ummu Zainab
KHAWLA BINTI AL-AZWAR, LEGENDA MUSLIMAH PEMBERANI DI MEDAN PERANG
Khawla binti Al-Azwar adalah salah satu tokoh wanita tangguh dalam sejarah Islam yang namanya tercatat abadi karena keberanian dan keteguhannya. Ia dikenal sebagai pendekar wanita yang gagah berani, serta penyair yang turut mengangkat semangat juang kaum Muslimin.
Dengan semangat membara, Khawla turun langsung ke medan perang untuk melawan pasukan Kekaisaran Bizantium pada abad ke-7. Aksinya tidak hanya membuktikan keberanian luar biasa, tetapi juga menginspirasi banyak generasi akan arti kehormatan, keberanian, dan pengabdian.
Mengenal Khawla binti Al-Azwar
Dikutip dari buku Kisah Pahlawan Muslimah Dunia oleh Hafidz Muftisany, Khawla binti Al-Azwar adalah salah satu legenda wanita dalam sejarah Islam yang keberaniannya disejajarkan dengan tokoh-tokoh besar seperti Umar bin Khattab RA dan Khalid bin Walid RA.
Menurut catatan sejarah, Khawla hidup pada abad ke-7 Masehi. Ia dikenal sebagai seorang wanita muslim yang bukan hanya penyair, tetapi juga seorang pejuang tangguh dari Arab.
Ia menunjukkan kepada dunia bahwa seorang muslimah pun mampu berdiri teguh dan berani dalam menghadapi tantangan berat dalam perjuangan dakwah Islam. Sebagai putri dari suku Bani Assad, Khawla lahir di tengah komuniti yang telah memeluk Islam jauh sebelum kelahirannya.
Ayah Khawla, Malik atau Tareq bin Awse, yang dijuluki Az Azwar, merupakan sosok yang dihormati dalam kaumnya. Selain itu, Khawla juga memiliki seorang abang kandung, Derar al-Azwar yang dikenal sebagai pemuda pemberani dan ahli dalam ilmu pedang.
Keahlian bertempur dan menunggang kuda yang dimiliki Khawla merupakan hasil bimbingan dari sang abang, yang turut menyiapkannya untuk menjadi seorang pejuang wanita tangguh di medan perang.
Kisah Khawla binti Al-Azwar di Medan Perang
Khawla binti Al-Azwar pertama kali dikenal sebagai pejuang tangguh pada 634 Masehi saat pengepungan Arab di Damaskus. Saat itu, saudara laki-lakinya yang terluka ditawan oleh pasukan Kekaisaran Bizantium dan Khawla, yang pada awalnya bertugas sebagai tenaga medis segera turun ke medan perang.
Sebelumnya, Khawla telah menyertai pasukan Tentara Rashidun dalam penaklukan Suriah, Yordania, dan Palestina, ia bertugas merawat tentara yang terluka dan memberikan air kepada yang sekarat. Namun, saat melihat saudaranya jatuh dan ditangkap, Khawla tak lagi boleh menahan diri.
Dengan penuh tekad, ia mengenakan zirah, menutupi wajahnya dengan niqab, dan turun langsung menyerang pasukan Bizantium untuk menyelamatkan saudaranya.
Khawla bergerak cepat menembus barisan belakang musuh dengan keberanian yang luar biasa, seolah-olah ia adalah seorang ksatria pria. Setelah beberapa saat bertempur dengan sengit, bala bantuan akhirnya datang untuk menyelamatkan saudaranya.
Dalam sebuah pertemuan dengan Khalid bin Walid, ia mengungkapkan identitinya sebagai Khawla binti Al-Azwar, seorang wanita yang berjuang demi kehormatan saudaranya. Setelah kejadian tersebut, Khalid memerintahkan Khawla untuk memimpin pengejaran terhadap pasukan Bizantium yang melarikan diri dan akhirnya mereka berhasil menyelamatkan para tawanan, termasuk saudaranya.
Dalam pertempuran lain di Ajnadin, Khawla kembali menunjukkan keberaniannya. Meskipun tombaknya patah dan kudanya terbunuh, ia tetap berjuang, bahkan saat ia dijadikan tawanan oleh pasukan Bizantium.
Saat pasukan Bizantium menyerang kem wanita, Khawla memimpin para wanita lainnya dalam sebuah pemberontakan. Mereka menyerang penjaga dengan tiang dan pasak tenda, berhasil membunuh 30 tentara Bizantium, sementara Khawla memimpin dengan syair yang membangkitkan semangat juang mereka.
Tidak hanya itu, dalam pertempuran berikutnya, saat pasukan Rashidun dilanda kekalahan, Khawla memimpin serangan balik, membangkitkan semangat tentara yang sempat lari.
Banyak yang tercengang melihat keberaniannya, bahkan salah satu ksatria mengakui bahwa berhadapan dengan amarah Khawla jauh lebih menakutkan daripada bertempur dengan pasukan Bizantium.
Khawla binti Al-Azwar dikenang sebagai salah satu pahlawan wanita legendaris dalam sejarah Islam, yang mengajarkan kita tentang keberanian, kehormatan, dan perjuangan tanpa mengenal takut.
Sebagai pejuang sejati, ia menunjukkan bahwa wanita pun mampu berperan besar dalam medan perang, membela agama dan kehormatan dengan sepenuh hati.
Sumber: detik.com
POTRET PENJAJAHAN DAN SADISNYA GADIS BADWI- PART 4 (AKHIR)
Dalam kembara Adania, setelah melihat papan tanda, hatinya bersuara: Aku telah mendengar banyak cerita tentang penjara ini pada beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ini kali pertama aku melihatnya. Ia agak baru, dibina pada tahun 2002, ketika gelombang serangan berlaku pada musim bunga tahun itu. Waktu itu, tentera mengumpulkan sesiapa saja yang berusia enam belas tahun sehingga lima puluh tahun di medan-medan awam lalu membawa mereka ke sini. Antara mereka yang dibawa ketika itu adalah rakan kerjaku di tempat kerja barum yang begitu baik. “ (hal.87)
Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adania dalam kembara mencari makna di sebalik pembunuhan gadis remaja itu. Namun, dengan semangat cekal, biarpun ketakutan tetap berselang-seli, Adania menulis:
“Kini baru aku menyedari bahawa aku sudah menghampiri pos pemeriksaan, sehingga aku dapat melihat seorang askar memeriksa kertas-kertas seseorang. Suatu kesakitan yang tajam mencucuk jantungku, sehingga kebas terhasil merebak ke seluruh badan. Labah-labah ketakutan kembali merayap di atas kulitku, perlahan-lahan melumpuhkan aku.
“Aku melihat sekeliling seperti hendak gila, mencari-cari kelibat gadis tadi [gadis penjual gula-gula getah], dengan harapan dia datang kembali dan menemaniku, lalu melegakan ketakutan yang menguasaiku.
“Malangnya dia telah menghilang. Jadi aku menumpukan penglihatan kepada kumpulan orang pejalan kaki yang beratur untuk melepasi pos pemeriksaan. Aku merenung seorang demi seorang, tatkala mereka merentasi laluan batang-batang besi lawang putar yang serba sempit, sementara aku cuba untuk menarik nafas panjang perlahan-lahan.
“Mereka ini orang yang cukup bertuah untuk melepasi pos pemeriksaan, walaupun terpasa berdiri dan tunggu; ,ereka diizinkan untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain bila-bila masa, tanpa perlu meminjamkan kada pengenalan dari rakan kerja yang baik di tempat kerja baru mereka. \
“Kemudian aku menguap. Aku benar-benar keletihan, memandangkan semalam aku tidak tidur hampir langsung. Aku penat melayan kerenahku yang semberono, serta kesusahan yang telah aku timpakan ke atas diri sendiri, Aku penat dengan rasa takut, risau dan minda yang bergelora. Celaka aku jika mereka mendapat tahu apa yang cuba aku lakukan, akibatnya begitu besar sehingga aku tidak sanggup membayangkannya.
“Tetapi jika mereka tidak dapat tahu apa yang aku lakukan, aku akan terus pulang ke rumah selepas melalui pos pemeriksaan ini; ya, itu saja cara untuk menamatkan sengsara, Itu janjiku, sebelum aku menguap lagi. Sedang aku menguap, seorang askar menghampiri keretaku. Aku nampak tanganku yang menggeletar, tatkala ia menghulurkan kad pengenalan biru kepada askar tersebut……
“Kemudian askar itu mengetuk bumbung kereta, seolah-olah ingin membangunkanku. Aku menumpukan perhatian, Dia memulangkan kad pengenalan lalu menyuruhku untuk bergerak. Aku bergerak ke hadapan. Terus dan terus lagi, kerana ajy takut jika aku memusingkan keretam askar tadi bersama seluruh tentera keselamatan di pos pemeriksaan itu akan menyedari keadaanku.” (hal.83-84).
Namun, bagi Adania terlalu banyak sempadan yang muncul dalam fikiran. Ia menimbulkan pelbagai dilemma, hatinya terus berkata: …aku tidak boleh berpatah balik
“Aku menyedut nafas dalam-dalam. Baiklah aku tidak boleh berpatah balik, selepas aku melepasi sempadan yang begitu banyak. Sempadan tentera, sempadan geografi, sempadan fizikal, sempadan psikologi, dan sempadan mental. Aku melihat sekali lagi kepada peta Israel tadi, untuk mencari lokasi pertama yang ingin kutujui.
“Ia berbentuk titik hitambersiaz sederhana, tidak jauh dari tempatku sekarang, ditandakan dengan perkataan “Jaffa” dalam huruf Inggeris yang kecil tetapi tebal. Ada beberapa muzium dan arkib ketenteraan di sana yang menurut penulis artikel itu [Laporan hasil penyiasaran tentera tentang pembunuhan kejam gadis Badwi di Nirim, yang disiarkan dalam Haeretz pada 29 November 2003] aku boleh dapatkan maklumat asas tentang kejadian tersebut [rogol berkumpulan dan pembunuhan kejam gadis Badwi oleh platun yang ditugaskan ‘membersihkan’ padang pasir Negev].” (hal.86).
Namun apa yang dikesalkan oleh Adania, “…semua peta, baik yang miliki atau tidak, tidak menunjukkan lokasi pos pemeriksaan sementara. Ia juga tidak dikemaskini dengan kawasan pembinaan Tembok yang sedang berjalan, yang tentunya akan menutup lebih banyak jalan.” (hal.86). Itulah cabaran yang wajib dilalui oleh semua orang yang memasuki wilayah sempadan Israel, juga beberapa kampung tradisi milik Palestin, kerana adalah satu bentuk “kawalan keselamatan” yang diisitilahkan sebagai ‘model penjara’ oleh Profesor Ilan Pappe.
Selain perlu mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi, cabaran yang besar setelah memulakan perjalanan tersebut ialah “sempadan psikologi” dan “sempadan mental”. Dua sempadan itulah yang menjadi bahan penulisan yang panjang oleh Adania dalam bahagian kedua novel Perincian, tetapi tidak bermakna kembara itu tiada manfaatnya, Biarpun tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehnya, melengkapkan pelbagai maklumat mengenai tragedi itu dan pencerahan yang segar daripada ‘mereka yang tahu’, kekuatan nobel ini sebenarnya terletak pada kegigihan mencari.
Kegigihan itu membawa kepada maklumat yang lebih mendekati apa yang dilakukan oleh pemerintah haram Israel, prejudis, disinformation dan membuli sesiapa sahaja yang sehaluan dengan dasar pemerintah, yang mendabik dada sebagai sebuah pemaknaan sebuah ideologi politik paling kejam dalam sejarah tamadun manusia, bahkan lebih kejam daripada apa yang dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap masyarakat Yahudi semasa Perang Dunia II.
Sedangkan dalam kamus politik dan jenayah antarabangsa pada zaman moden, kekejaman sebenar yang berlaku adalah oleh Israel yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah, kerana cuba menipu dunia bahawa Palestin adalah ‘hak mutlak Israel’. Atas kehendak dan tujuan tersebut, Israel sedang dilindungi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, dengan menggunakan dalih ‘mempertahankan keselamatan’ walhal yang dipertahankan ialah settler-colonialism, genosid dan kekejaman yang dilakukan. Ianya sudah dibuktikan, dan akan terus berlaku selagi Israel terus kebal mengganas, dan Amerika Syarikat mendokongnya.
Jadi, peradaban kejahatan lebih terakam dalam sejarah, demi menegakkan zionisme, semuanya boleh atas nama ‘pembohongan’ dan ‘eksploitasi’. Inilah yang dapat bayangkan apabila Israel mengharamkan beberapa agensi antarabangsa membantu Palestin, termasuk UNRWA, dan Amerika Syarikat pula mengambil keputusan keluar daripada UN Human Right, hanya kerana ‘sedang mendakwa Israel”, perihal genosid yang diajukan oleh Afrika Selatan. Afrika Selatan pula dimansuhkan sebagai penerima USAID, danagensi USAID sudah dimansuhkan oleh Donald Trump setelah menduduki Rumah Putih bagi penggal kedua (20 Januari 2025). .
Banyak pengakuan dan penyelidikan ilmiah yang telah dibuat, banyak kisah pembohongan tentang holocaust yang dilakukan oleh pihak Nazi, namun kapitalis Yahudi terus membentuknya sebagai satu bentuk industri, termasuk mencari laba meraih sokongan masyarakat antarabangsa. (Norman Filinstein. Holocaust Industry: Reflections on the Exploitaton of Jewish Suffering, USA: Verso Books, 2000; atau terjemahan versi bahasa Melayu, Pembantaian Yahudi Holocaust: Penipuan Yahudi Dalam Mewujudkan Simpati Dunia, Petaling Jaya, Selangor, Hijaz Records Publishing, 2015).
Dalam kembara itu, dengan pelbagai rintangan dan halangan, akhirnya Adania mengakui: “Sia-sia saja aku ke sini [Muzium Angkatan Pertahanan Israel]. Aku tidak menemui apa-apa yang aku cari, dan perjalanan ini tidak menambah apa-apa kepada pengetahuanku tentang kejadian kejadian tersebut ketika aku bermula. “ (hal, 113).
Adania masih belum berputus asa, setelah ‘kecewa’ pulang semula ke Ramalah dengan mengambil ‘jalan’ sebagaimana ditunjukkan dalam “peta versi Israel, Jalan 232 ke Jalan 34, pusing ke kiri, terus ke Lebuh Raya 40, pusing ke kanan, terus memandu sehingga memasuki Jalan 443,” dan “sebaik saja aku bergerak memnadu dan meninggalkan tempat tadi, aku bertenang sedikit. Sebenarnya, jika aku kekal di sini lebih lama, aku akan menemukan sesuatu, atau suatu benang yang boleh mendorongku ke perincian-perincian baru tentang kejadian itu, yang boleh membantu membentuk sejenis gambaran tentang yang dihadapi leh gadis itu.” (hal. 113-114).
Adania kemudiannya melintasi Nirim. Nirim merupakan kawasan petempatan yang didirikan oleh pemukim Yahudi dan batu asasnya diletakkan “pada malam Yom Kippur. Tahun 1946. Ia mrupakan salah sebuah daripada sebelas petempatan yang diasaskan oleh ahli Hashomer Hatzair [pertubuhan sekular pemuda Yahudi Austria-Hungari pada tahun 1913, juga dikenali sebagai The Youth Guard] yang dibentuk dan pemuda-pemuda Eropah yang telah tiba di negara ini pada penghujung Perang Dunia Kedua, Mereka mula mendirikan petempatan di Naqab. Ketika itu matlamat operasi mereka adalah untuk meluaskan petempatan Yahudi di selatan.
“Tindakan itu mendapat perlindungan serta pimpinan Haganah, tiga ratus buah trak yang membawa lebih seribu orang bertolak ke Naqab, tanpa ditentangi dan dihalangi oleh sesiapa. Termasuk pihak berkuasa British yang tidak tahu menahu tentang operasi tersebut, memandangkan ia diaturkan secara rahsia sepenuhnya.” (hal, 104-105).
Adania berusaha untuk bermalam di situ [Nirim] dan akhirnya dengan bantuan seorang pemuda, berjaya mendapatkan sebuah bilik di Jalan Narsius, sebuah rumah tamu yang terletak di atas bukit. Pemilik rumah itu cukup pemurah, meletakkan ‘sebiji kek dan dua buah bekas berisi yogurt’ di dalam peti sejuk tetapi “aku tidak mengetahui apakah aku diizinkan mengambilnya atau tidak.’ Makanan terakhir Adania pada hari itu adalah ‘gula-gula getah’, jadi ia makan sedikit kek. (hal. 116). Dalam kepenatan dan suasana bertukar malam, Adania merasakan adalah perlu untuk membersihkan dirinya setelah melalui perjalanan yang sukar dan berdebu seharian.
Walaupun berteka-teki untuk melakukannya, Adania akhirnya merasakan dia perlu lakukan untuk mengurangkan ‘bau petrol, serta peluh dan debu’. Ada sesuatu habit yang muncul “ Begitu sukar untuk aku memaksa diri menutup paip dan keluar dari bilik mandi, sehingga aku hampir pasti bahawa aku telah menggunakan air yang lebih banyak pada mandi kali ini berbanding jumlah air yang aku biasa gunakan dengan mandi setiap hari sepanjang seminggu.” (hal.118).
Malam itu, sebelum tidur, Adania fikiran Adania menerawang jauh sehingga muncul beberapa anekdot yang dinamakan sebagai ‘jenaka hitam’, yang di jumpainya dalam sebuah buku, yang disediakan oleh tuan rumah sebagai bahan bacaan dan panduan tetamu. Antara perkara yang mengusik minda Adania ialah: (1) “sepucuk surat bertarikh 8 Jun 1915, yang merakamkan sebuah tanah perkuburan yang hancur dimusnahkan oleh bom”, (2) sepucuk surat lain bertarikh 21 Mei 1915, memerihalkan parit-parit yang memandang seperti luka berbentuk garisan yang berkelok-kelok”; seperti fiksyen “seorang lelaki menggoreng ubi kentang di atas sebuah kubur bersebelahan parit perlindungannya. Adanya kehidupan di sini sudah menjadi jenaka hitam; dan (3) sebuah lukisan menggambarkan seorang gadis telanjang, tertiarap di atas pasir, seolah-olah dia terjatuh ke atasnya. Jasadnya kuning, seperti pasir, rambutnya yang kusut dan pendek itu hitam.” (hal.119)
Menjelang waktu subuh, Adania tedengar bunyi letupan yang kuat, yang kemudiannya diukuti dengan beberapa letupan seterusnya. Dalam hati, Adania ‘berperang dengan emosi’ tetapi yang jelas ‘dirinya bukan bermimpi’, letupan itu benar-benar berlaku pada lokasi yang jauh daripada bilik penginapannya. KAtanya, “Ia jauh, di sebalik Tembok. Di Gaza, atau mungkin di Rafah. Bunyi pengeboman kedengaran berbeza, bergantung kepada betapa dekat atau jauhnya seseorang dari tempat yang dibom.” (hal. 120)
Walaupun bunyi itu tidak kuat, tidak menggoyahkan, kata Adania, “ia dalam dan sarat, seperti ketukan yang tidak laju ke atas dram yang besar.” Setelah bangkit dari katil, dan membuka tingkap, “bilik itu tidak dipenuhi asap tebal yang menjijikkan; sebaliknya, yang masuk adalah angin lembut yang menyenangkan.” (hal.120).
Tentunya, petikan-petikan menggambarkan realiti hidup dalam kehidupan di Palestin. Seperti kata Atef Abu Saif, A Diary of Genocide (edisi terjemahan bahasa Indonesia, Jakarta” Penerbit Noura, 2024) kehidupan di Palestin bagi orang-orang Palestin seumpama kontrak yang akan diperbaharui apa terbangun daripada tidur esoknya, dan kontrak hidup itu boleh tamat bila-bila masa sejak Israel menjajah.
“Aku belajar tidak membuat rencana apa-apa, bahkan untuk esok hari. Kita hidup untuk hari ini, begitu kata ibuku” (hal.20) dan “Perang menggerogoti hidup kami. Hari-hari kami berangsur-angsur lenyap, bagai matahari di balik tirai awan gelap. Kami fikir kami sedang menunggu perang berakhir, tap sebenarnya yang kami tunggu adalah hidup kami akan berakhir.” (hal.388)
Kematian bukan lagi sesuatu yang menakutkan dalam diri setiap anak Palestin, sebaliknya perjuangan diteruskan demi sebuah kemerdekaan yang dicari, dengan jihad dan pengorbanan. Kebimbangan, kehilangan dan kematian merupakan lingkaran kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh setiap penduduk Palestin akibat penjajahan dan perjuangan tanpa henti. Dalam adalah pengalaman terperangkap selama 85 hari di Gaza (7 Oktober hingga 30 Disember 2023), yang cukup memaksa untuk tidak lagi mengharapkan apa pun, Atef menulis: “kematian telah kehilangan kuasanya atas dirimu. Ia tidak lagi mengejutkanmu seperti dulu.” (hal.94).
Adania yang berani mengembara seorang diri dalam kepungan Israel di Palestin, seringkali mengingat apa yang ditemuinya, termasuk sebuah tulisan yang cukup memperkuatkan nalurinya “Bukan kereta kebal yang bakal menang, tetapi manusia”. Namun, perasaan takut, curiga, bimbang dan cemas tetap menjadi sahabat baik di setiap hari berada di bumi Palestin, tanah leluhurnya yang ditinggalkan kerana “…yang kujumpai hanyalah kenyataan bahawa semua hal tentang ‘Palestina’ telah lenyap.”
Ia lenyap kerana Israel akan melakukan apa sahaja untuk tidak mengekalkan warisan Palestin, dengan apa yang diistilahkan oleh Nur Masalha sebagai “toponyms”, nama tempat, sejarah dan budaya yang pernah berlangsung di sesebuah lokaliti milik asal keturunan Arab Palestin (Nur Masalha, Palestine: A Four Thousand Year History, London: Zed Books, 2020; dan dibincangkan secara mudah, berfakta dan menjadi tema kupasan sejarah Palestin oleh Syed Ahmad Fathi, Resistance Sudah Berbunga, Sungai Petani, Kedah: Tochka Press, 2024).
Sejarah Palestin tidak pernah terhenti daripada kekejaman. Di atas kekejaman itulah pelakunya akan berusaha kerasa untuk menyembunyikan bukti bahkan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan awam, atau realiti semasa. Propaganda sedemikian – disinformation dan red herring – menjadi amalan strategi yang sangat lazim, namun tidak semuanya mampu bertahan untuk selama-lamanya. Kebrutalan IDF akhirnya terbongkar, dan pembongkaran tersebut memotivasikan Adania mencari dan cuba menyelongkar dalam kepayahan diri, diselubungi ketakutan dan rasa cemas, bertarung dengan emosi dan kecekalan, kesemuanya digambarkan dengan jelas dalam novel yang cukup bermakna ini biarpun agak tipis.
Menurut Jasmin Floretta, Adania mencuba menulis melalui pendekatan bearing witness, yang menjadi subjek kajian Profesor Tahrir Hamdi, Universiti Terbuka Jordan, Bearing Witness in Palestinian Resistance Literature (2011), sebagai sebuah sub-genre yang dikenali sebagai bearing witness, atau menjadi saksi. Sub-genre sedemikian bertindak sebagai aksi komunikasi masa kini tentang masa silam, yang sengaja dijadikan nalar dan dibungkam oleh naratif dominan. Ini menyebabkan “ narasi yang coba dibangun dalam sub-genre ini difokuskan pada peristiwa masa lalu yang tragis dan berdampak pada realitas masa kini.
“Dalam kes Palestin menurut Hamdi” sebagaimana dijelaskan oleh Jasmine Floretta, “ bearing witness bermaksud menggabungkan reportuer [istilah asal dari bahasa Perancis, bermaksud komen atau pelaporan] yang tidak hanya merakam kebenaran dari masa lalu Palestin yang tragik…tetapi juga melakukan interogasi [penyiasatan secara sistematik, pertanyaan lisan] secara menyeluruh terhadap masa lalu tersebut yang ditujukan kepada para pelaku dan mereka yang menjadi korban.
“Hamdi mencatat karya penulis Palestin selalu dilatarbelakangi oleh ancaman penghapusan identity [etnik], serta hilangnya tanah dan sejarah Palestin. Oleh tu, bearing witness menjadi alat perlawanan penulis Palestin terhadap pembunuhan kebebasan setiap warga Palestin. Bearing witness juga tak luput digunakan oleh Adania Shibli untuk memperlihatkan kekejaman pendudukan Israel terhadap Palestin. Ia melakukannya dengan cara mengangkat narator perempuan Palestin di bagian kedua.
“Melalui usaha narator perempuan Palestin yang melakukan investigasi [penyiasatan] terhadap pemerkosaan dan pembunuhan perempuan Badui, Shibli menceritakan realitas Palestina yang berada dalam kondisi isolasi permanen. Mengunjungi arsip museum yang terdengar mudah dan lumrah dilakukan hampir setiap warga dunia justru berubah jadi malapetaka bagi tokoh perempuannya.” (Jasmine Floretta VD, “Ulasan ‘Minor Detail’: Kami Orang Palestina Dianggap Setengah Binatang” dalam https://magdalene.co/story/ulasan-novel-minor-detail/ 10 November 2023).
Bagi saya, biarpun mengambil masa sehari semalam atau dua waktu siang, novel kecil Adania Shibli, Perincian cukup membuka beberapa persoalan yang jarang ditemui dalam beberapa penulisan akademik (ilmiah) mengenai Palestin. Sebabnya, dalam penulisan ilmiah, tidak melibatkan ‘naratif perjalanan’ yang cukup mempengaruhi emosi, kecuali catatan-catatan kewartawanan yang hadir sendiri di setiap lokasi yang menjadi latar belakang pelaporan mereka. Sebab itu, saya sentiasa mengimbangi pembacaan saya dalam bingkai ilmiah dengan catatan kewartawanan terhadap sesuatu tragedi ataupun ruang konflik dan tragedi.
Saya melihat apa yang dirakamkan oleh Adania Shibli yang bergelut dengan permainan emosi dan resah peraturan yang dilaluinya, cukup menarik dan hal yang sama turut dialami oleh Trias Kuncahyono (wartawan Kompas), ketika melaporkan Konflik Gaza dalam Gaza: Tanah Terjajah, Intifadha dan Pembersihan Etnis (2007), Ben Ehrenheigh, The Way to the Spring: Life and Death in Palestine (2016), dan Joe Sacco, Palestine (1995).
Bezanya, Adania Shibli menggunakan gaya penulisan dalam novel deskriptif (tiada dialog langsung dan sesekali muncul monolog dalam diri penulis), Ben Enrenheich sebagai laporan kewartawanan apa yang disaksi, dialami dan difikirkan hasil pembabitan dalam peristiwa itu bersama rakaman-rakaman tokoh tertentu beradasarkan sudut pandangan yang dipilih, manakala Joe Sacco menjadikan apa yang disaksikan dan diketahuinya mengenai Palestin dalam bentuk novel, grafik.
Sama ada ia merupakan secebis kisah (pembunuhan gadis Badwi dalam Perincian) atau lokasi tertentu (Nabi Saleh, dalam The Way to the Spring) dan lebih meluas (dalam Palestine) ia cukup berjaya menancakkan emosi marah, benci, meluat (Israel dan kuasa-kuasa besar) sekali gus simpati dan ihsan (rakyat Palestin). Namun, mungkin semangat itu tidaklah sekental semangat juang penduduk Palestin ‘fight for freedom’, dalam keadaan dan situasi apa pun meraka terus dengan azam dan berjuang untuk membebaskan tanah air mereka.
Adania memperjuangkan menerusi penulisan sastera, dengan merakamkan kisah gadis Badwi yang dirogol bersiri dan akhirnya dibunuh kejam sebagai perjuangan menyedarkan khalayak sastera tentang kekejaman IDF, rakaman genosid. Hamas berjuang menerusi politik dan ketenteraan, menggantikan Fatah yang dilihat semakin jelas menjadi alat bagi Israel bagi menekan rakyat Palestin.
Ahed Tamimi, menjadi tokoh remaja (kini sudah dewasa, lahir 31 Januari 2001) yang digeruni kerana mampu mempengaruhi masyarakat dunia dengan hantaran-hantaran visual di media sosial selain komen-komennya yang matang dan bermakna, manakala seorang lagi wira perempuan perjuangan Palestin, Dalia Nassar (anak pejuang PFLP, Maha Nassar).
Sekitar akhir 1960-an hingga 1970-an, nama Leila Khalid (lahir 9 April 1944, kini bermastautin di Amman, Jordan) cukup dikenali setelah menjadi wanita pertama dalam sejarah perampasan pesawat komersial, yang berjuang bersama PFLP (Popular Front for the Liberation of Palestin, pertubuhan pembebasan Palestin aliran sosialis yang ditubuhkan oleh Goerge Habash dan Nayef Hawatmeh pada tahun 1967, selepas Perang Enam Hari 1967 (5-10 Jun 1967) untuk mendesak Israel agar berundur daripada bumi Palestin.
Sebuah novel kecil yang menarik, dan terjemahan juga cukup mudah difahami oleh khalayak umum. Di kulit belakang, tertera catatan Faisal Tehrani, yang memuji novel Perincian dan menganggap “Karya Adania ini adalah pencapaian sasterawi yang penting dan mesti dibaca semua.”
(ADANIA SHIBLI, Perincian, terjemahan dari novel berbahasa Arab, Tafsil Thanawi (2017) oleh Al-Mustaqeem M Radhi dan Abdul Jabbar Md Salleh, Kuala Lumpur: IBDE Ilham Sdn. Bhd., 2025, 132 halaman).
Kamarun KH
Petikan dari alfalahmadani.my
POTRET PENJAJAHAN DAN SADISNYA GADIS BADWI- PART 3
Liku-liku penjajahan Palestin sudah pun bermula secara tidak langsung sebaik sahaja Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (World Zionis Organisation, WZO ditubuhkan dalam keputusan Persidangan Yahudi Antarabangsa pada tahun 1897. Pengasasnya, Theodore Herzl, seorang Yahudi berasal daripada Hungary. Dia berjaya menyakinkan para peserta Yahudi bahawa sebuah negara untuk orang Yahudi mesti dibentuk bagi menyelesaikan ‘masalah orang Yahudi’ dan setelah itu, ia dimotivasikan sebagai ‘penyelesaian terakhir’. Theodore Herzl merupakan seorang Yahudi berasaskan keturunan, tetapi dari segi amalan agama, beliau dikatakan seorang yang tidak mempercayai agama Yahudi atau tuhan, yakni ateis.
Sejak itu, kapitalis Yahudi yang menguasai ekonomi di Eropah menggunakan lobi untuk meyakinkan matlamat itu tercapai. Dalam masa yang sama, Eropah turut dilanda semangat nasionalisme, menyebabkan beberapa negara mula merasa kecewa dengan perilaku orang Yahudi dan berusaha untuk menyingkirkan mereka.
Namun, proses penyingkiran Yahudi bukan perkara yang mudah, apatah lagi dalam kelompok elit politik yang berkuasa, sebahagian daripada anggota kabinet adalah mereka yang berketurunan Yahudi, termasuk Sir Arthur James Balfour (1948-1930), yang menjadi ‘penyelesai’ masalah Yahudi.
Balfour ketika itu ketua Parti Konservatif, Menteri Luar Britain (10 Disember 1916 - 23 Oktober 1919) dan sebelumnya sebagai PM Britain (12 Julai 1902 - 4 Disember 1905) memberikan persetujuan dan berusaha mendapat persetujuan parlimen British mengenai hasrat menubuhkan sebuah negara Yahudi.
Sejak itu (1917), Deklarasi Balfour menjadi pegangan yang jelas manakala perjanjian sulit antara British dan Perancis yang dikenali sebagai Skyes-Picot Agreement (196) menatijahkan dua kuasa besar Eropah mendokong hasrat Theodore Herzl dan WZO. Sebagaimana diketahui, di Eropah, Perancis dan Britain merupakan adikuasa yang cukup berpengaruh. Dua buah negara itu tidak pernah sepi daripada peperangan membabitkan penguasaan wilayah, sehinggalah muncul beberapa tindakan untuk membolehkan keduanya tidak lagi saling menumpahkan darah.
Antaranya melalui perkahwinan antara keturunan di raja Perancis dan Britain. Namun, setelah King Henry II dan King Louis VII bersatu dalam misi Perang Salib II (1147-1149, dilancarkan pada tahun 1145), pertautannya terjalin apabila berlakunya penjodohan antara puteri King Louis, Alais dengan putera King Henry II, Richard the Lionheart. Dalam Perang Salib II, permaisuri Perancis, Eleanor de Atiquitance (meninggal 1204) dikatakan terbabit sumbang mahram dengan bapa saudaranya (Raymond de Anatolia).
Ketika itu, Eleanor berusia 25 tahun dan skandal itu menyebabkan King Louis VII mengawasinya sehingga Perang Salib II tamat).. Setelah Perang Salib II tamat, dan mereka kembali ke Perancis, King Louis VII menceraikan Eleanor (Mac 1152), yang kemudiannya berkahwin dengan King Henry II (18 Mei 1152 ketika masih edah setelah bercerai). Alasannya, kerana Eleanor tidak mampu memberikan zuriat lelaki. Hasil perkahwinan selama hampir 15 tahun, Eleanor melahirkan dua orang puteri, Marie dan Alix. Anak-anak itu diberikan hak penjagaan kepada King Louis VII. (James Reston Jr., Perang Salib III: Perseteruan Dua Kesatria: Salahuddin al-Ayubbi dan Richard si Hati Singa, edisi terjemahan bahasa Indonesia, Tengerang, Indonesia: Penerbit Lantera Hati, 2007, hal.38).
Richard The Lionheart (Richard I) dilahirkan (8 September 1157). Richard merupakan putera ketiga pasangan Eleanor dan King Henry II. Namun, Eleanor yang berasal dari selatan Perancis (anak keluarga pemilik hartanah yang kaya raya) cemburu dan merancang pembunuhan salah seorang gundik King Henry II. Akibatnya, Eleanor dikenakan tahanan istana sehinggalah King Henry meninggal dunia (selama 16 tahun, 1173-1189).
Richard ditunangkan dengan Alais (tahun 1161, ketika itu Richard berusia 4 tahun). salah seorang puteri King Louis VII daripada isteri yang lain. Setelah mengikat tali pertunangan, Alais dibawa ke istana Britain untuk menjalani kehidupan istana dan memahami selok belok protokol istana. Alais kemudiannya menjadi gundek kepada King Henry II, sehingga melahirkan seorang anak perempuan.
Richard (1157 - 1199) dan Philips Augustus (1165 -1 223) dikatakan pernah ‘bercinta’. Richard merupakan seorang pengamal homoseksual. Namun, atas ‘aib’ yang berlaku, hubungan cinta antara Richard dan Philips Augustus terlerai, terus membingkai sebagai ‘dendam’ setelah Richard menolak untuk memperisterikan adik tirinya, Alais yang ddijadikan gundek oleh King Henry II, raja bermata keranjang. (James Reston Jr, Perang Salib III, hal. 88)
Akibat perlakuan itu, Richard menolak untuk berkahwin dengan Alais. Penolakan itu menimbulkan ‘permusuhan semula’. Setelah King Louis VII meninggal (1180), takhta Perancis diterajui oleh King Philips Augustus (berusia 15 tahun), abang tiri Alais. King Philips Augustus akhirnya mendendami King Richard I, yang mengambil alih pemerintahan Britain apabila ayahnya, King Henry II meninggal dunia (1189).
Dalam Perang Salib III (1189-1192), Richard dan King Philips Augustus menyertainya, Namun, oleh kerana Eleanor berusaha mengahwinkan puteranya dengan puteri Sepanyol, Berengaria, ketibaan Richard di medan Perang Salib III agak lewat.
Setelah Richard selesai berkahwin dan membawa Berengaria bersama-sama ke medan Perang Salib, King Philips Agustus mencari ruang dan helah untuk pulang ke Perancis. Ia disebabkan kehandalan King Rchard lebih meluas diperkatakan berbanding ketangkasan dirinya. Akhirnya, Perang Salib III diterajui oleh Richard sepenuhnya. Namun, King Philips Augustus tidak berdiam diri.
Setelah pulang ke Perancis, dia memulakan pelbagai dakyah dan sehingga mempengaruhi ramai pemimpin Eropah, juga salah seorang saudara Richard yakin bahawa abangnya tidak akan kembali ke England. Richard mungkin akan mati dibunuh atau ditawan oleh Tentera Islam, yang dipimpin oleh Salehuddin al-Ayubbi. Itulah sebabnya, Richard terpaksa mempercepatkan perang dengan bersetuju memberikan kemenangan ke atas Tentera Islam.
Di Britain Richard berhadapan dengan ‘coup de tat’ oleh saudaranya, yang termakan propaganda Philips Augustus. Di beberapa kerajaan di Eropah, Richard berhadapan dengan rasa kebencian oleh sekutu Perancis. Sebab itu, semasa dalam perjalanan pulang ke England. Richard berjaya ditawan, dan akhirnya dijual kepada salah seorang penguasa yang mendendami. Bagi membebaskan Richard, ibunya, Eleanor bersama para paderi bertungkus lumus berusaha. Richard akhirnya dibebaskan setelah berjaya ditebus oleh ibunya, Eleanor, yang mengambil inisiatif memerintah England semasa Richard berada di medan Perang Salib.
Beberapa tahun kemudian, Richard terkena panah beracun. Richard meninggal beberapa hari kemudian (6 April 1199) akibat racun telah memasuki ke pembuluh darah. Tahta England diambil alih oleh saudaranya, John Lackland (anak bongsu Henry II dan Eleanor).
Penjajahan Palestin sebenarnya bermula apabila wilayah kekuasaan Utsmaniah diletakkan di bawah pentadbiran British manakala negara-negara Arab diberikan hak memerintah sendiri setelah kepimpinannya mendokong hasrat British sebelum dan semasa Perang Dunia I. Syria, Aljeria diberikan kekuasaan kepada Perancis, berdasarkan pembahagian wilayah dalam Perjanjian Skyes-Picot (dirancang pada 3 Januri 1916 dan diratifikasikan pada 9-16 Mei 1916).
Ini bererti, dua kuasa besar Eropah itu sudah lama menginginkan wilayah di Timur Tengah atas pelbagai sebab, termasuk kepentingan strategic dan ekonomi. Ia menjadi bertambah kuat apabila minyak ditemui di bumi Arab dan pembukaan Terusan Suez yang memendekkan perjalanan Barat ke Timur dan sebaliknya.
Sebab itu, kuasa-kuasa barat sedia mempertahankan Israel, walaupun pelbagai desakan telah dibuat di peringkat antarabangsa. Namun, selepas dua kuasa besar Eropah semakin dihimpit masalah kewangan untuk mentadbirkan koloni, dan juga menghabiskan lebih banyak wang terbabit dalam peperangan, keupayaan semakin mengecil telah menjadikan Amerika Syarikat yang dilihat sebagai kuasa besar baharu muncul sebagai pendokongnya.
Kapitalis Yahudi, sama ada yang sudah pun bermastautin di sana dan yang masih memegang tampok ekonomi di Eropah memainkan peranannya sebagai pelobi. Mereka akhirnya berjaya menjadikan Amerika Syarikat sebagai ‘anjing suruhan’ dan keadaan inilah menyemarakkan keinginan Israel untuk melakukan genosid dan menghalau penduduk Palestin. (John Mearsheimer dan Stephen Walt, The Israel Lobby and the US Foreign Policy, New York: Farrar, Straus and Giroux, 2007).
Khabarnya, selepas gencatan senjata Israel-Hamas, sebaik sahaja Donald Trump kembali menduduki RUmah Putih, beberapa dasar yang lebih kejam dikeluarkan, termasuk menghantar senjata termoden (bom MK 84 seberat 907 kg, yang mampu menembusi konkrit tebal dan logam, dengan mewujudkan radius letupan yang luas) ke Israel dan rencana mengambil alih Gaza, untuk dijadikan Riveira Timur Tengah. (Sinar Harian, 19 Februari 2025 dan Sinar Harian, 5 Februari 2025)
Dan, tentunya, ramai yang melihat persetujuan Israel untuk menandatangani gencatan senjata pada 19 Januari 2025 sebagai ‘ proses pemulihan’ semangat tenteranya yang terpaksa melakukan tugas dalam tempoh yang panjang (475 hari atau 15 bulan). Tentunya, dalam tempoh tersebut, IDF kehilangan banyak senjata dan peralatannya, dan dengan sendirinya bermakna gencatan senjata adalah masa yang dikira untuk melengkapkan kembali senjata dan peralatan yang canggih. Donald Trump sedia melakukannya, walaupun ditentang oleh lawan politiknya sendiri.
Itulah yang menjadikan Israel cukup besar kepala. Jika tanpa bantuan dan dilindungi Amerika Syarikat, Israel sebenarnya tidak mampu berperang dengan Palestin, yang hadir dalam keadaan penuh semangat untuk membebaskan tanah airnya. Oleh kerana sebahagian negara Arab sangat bergantung dengan ketentuan dasar Rumah Putih, mereka tidak lagi dilihat cukup bersatu dalam tindakannya menentang Israel, hanya sekadar mengeluarkan tekanan dan kenyataan.
Negara-negara Arab takut Amerika Syarikat bertindak dan melakukan sekatan ekonomi sebagaimana berlaku kepada Iran, Afghanistan, Rusia dan perang perdagangan dengan China. Ia sangat merugikan, kerana nilai eksport minyak dan gas ke Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah cukup tinggi. Sekiranya dilakukan embargo, negara-negara Arab akan hilang sumber ekonomi, dan sekaligus membantu pelan pembangunan infrasturktur mega yang sedang berjalan dan dalam perancangan.
Itulah yang dapat dibaca. Namun, sekaligus ia menjadi sesuatu malang buat Palestin. Bagi rakyat Palestin, selagi bernyawa mereka akan tetap berjuang memerdekakan tanah air yang dirampas dan diduduki secara haram, walaupun nyawa menjadi taruhannya. Kekentalan semangat itu turut tercermin dalam diri Adania Shibli dalam penjelajahan kembali ke Palestin untuk mencari ‘perincian kecil’ ekoran pendedahan laporan kematian seorang gadis Badwi, yang menjadi semacam travelog dalam bahagian kedua novella Perincian.
Getus Adania: Banyak sempadan diterapkan di sini. Orang perlu memberikan perhatian terhadapnya dan bergerak mengikut ketetapan, agar terpelihara dari akibat buruk…Ada orang yang mahir meniti sempadan-sempadan ini tanpa pernah melanggarinya, tetapi orang sebegini hanyalah sedikit dan aku bukan salah seorang daripada mereka” (hal. 64).
Sejak menduduki bumi Palestin, Israel membahagikan bumi Palestin kepada empat kawasan. Setiap penduduk di sesebuah kawasan ditandai kad pengenalan dengan warna yang berbeza. Warna hijau sebagai pemastautin kawasan A., yang merupakan lokasi rumah sewaan Adania.
“Tetapi menurut undang-undang, sesiapa saja dari Kawasan A berhak ke kawasan B, jika tiada keadaan politik atau ketenteraman istimewa boleh menghalangnya. Tetapi, akhir akhir ini, keadaan-keadaan istimewa itu sudah menjadi kebiasaan, dan orang dari Kawasan A langsung tidak terfikir untuk ke Kawasan B. Beberapa tahun kebelakangan, aku tidak pernah pergi sejauh pos Qalandiya pun, yang memisahkan Kawasan A dengan Kawasan B. Jadi, bagaimana aku terfikir hendak pergi ke tempat yang begitu jauh, hampir memasuki Kawasan D?
“Orang di Kawasan B pun tidak boleh melakukannya, dan barangkali demikianlah warga Kawasan C, termasuk orang dari Jerusalem, yang kewujudannya dianggap sebagai satu ancaman keselamatan jika mereka menyebut sepatah perkataan Arab di luar kawasan mereka. Benar, mereka dibenarkan untuk berada di Kawasan A, demikian juga dengan penduduk Kawasan B yang sering melawatinya, dan kadangkala berpindah ke sana, meskipun tempat itu serupa sebuah penjara sekarang.
“Di pekerjaan baruku misalnya, selain orang sepertiku dari Kawasan A, ramai rakan sekerja yang datang dari Kawasan lain. Mereka semua baik-baik. Pada suatu hari di tempat kerja, aku bercerita secara rahsia kepada rakan dari Kawasan C, dari Jerusalem, bahawa aku perlu ke kawasannya atau mungkin lebih jauh untuk menguruskan hal peribadi; lagipun, tidak aneh bagi orang dari Kawasan A mempunyai keperluan untuk ke Kawasan C atas urusan peribadi, begtu juga orang dari Kawasan C ke Kawasan A.
“Mendengarkan hal itu, rakan sekerjaku menawarkan untuk memberi pinjam kad pengenalannya berwarna biru, memandangkan pada akhirnya kita semua bersaudara, dan rupa kita pun sama, setidak-tidaknya menurut mata askar yang berjaga di pos pemeriksaan.” (hal. 74-76).
Cara Israel mengawal mobility penduduk, terutama penduduk asal Palestin memang merupakan suatu tindakan yang keji, seolah-olah ada negara kecil dalam sebuah negara Israel, sebuah bentuk diskriminasi atau proses isolasi dan penghinaan. Bagi Ilan Pappe, sejarawan generasi baharu Israel, pendudukan Israel sama ada di Tebing Barat ataupun Gaza harus ‘difahami sebagai penjara. Ada dua model penjara yang berperanan dalam sejarah pendudukan.
“Pertama, model penjara terbuka – yang “dihadiahkan” oleh Israel kepada bangsa Palestin untuk menyelenggarakan dasar dalam negeri, sementara menyerahkan semua semua dasar keamanan dan ekonomi penting ke tangan Israel. Salah satu ‘hadiahnya’ ialah berupa kebenaran untuk pekerja Palestin bekerja di wilayah Israel.
“Kedua, model penjara dengan ‘keselamatan maksimum’ . Model tersebut meliputi hukuman kolektif seperti penangkapan tanpa diadili, pembunuhan, cedera parah, penggelidahan rumah, pengusiran, dan kebebasan bagi pemukim Yahudi Israel untuk menyerang serta membuli warga Palestin.” (“Prakata” edisi bahasa Indonesia, Palestine: The Biggest Prison on Earth, Jakarta: Penerbit Naoura Books, 2024, hal. 7-8).
Model pertama antara tahun 1967 dan 1987, 1993-2000, kata Profesor Ilan lagi, sampai batas tertentu antara tahun 2007 hingga 2021, meskipun period terakhir ini berlaku di Tebing Barat saja.
Setiap kali bangsa Palestin menolak “kesepakatan” ini, mereka dihukum dengan diperlakukan dengan model penjara kedua.: Itu dapat kita bayangkan bagaimana IDF, pemukim Yahudi haram dan kerajaan negara haram memperlakukan tindakan yang cukup menghina dan melanggar Konvensyen Geneva dan peraturan antarabangsa mengenai perang. Misalnya, dalam kes penahanan seorang remaja Palestin, Ahed Tamimi hanya kerana ‘menghalau tentera IDF’ yang mencari ruang strategik di kawasan rumahnya untuk melakukan tembakan ke atas penunjuk perasaan (pendemo) di Nabi Salleh.
Dalam masa yang sama, Ahed dan sepupunya, Nour ‘melawan’ salah seorang tentera IDF apabila seorang lagi sepupunya, remaja lelaki Muhammad Tamimi mengerang kesakitan akibat terkena tembakan peluru hidup. Muhammad Tamimi mengalami luka parah, dan disahkan boleh menyebabkan kecederaan yang fatal, kemungkinan lumpur setelah tembakan peluru hidup telah mengenakan bahagian kanan kepalanya.
Oleh kerana tentera IDF merakamkan pertengkaran tersebut, Ahed kemudiannya ditahan selepas empat hari (19 Disember 2017). Rumahnya digelidah oleh sepasukan tentera (sekitar 30 orang) jam 3 pagi. Ahed kemudiannya dibawa ke Penjara Ofer, yang terletak dalam wilayah Israel. Hal ini merupakan kesalahan yang jelas, melanggar Konvensyen Geneva, yang melarang mereka yang ditahan dalam sesebuah wilayah dibawa ke wilayah yang lain, yang berbeza pentadbirannya.
Keesokan harinya (20 Disember 2017), ibu Ahed, Nariman Tamimi dan sepupu Ahed, Nour berkunjung ke Penjara Offer untuk melihat keadaan anak perempuan tunggalnya. Mereka kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan. Nour kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin 5,000 sekhel, tetapi Ahed dan ibunya terus mendekam dalam penjara. Beberapa hari kemudian, Bassem Tamimi, ayah Ahed menyambut hari kelahiran Ahed Tamimi ke-16 (lahir 31 Januari 2001) tanpa isteri dan puteri tunggal mereka. Ahed dan ibunya, Nariman Tamimi dibebaskan pada 29 Julai 2018, setelah mendekam dalam penjara selama 8 bulan tanpa pembelaan yang wajar dan semuanya ditentukan mengikut peraturan tentera.
Penelitian Ben Ehrenreich dalam Selagi Bernyawa: Kisah Kehidupan dan Kematian di Palestin (edisi terjemahan bahasa Melayu), Shah Alam, Selangor: Kelas Buku Sdn. Bhd,, 2024; dan Manar Tamimi, Paul Heron, Paul Morris dan Peter Lahti, Gadis Palestina Yang Melawan Tirani Israel: Ahed Tamimi, (edisi terjemahan bahasa Indonesia), Bandung, Indonesia: PT Mizan Pustaka, 2018 dapat membantu pembaca yang ingin mengetahui bagaimana penyiksaan dan dehumanisasi dilakukan oleh Israel.
(ADANIA SHIBLI, Perincian, terjemahan dari novel berbahasa Arab, Tafsil Thanawi (2017) oleh Al-Mustaqeem M Radhi dan Abdul Jabbar Md Salleh, Kuala Lumpur: IBDE Ilham Sdn. Bhd., 2025, 132 halaman).
(BERSAMBUNG)
Kamarun KH
Petikan dari alfalahmadani.my
POTRET PENJAJAHAN DAN SADISNYA GADIS BADWI- PART 2
Semua orang tahu, Israel tidak akan pernah berhenti membunuh, menjarah dan menyeksa (menghalau dan menindas) setiap penduduk Palestin, kerana meletakkan orang Palestin sebagai bukan manusia. Dehumanisasi dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk membohongi dunia bahawa Palestin adalah ‘tanah yang dijanjikan’ dan Israel (orang Yahudi) adalah pemiliknya.
Selagi setiap inci bumi Palestin masih belum menjadi miliknya, maka selagi itulah rakyat Palestin akan dihapuskan. Lebih menyedihkan kurang sebulan lalu (4 Februari 2025), presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pelan pemindahan penduduk Gaza, pemindahan secara kekal kerana Gaza tidak lagi selamat.
Tanpa mengendahkan tekanan negara-negara Arab, Donald Trump menjelaskan penduduk Gaza akan dipindahkan ke Mesir dan Jordan, Gaza akan dibersihkan dan dibangunkan sebagai ‘Rivera Timur Tengah’. Ertinya, penduduk Gaza yang asal tidak akan dibenarkan kembali ke Gaza setelah dipindahkan.
Mesir dan Jordan secara terbuka menolak cadangan tersebut. Namun Israel menyambutnya dengan nada sombong dan angkuh, bahkan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz merancang proses pemindahan tersebut di mana sebuah urusetia akan ditubuhkan di bawah seliaan Kementerian Pertahanan Israel. Tragedi keangkuhan dan kebiadapan yang menampakkan Donald Trump semakin berjaya dianjingkan oleh Benjamin Neetanyahu.
Dengan membaca novel ini, gambaran kekejaman dan dehumanisasi penduduk Palestin menjadi cukup sadis walaupun kita pernah menonton adegan pembunuhan kejam dengan menggunakan senjata, bom, peluru berpandu dan dron pembunuh, secara psikologinya, kita akan menjadi lebih beremosi apabila gadis remaja dibunuh kejam sebagai tindakan menghapus bukti kebiadapan platon IDF merogolnya secara bergilir-gilir. Suhu emosi kita menjadi cukup panas, dan kadangkala menyumpah benci.
Saya cuba petik perlakuan yang saya anggap cukup kontradiksi dengan nilai kemanusiaan. Setelah gadis itu ditawan, mereka membawanya ke khemah dan dibersihkan. Secara sinisnya Adania menyindir dalam bentuk perlakuan secara cognitive dissonance, antara sikap mementingkan kebersihan dan nafsu kebinatangan. Ketika gadis remaja itu dimandikan, ia menjadi semacam satu bentuk pesta yang menggiurkan.
“Askar-askar yang sedang berkerumun sehingga membentuk bulatan di sekeliling mereka senyap-senyap mengalihkan pandangan darinya kepada gadis itu” dan sebaik sahaja hos [hos air] diberikan, ‘pegawai itu’, “menerkam gadis itu, menanggalkan tudung hitam dari kepala dengan tangan kanannya kemudian mencekak bahagian leher pakaian gadis itu dengan kedua-dua tangannya, sambil tetap memegang hos di tangan kanan, dan menyentap sehingga terhasil bunyi koyakan yang membelah sunyi.
“Kemudian dia mengitari gadis itu, menarik-narik sisa pakaian yang telah koyak dari badannya, kemudia dia melemparkan pakaian itu sejauh-jauhnya bersama segala cebisan kain lain yang dipakai oleh gadis itu. Pelbagai bau terkumpul pada bebenang kain itu: najis binatang ternakan, bau air kencing dan busuk peluh lama bercampur peluh baru….Dengan pantas, dia mengacukan muncung kepada gadis itu dan air mula mencurah-curah ke atas badannya.
“Dia terus menyembur gadis itu, sambil melengkung-lengkungkan badannya bagi mengelak air terpercik ke sana sini. Dia berpusing di sekeliling gadis itu, kemudian ke kepala, belakang, kaki dan tapak kaki yang kulitnya berpasir, seterusnya kembali ke batang tubuhnya. Selepas seluruh badannya basah kuyup, dia menutup muncung dengan ibu jaru, menoleh kepada askar yang berkerumun di sekelilingnya, dan mengarahkan askar pertama yang dilihat untuk membawakan seketul sabun dengan segera.
“Askar-askar itu saling menjeling antara satu sama lain, dan memandang gadis itu yang mengerekot seperti sebiji bola di atas tanah sambil menggigil sehingga sabun tiba….Dia memandang tepat ke mata gadis itu, menjerkah dan menyuruhnya mengutip sabun. Askar-askar yang berbual dan ketawa tadi terdiam serta merta. …
“Perlahan-lahan gadis itu menyuakan tangannya dan mengutipnya. Air mengalir di tubuhnya. Dia meluruskan tubuhnya sedikit dan mula menggerakkan sabun dalam bentuk bulatan di atas kepalanya, kemudian ke dada, sehingga tidak lama kemudian ia terlitup oleh lapisan buih putih yang halus, seraya menyembunyikan seketika kulitnya yang perang [brown] (hal. 30-32)
Selepas semuanya selesai, “pegawai itu” mengarahkan untuk memberikan seragam pakaian kepada gadis itu, “beberapa orang askar yang berlumba-lumba untuk melaksanakannya. Tidak lama kemudian, salah seorang daripada mereka kembali dengan memegang sehelai pakaian, dan yang lainnya membawa seluar pendek, Dia mengambil dengan tangan kananya lalu dihulurkan kepada gadis itu.” (hal. 32).
Jelas kelihatan seperti cukup ramah dan sangat menggiurkan setelah beberapa minit memerhatikan gelagat gadis Badwi ditelanjangkan dan mandi dalam geliat dalam air daripada hos yang dipancutkan. Imaginasi itu membawa kepada persoalan yang menyedihkan, perogolan gadis Badwi secara bergilir setelah semuanya selesai dibersihkan, termasuk setelah rambutnya yang panjang dipotong. Dalam keadaan sebegitu, nafsu para askar Israel semakin menguat dan akhirnya dipindahkan ke khemah kedua.
“Lebih kurang jam sembilan setengah malam [12 Ogos 1949], pegawai berdiri lagi dan meminta setiap orang untuk diam. ..Dia mengingatkan mereka tentang gadis yang dibawa ke kem pada siang hari, dan berkata bahawa diberi dua pilihan undian: sama ada gadis itu dihantar untuk bekerja di dapur kem, atau semua mereka boleh berbuat apa saja kepadanya.
“Buat seketika pada askar tergamam, Ada yang cuba melihat reaksi melalui mata komradnya, da nada yang mengalihkan pandangan dek keliru dan syak; mereka semua tidak pasti sama ada pegawai itu benar-benar bermaksud demikian, atau sengaja memasang perangkap, atau dia cuma mabuk.
“Lalu dengan beransur-ansur individu-individu mula bersuara, dan dengan pantas ia berubah menjadi suara majmuk nan riuh yang menyokong pilihan kedua. Hingar bingar dan sorakan mereka terus kedengaran di dalam kem, tatkala para askar mula asyik merancang bagaimana masa antara mereka dengan gadis itu akan diagihkan.
“Skuad pertama akan mendapat giliran hari pertama, skuad kedua hari kedua, skuad ketiga hari ketiga, manakala pemandu, doktor, kumpulan penyelenggara, para tukang masak bersama para sarjan, komander skuad, koperal, dan pegawai itu membentuk sebuah kumpulan lagi….
“Selepas makan malam, dia terus pergi ke bangsal kedua. Dia mengarahkan pengawal untuk membawa gadis itu dan mengikutinya, dan dia berjalan ke bangsalnya diikuti mereka berdua, serta anjing yang mengekori pengawal. Dalam perjalanan ke sana, dia singgah di depoh bekalan di tengah-tengah kem, dan muncul semula seketika kemudian dengan membawa katil lipat…..menempatkan gadis di tepi katil, di sebelah kiri bilik, ….mengarahkan pengawal untuk berdiri di sisi pintu dan menghalang sesiapa memasuki bangsalnya.” (hal.40-43).
Dalam kesejukan menjelang dinihari, dan menahan kesakitan akibat digigit labah-labah, pegawai itu nampaknya cuba melempiaskan nafus jantannya, dengan tidak lagi menghiraukan bau yang busuk, seperti bau petrol yang masih tersisa di rambut gadis itu. Petrol dicurah kepada rambut gadis itu sebelum digunting, bagi mengelakkan daripada kutu membiak.
Menjelang siang, gadis itu dibawa ke kawasan terbuka “Tiba-tiba jeritan nyaring membelah udara. Gadis itu berlari sambil meratap, kemudian dia rebah ke atas pasir sebelum bunyi tembakan senapang kedengaran. Suasana kembali hening.
‘Darah mencurah-curah daripada pelipis kanannya ke atas yang menelannya secara berterusan, sementara cahaya matahari tengahari menyinari bahagian bawah badannya yang telanjang, warna sama dengan warna pasir.
“Pegawai itu meninggalkan pengawal, yang terus menggali lubang,serta timbalannya dan pemandu yang berdiri di sebelahnya tadi, lalu dia kembali ke kenderaan. Dia menggigil apabila pemandu menghampirinya sebentar kemudian, dan berkata bahawa mungkin gadis itu belum mati. Mereka tidak boleh meninggalkannya begitu, kebih baik kematiannya dipastikan.
“Dia terus menggigil, kaku dengan sakit yang seolah-olah menarikkan ususnya,. Akhirnya dia menggerakkan mulut dan mengarahkan pemandu untuk memberitahu timbalannya untuk menyelesaikan misi itu. Sebentar kemudian, detusan enam das tembakan kengaran di udara, kemudia suasana kembali sunyi.” (hal. 57-58). Riwayat gadis itu berakhir tengahari itu, dan kisah kekejaman tersebut membawa Adania Shibli terus mengembara mencari dan mengumpulkan butiran lengkap, walaupun tidak sepenuhnya berjaya. Hati dan emosi kita sebagai pembaca terus bergerak kencang, marah dan benci, mengecam dan menyumpah terhadap peta tindakan dehumanisasi tersebut.
Usaha untuk mengungkapkan kisah tersebut, kekejaman akibat penjajahan yang berlaku di tanah leluhur, Adania Shibli yang terbaca sebuah laporan mengenai perogolan seorang gadis Badwi yang membawa kepada pembunuhan kejam, ditanam dalam kubur yang singkat (tidak dalam) dengan berkata: “…sekumpulan askar menangkap seorang gadis, merogolnya, lalu membunuhnya, dua puluh lima tahun sebelum hari aku dilahirkan; perincian kecil ini, yang mungkin tidak diendahkan oleh orang lain, akan menghantuiku selama-lamanya meski aku begini, walau sekeras mana usahaku untuk melupakannya.
“Hakikatnya ialah ia tidak akan berhenti mengejarku, lantaran diriku yang rapuh selemah pokok di luar sana di sebalik kaca di jendela. Mungkin tiada apa yang lebih penting berbanding perincian kecil ini, jika kita mahu mencari kebenaran menyeluruh yang tidak didedahkan oleh artikel itu yang sengaja tidak menceritakan kisah gadis tersebut.” (hal. 73-74)
Sebelum melakukan pengembaraan ke padang pasir Negev, Adania pergi ke Palestin dan menyewa sebuah rumah yang akan dijadikan sebagai ‘pejabat’ semasa pencarian itu. Bagi Adania, walaupun sudah terlewat 54 tahun, “…kejadian dalam artikel itu [laporan akhbar Haeretz, 29 Oktober 2003], yang menyebutkan pembunuhan beberapa orang, hanya menghantuiku kerana satu perincian tentang salah seorang korban. Hanya satu tahap, satu-satunya hal yang ganjil dalam pembunuhan yang merupakan kesudahan bagi rogol berkumpulan itu, adalah hakikat bahawa ia berlaku pada suatu pagi yang bertepatan dengan pagi kelahiranku [13 Ogos 1974], cuma dua puluh awal dua puluh lima tahun [3 Ogos 1949].” (hal.72).
Ketika laporan penyiasatan itu didedahkan, Adania berumur 29 tahun, namun prinsip hidupnya cukup terserlah ‘degil’ seumpama “Apabila sengenggam rumput disentap hingga akarnya, barangkali kita menyangka ia telah dicabut seluruhnya, tetapi akhirnya rumput yang sama jenis tumbuh kembali di titik yang sama selepas seperempat kurun kemudian.” (hal. 72-73). Pada pandangan Adania, jika tragedi seperti berlaku setahun selepas ‘negara haram Israel ditubuhkan”, tidak bermakna kes seumpamanya tidak akan berlaku pada masa-masa selepasnya. Kita tahu, Israel cukup tegar dengan tindakan ganas, yakni menghapuskan seboleh-bolehnya kesemua etnik Arab-Palestin, termasuk penganut Islam mahupun Kristian, dengan alasan etnik tersebut bukanlah “pemilik tanah yang dijanjikan” itu.
Saya petik beberapa ucapan pemimpin Israel berdasarkan kutipan yang dibuat oleh Z.A Maulani, Zionisme: Gerakan Menaklukkan Dunia, edisi kedua, Jakarta: Penerbit Daseta, 2002, hal. 44-47:
“Usir penduduk yang tidak berduit sesenpun itu keluar perbatasan (Pelstin) dengan cara menolak lapangan kerja…Kedua proses, baik meniadakan mereka dari kepemilikan mahupun pengusiran kaum melarat itu, harus dilaksanakan dengan cara yang sangat hati-hati dan dengan dengan kewaspadaan.” (Theodore Herzl, Complete Diaries of Theodore Herzl, 12 Jun 1895)
David Ben Gurion, dalam memoirnya pernah mengungkapkan: Kita akan menurunkan peranan penduduk Arab (di Palestin) menjadi tidak lebih daripada tukang potong kayu dan pelayan” dan “kita harus melakukan segala upaya untuk menjamin agar mereka (pelarian Arab-Paelstin) tidak akan dapat kembali (ke Palestin).” (dikutip dari Sabri Jirjas, “The Arab in Israel”).
Manakala Mosye Dayan (Haerezt 14 April 1969) berkata: Perkampungan Yahudi kita bangun di bekas perkampungan Arab. Kita bahkan tidak pernah tahu nama dari perkampungan Arab tersebut, dan saya tidak dapat menyalahkannya, kerana buku-buku ilmu bumi [geografi] (lama) tidak sangat dibaca; lagi pula perkampungan Arab sudah tidak ada lagi di sana, Nahlal dibangun di bekas kampung Mahlul; Kibbutz Gvat di bekas Jibta; Kibbutz Sarid di bekas Huniefi; dan Kefar Yeshuhua di bekas Tal al-Shuman. Tidak ada sepotong pun tempat yang dibangun bukan di bekas perkampungan Arab. (dikutip oleh Michael Ben-Zohar, Ben Gurion: The Armed Prophet, 1967)
“Adalah menjadi kewajipan dari setiap pemimpin Israel untuk menjelaskan kepada masyarakat, dengan cara yang jelas dan berani, mengenai beberapa fakta tertentu yang sudah terlupakan bersamaan dengan lewatnya waktu. Yang utama di antaranya, bahawa tidak ada yang namanya Zionisme, kolonualisasi, atau negara Yahudi tanpa pengusiran orang Arab dan penyitaan tanah mereka.” (Yoram Bar Porath, Yediot Ahronot, 14 Julai 1972).
“Kita harus menggunakan terror, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan pemutusan semua pelayanan sosial untuk membersihkan tanah Galilea dari penduduk Arab (Isael Koning, The Koenig Memorandum, 1978).
Secara jelasnya, Zionis merupakan sekelompok manusia yang memitoskan dirinya sebagai ‘manusia pilihan tuhan’ dan ‘bangsa pilihan’ sebenarnya bukanlah kelompok manusia yang mengikuti dan mengamalkan ajaran agamanya. Mereka adalah sekelompok manusia kejam yang bertindak atas kemahuan diri sendiri tanpa melihat kepada apa yang diajarkan oleh agama mereka, iaitu Judaisme atau dikenali sebagai agama Yahudi. (Ilan Pappe, Ten Myths About Israel, London: Verso Books, 2017; dan Roger Garaudy, Mitos Dalam Penubuhan Israel Moden, K.Lumpur: IIUM Press – ITBM, 2022)
Judaisme, atau agama Yahudi merupakan agama wahyu yang tertua. Agama itu mengikut sejarah dikaitkan dengan wahyu Tuhan ke atas Nabi Musa AS, dan ajaran-ajaran yang disampaikan itu terkumpul dalam kitab suci, yang dipanggil Tanakh. Tanakh mengandungi tiga kitab, iaitu Taurat (lima kitab Nabi Musa), Nevi’im dan Ketuvim. Tanakh boleh dikenal dalam pelbagai bentuk dalam kitab Bible, kitab agama Kristian (Nasarani) dan dalam beberapa variasi Perjanjian Lama.
Menurut Talmud, kebanyakan dari kandungan Tanakh dikumpul oleh para agamawan Judais sekitar 450 SM, iaitu pada zaman Sanhedrin Agung. Dalam pandangan sarjana agama, kitab Tanakh dikatakan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, iaitu dalam tempoh 400 tahun, antara 200 SM hingga 200 M. Namun, apa yang jelas, agamawan Yahudi jugalah yang memain peranan untuk mengkhianati ajaran Nabi Isa AS. (Gary M Burge, Whose Land? Whose Promise?: What Christians Are Not Being Told About Israel ad the Palestinians, Massachuset, USA, Pilgrim Press, 2003; Dr Ghazali Basri, Sejarah Bani Israel: Sebuah Kajian Perbandingan Menurut Perjanjian Lama dan al-Qur’an, edisi kemaskini, Kajang, Selangor: Akademi Kajian Ketamadun (AKK), 2024; dan Dr Zafarullah Khan, Siapa Orang Asli Palestina?, cetakan ketiga, Ciputat, Indonesia: PT Pustaka Alvabet, 2023).
Tragedi itu turut menafikan laporan yang dibuat oleh pihak tentera Israel yang berkawal di gurun Negev, sebagaimana dilaporkan, di mana ketua platun merasakan dia layak dibunuh. Awalnya, dilaporkan sebagai remaja lelaki dalam sekumpulan tiga orang Badwi yang lengkap bersenjata. Sebenarnya, tawanan itu bukan daripada tiga remaja Badwi yang bersenjata, sebaliknya dia adalah salah seorang daripada sekumpulan orang Badwi yang tidak bersenjata,
Operasi mengawal sempadan, tidak jauh dari wilayah kawalan Mesir, Nirim di padang pasir Negev bermula 9 pagi 12 Ogos. Mereka disahkan tidak memiliki senjata tetapi pihak tentera tetap melakukan tembakan ke udara menyebabkan dua orang lelaki lari lintang pukang. Gadis itu tidak berdaya melarikan diri, akhirnya ditangkap. Suara-suara gadis itu meminta supaya dilepaskan tidak diendahkan oleh pasukan tentera yang menjalankan operasi. Kem tersebut dianggotai oleh pendatang asing (Yahudi) pelbagai negara (Eropah) yang tidak boleh berbahasa Ibrani. Mereka lebih banyak menggunakan bahasa isyarat. Mereka juga dilaporkan tidak mempunyai latihan yang cukup dan kurang disiplin.
Beberapa orang pegawai, termasuk ketua platun (Leftenan Kedua, Mosye) pernah bersama tentera British itulah yang menanda tangani laporan ringkas bertarikh 15 Ogos 1949 berkaitan dengan pembunuhan gadis itu. Tentera peninjau sampai ke kem itu pada tengah hari 12 Ogos, dan dalam masa yang sama, seorang pegawai tinggi IDF melawati kem itu. Menyedari adanya seorang remaja perempuan Badwi, pegawai tinggi itu mengarahkan ‘tawanan’ tersebut dibebaskan, tetapi arahan tersebut tidak dipedulikan.
Gadis itu ditelanjangkan dan dimandikan secara terbuka. Pada malamnya, berlakulah insiden memperkosakan gadis itu. Hal itu membuktikan bahawa askar IDF telah melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan, akhirnya Leftenan Kedua Mosye mengaku salah dan dipenjarakan selama 15 tahun.
Kejadian tersebut berlaku dalam tempoh setahun tiga bulan (555 hari) berdirinya negara haram Israel. Laporan yang memakai tajuk "I saw fit to remove her from the world", mendedahkan kenyataan yang jelas, “oleh kerana dia (gadis itu) sudah diperkosa, saya fikir layaklah dia dibunuh.” Itu pengakuan Leftenan Kedua Mosye.
Pagi esoknya, 13 Ogos 1949, gadis itu diseret keluar sejauh 500 meter di luar kem. Seluarnya ditanggalkan, hanya tinggal baju menuju takdirnya yang maha perit. Pasukan kecil tentera itu membawa cangkul, yang akan digunakan menggali lubang bagi menghapuskan jasadnya.
Gadis itu tersedar bahawa nyawanya bakal melayang, dan cuba melarikan diri. Setelah melihat percubaan tersebut, sebutir peluru menyinggahi kepalanya dari arah kanan. Gadis itu jatuh tertiarap, dan untuk memastikan dia benar-benar mati, enam das lagi tembakan dilepaskan kearah jasad yang sudahpun kaku. Jasad gadis itu kemudiannya ditanam di dalam sebuah lubang yang digali dalam kedalaman hanya satu kaki di Nirim, yang berdekatan dengan kibbutz (penempatan petani penjarah).
Tentunya, untuk memahami dengan lebih berkesan kisah tersebut, kita memerlukan penerokaan yang lebih luas terhadap kekejam tentera negara haram Israel dan meninjau sedikit sebanyak pensejarahan terorisme yang membawa kepada pembentukan negara haram Isrrael, Itulah sebabnya saya ikut memberikan sedikit imbasan dan serpihak ideologi Zion yang menjadi punca pencerobohan yang telah dibuktikan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hukum kemanusiaan.
(ADANIA SHIBLI, Perincian, terjemahan dari novel berbahasa Arab, Tafsil Thanawi (2017) oleh Al-Mustaqeem M Radhi dan Abdul Jabbar Md Salleh, Kuala Lumpur: IBDE Ilham Sdn. Bhd., 2025, 132 halaman).
(BERSAMBUNG)
Kamarun KH
Petikan dari alfalahmadani.my