SIAPA MUSTAFA MAAROF DAN MAAROF ZAKARIA

Maarof.jpg

Maarof Zakaria dalam bulatan.

Dunia seni terutama dalam bidang perfileman Melayu, kehilangan seorang lagi tokoh yang cukup berpengaruh pada era 50an dan 60an, iaitu Dato’ Mustafa Maarof. Pemergian beliau untuk menemui penciptanya menjadikan generasi awal artis Melayu yang berkembang di Singapura, kini tinggal beberapa orang saja lagi.

Dalam masa terdekat sebelum ini, pastinya bidang seni tanah air sudah kehilangan Dato’ Jin Shamsudin, Dato’ Aziz Satar, S Shamsudin diantara bintang yang menyinari dunia filem Melayu sama ada di bawah naungan Shaw Brother atau Cathay Keris.

Bagaimanapun bukan cerita tentang perkembangan arti filem Melayu yang ingin kita bincangkan, tetapi Mustafa itu anak kepada seorang yang sangat terkenal pada zamannya iaitu Maarof Zakaria.

Masyarakat Malaysia memang kurang kenal nama berkenaan. Bagi penduduk Kuala Lumpur nama beliau diabadikan di sebatang jalan di Bangsar, dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju pusat membeli belah di Bangsar.

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya diabadikan di antara laluan utama yang digunakan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya mempunyai kisah tersendiri yang jarang diperkatakan. Walaupun beberapa kali media cetak menyiarkannya, namun ia masih tidak diberi perhatian sewajarnya oleh generasi baru.

maarof_2.jpg

Mustafa Maarof

Anak kelahiran Sri Menanti

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan, adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 – 23 Oktober 1973).

Beliau berkelulusan undang-undang dan bekas Pegawai Daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 – 7 November 1991).

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Pejuang Malay Nasional Bank

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan kematian pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria, sebagai tragik dan sangat menyedihkan kerana ia berlaku ketika peguam itu berusaha membantu orang Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi penubuhan bank.

Bekas Perdana Menteri berkata, jasa Maarof sangat besar dan beliau orang Melayu yang berani menubuhkan bank untuk membantu kaumnya, ketika itu.

“Ketika itu, orang Melayu jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan hidup dalam kemiskinan. Bank yang ada ketika itu tidak mahu memberi bantuan atau pinjaman modal kepada orang Melayu.

“Justeru, ada suara yang meminta dan mendesak supaya sesuatu dilakukan untuk membantu orang Melayu”.

Mati dibunuh

Disebabkan idea yang cukup bernas yang pastinya atas kepentingan bangsa Melayu, ada pihak yang tidak senang dan menculik serta membunuhnya dan dicampak ke dalam hutan.

Sebagai bapa kepada seorang anak seni dan pemimpin orang Melayu, sehingga kini tidak ada orang yang ingin membongkar kisah berkenaan untuk dibukukan atau difilemkan sebagai membuktikan bahawa bangsa Melayu mempunyai ramai pejuang.

Catatan: Ibnu Hayyan

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com