ANTARA RAMALAN DAN KENYATAAN

Apa yang berlaku pada hari ini, sudahpun diramalkan pada tahun 1998, beberapa tahun sebelum berakhirnya Abad ke-20

Memasuki Abad ke-21, kita diriuhkan dengan pepijat alaf (milenium bug), hanya kerana sistem penandaan komputer dikatakan akan kelam kabut untuk membaca dengan tepat "00". Adakah "00" merujuk kepada tahun 1900 atau tahun 2000. Alhamdulillah, dalam "kekacauan" itu, hampir semua organisasi bersedia, menghabiskan wang besar untuk mengelakkan data "tergelincir".

Syarikat "security" dapat untung besar, pelanggan perlu membayar harga tinggi perlahan-lahan dengan kenaikan kadar faedah dan juga sektor perniagaan besar mengenakan caj perkhidmatan.

Tahun 2007, diramalkan akan berlaku kemelesetan ekonomi menurut teori kitaran ekonomi sepuluh tahun. Tahun 1986/87 berlaku kemelesetan ekonomi, dan Malaysia turut berada dalam situasi cemas. Tahun 1987/1988, berpunca serangan mata wang, krisis ekonomi berlaku di Asia..tahun 2007, berlaku krisis Suprima di Amerika Syarikat.

Tahun 2017/2018, muncul Perang Perdagangan antara China dan Amerika Syarikat. Perang Perdagangan terus membara apabila Donald Trump kembali berkuasa, dengan dasar perlindungan yang ketat dan percubaan mengenai tarif timbal balas. Kali ini, ia lebih menyeluruh dan besar berbanding tahun 2017 dengan China.

Tahun 2022, berlaku Perang Rusia-Ukraine. Oktober 2023, Gaza kembali menjadi sasaran kebencian dan pembunuhan Zionis. Tidak cukup dengan itu, Israel mengganas pula menyerang Iran, dengan harapan bakal membawa kepada perang yang lebih besar dan disertai oleh Amerika Syarikat. Israel menyerang Iran pada 13 Jun 2025, Iran membalas dengan serangan tanpa henti sehinggalah Trump masuk campur. Setelah buat serangan, Trump cuba membuli Iran, tetapi Iran tidak mudah kalah.

Tersebar pula jika Iran bersetuju gencatan senjata, Trump akan salurkan 30 bilion dolar. Tetapi, ada syaratnya, tidak meneruskan pengayaan uranium dan mengaktifkan loji nuklear. Itu yang diberitahu, tetapi yang akan berlaku seterusnya, Amerika Syarikat dan Israel bebas keluar masuk ke Iran, dan Iran tidak lagi menjadi sebuah negara berdaulat. Iran akan menjadi seperti Irak, walaupun tidak sepenuhnya. Model sedemikian sudah dipraktikkan di Libya pasca terbunuhnya Muammar Gadafi.

Trump sedang bermain sihir dengan Syria. Rumah Putih sudah membatalkan label pengganas ke atas pemimpin ISIS Syria yang berjaya menjatuhkan rejim diktator Bashar al-Asad. Al-Jailani khabarnya sedang ditarik masuk ke "peraduan Israel" dan Amerika Syarikat sedang cergas menyusun langkah.

Tahun 1997 turut diramalkan bahawa selepas lebih dua puluh tahun akan berlaku wabak yang mematikan, wabak yang akan hadir bersama vaksin genetik. Ramalan itu menjadi kenyataan pada tahun 2019, berlakunya Corona Virus dan kemudian di redakan dua tahun kemudian, bila hadirnya vaksin, yang asalnya vaksin selsema.

Sebelumnya, dunia dikejutkan dengan selsema burung (H1N1 dan varian H5N1), kemudian selsema babi dan paling mematikan ialah Covid-19. Kesemua ramalan itu lahir daripada kebimbangan dan juga aspirasi segelintir manusia yang memikirkan tentang apa yang boleh mereka buat, sama ada mencetuskan kegemparan atau menguasai orang lain.

Kali ini muncul cukup hebat mengenai "kegoncangan dunia" walaupun ada sikap yang pesimistik yang ditunjukkan dalam tulisan, filem mahupun forum-forum akademik seantero dunia. Perbahasan tidak pernah berhenti, begitu juga dengan percubaan untuk menjadi jaguh, bukan menjadi penyuguh kehidupan yang bermaruah dan bertatasusila. Percaturan silih berganti, kebenaran semakin lenyap kerana kebohongan menjadi saksi dan ukuran teratas.

Penyelesaiannya, tidak ada pada mana-mana spesies, kecuali spesis manusia yang dianugerahkan kebolehan berfikir, dan melaksanakan apa yang difikirkan. Manusia, kata Yuval Noah Harari, salah satu masalah saintis ialah membentuk semula kehidupan masyarakat primitif zaman baru. (Yuval Noah Harari, Sapiens: A Brief History of Humankind, 2011)

Masyarakat primitif, menurut ahli sejarah tentera Israel dan pewacana antarabangsa, sangat sedikit meninggalkan artifak sejarah. Pada zaman itu, mereka menggunakan alatan kayu, dan alatan itu mudah terurai dan musnah. Kalau ada pun artifak sejarah, ia ditemui dalam bentuk pinggan, sudu dan garfu. Kemudiannya, pada zaman selepasnya, ditemui artifak yang besar, seperti kapal, sebagai usaha menangkap ikan sebagai sumber makanan.

Zaman moden, manusia boleh menghasilkan makanan dengan banyak, tetapi makanan itu juga menjadi masalah kepada manusia bumi. Ada makanan dibazirkan, ada penduduk yang tidak cukup makan dan hidup dalam kebuluran tiada makanan dibuang didalam tong sampah, kerana ada yang menyimpannya terlalu lama sehingga tidak lagi boleh dimakan (expired). Ada juga membuangnya kerana tidak habis dimakan. Semuanya ini menggambarkan hakikat manusia, dalam kecerdikan akalnya, ada nilai yang hilang.

Dalam kelebihan keperluan, ada rasa sombong, bongkak dan angkuh. Itulah sebabnya, dalam Islam, dianjurkan kita hidup secara sederhana, bukan berlebih-lebihan. Berlebih-lebihan itulah yang cepat membuka pintu dosa atau neraka.

Kata orang, biarpun berbuat jahat itu memerlukan keringat dan modal yang besar, ia tetap menjadi kebanggaan. Berbuat baik itu tidaklah memerlukan belanja yang banyak, ia tetap tidak menarik minat sebahagian besar orang, kerana mereka berpendapat, air dan minyak tidak akan bercampur.

Sebenarnya, manusia terlupa dan sengaja melupakan, fitrah kehidupan ialah membina kehidupan yang aman, harmoni dan lestari. Mereka hanya fikirkan, untuk hidup mesti ada rasa kuat untuk berlawan, kerana survival of the fittest, bukan kelangsungan Amar Makruf Nahi Mungkar.

Sebab itu dunia tidak cukup aman, sentiasa ada huru-hara yang diciptakan oleh manusia itu sendiri dan tidak mahu meneladani apa yang Allah SWT berikan peringatan: jangan mengadu-domba, berhasrat dengki dan berlumba-lumba dalam maksiat serta kemungkaran.

Ramalan yang dibuat oleh akal manusia itu pada awalnya menjadi harapan tetapi bila ia berlaku, ia menjadi igauan ngeri.

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com