AMANAH SEORANG PEMERINTAH YANG AGUNG

Oleh: Luqman Hakim

Dalam sejarah Islam pada zaman dahulu ada seorang Khalifah yang sangat terkenal kerana sifat amanahnya. Baginda ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, salah seorang di antara Khalifah-Khalifah Bani Umaiyah.

Pernah diriwayatkan orang bahawa pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya itu duduk di hadapannya, tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di meja yang tadinya digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Puteranya me-rasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya:

"Kenapa lampu ini ayah padamkan? Bukankan lebih baik kita ber berbincang di bawah lampu yang terang?"

Maka ayahnya menjawab:

"Benar kata kau, hai anakku! Tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah pakai untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan, minyak yang dipergunakan itu dibeli dengan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda bincangkan dengan ayah adalah perkara keluarga!"

Seketika kemudian baginda pun memanggil pelayannya lalu disuruhnya membawa lampu dari bilik dalam. Setelah lampu yang dibawa itu dinyalakan oleh pelayannya maka baginda pun berkata kepada puteranya:

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Silalah kemukakan apa yang anakanda mahu bincangkan dengan ayahanda!"

Demikian besarnya sifat amanah dari seorang pemerintah berkalibar besar, seorang Raja Islam yang berjiwa besar. Apabila dalam hal-hal yang begitu kecil, Khalifah Umar sanggup memelihara amanah yang diletakkan ke atas diri-nya, apatah lagi dalam perkara-perkara yang lebih besar, yang meminta tanggungjawab yang bukan sedikit.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com