ANTARA ZAHIR DAN HAKIKAT

Oleh: Naemah Muhammad

Ketika berdakwah di hadapan kaumnya, Nabi Musa menyatakan bahawa dirinya yang paling pandai dan luar biasa pengetahuannya. Oleh itu, Allah s.w.t. menegur Musa dan memerintahkannya untuk pergi menemui salah seorang hamba-Nya yang soleh.

Hamba Allah s.w.t itu ialah Nabi Khidir a.s. Kisah Nabi Khidir dan pertemuannya dengan Musa diceritakan dalam surah al-Kahfi ayat 60-82. Namanya memang tidak terdapat dalam ayat itu.

Baginda hanya disebut Abd, yang bererti hamba (Q.18:65). Meskipun demikian, para ahli tafsir berpendapat bahawa hamba yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah Nabi Khidir yang menerima wahyu kenabian daripada Allah s.w.t dan mempunyai ilmu ghaib.

MUSA BERTEMU KHIDIR

Selepas mendapat perintah daripada Allah s.w.t, Nabi Musa pergi bersama-sama muridnya, Yusya bin Nun. Di tempat yang telah dinyatakan Allah s.w.t, Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir. Baginda ingin belajar daripada Nabi Khidir dan meminta izin untuk mengikutnya mengembara.

Nabi Khidir bersetuju, namun dengan syarat bahawa Nabi Musa perlu bersabar dan tidak bertanya tentang perbuatannya semasa dalam perjalanan, hingga dijelaskan sendiri oleh Nabi Khidir kemudiannya. Syarat itu diterima Nabi Musa.

MELUBANGKAN PERAHU

Nabi Khidir mengembara bersama-sama Nabi Musa. Ketika mereka menaiki perahu, tiba-tiba Khidir melubangkan perahu tersebut. Nabi Musa hairan dan terus bertanya. Nabi Khidir lalu mengingatkan kesalahan Nabi Musa yang telah melanggar janjinya. Nabi Musa pun meminta maaf dan berjanji tidak akan bertanya lagi.

MEMBAIKI RUMAH

Dalam perjalanan Nabi Khidir dan Nabi Musa, mereka tiba di sebuah desa. Nabi Khidir berasa penat dan lapar. Namun, sewaktu baginda meminta tolong agar diberikan makanan dan tempat berteduh, tidak ada penduduk desa yang mahu menolong. Maka kedua-duanya terus berjalan.

Nabi Khidir kemudian ternampak sebuah rumah yang hampir roboh. Baginda kemudian membetulkan dan menegakkan kembali dinding rumah itu. Nabi Musa hairan menyaksikan Nabi Khidir menolong penduduk yang tidak mahu memberikan bantuan kepadanya. Baginda bertanya, tetapi Nabi Khidir kembali menegur Nabi Musa dan mengingatkan janjinya.

MEMBUNUH ANAK

Ketika Nabi Khidir dan Nabi Musa dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan seorang anak kecil. Nabi Khidir lalu memanggil anak itu, lalu membunuhnya. Nabi Musa tercengang melihat perbuatan itu. Disebabkan lupa akan janjinya, Nabi Musa menanyakan maksud pembunuhan itu. Nabi Khidir menegur Nabi Musa yang tidak sabar dan lupa akan janjinya.

HIKMAH DARI SEGI MORAL

Oleh sebab Nabi Musa sudah tiga kali melanggar janji, Nabi Khidir meminta agar mereka berpisah. Namun, sebelum berpisah, Nabi Khidir menjelaskan maksud setiap perbuatannya. Perahu yang baginda lubangkan adalah milik nelayan miskin.

Perahu itu dilubangkan agar tidak dirampas oleh raja jahat yang mahukan perahu itu. Anak kecil dibunuh kerana anak itu cenderung berbuat jahat dan apabila dewasa kelak mendorong ibu bapanya yang mukmin kepada kesesatan.

Dan rumah yang baginda perbaiki merupakan milik dua orang anak yatim, dan di bawahnya terdapat harta peninggalan ibu bapanya. Dinding rumah itu diperbaiki agar harta anak yatim itu selamat dan menjadi bekalan apabila dewasa kelak.

Iktibar daripada kisah Nabi Khidir a.s. ialah manusia tidak seharusnya terburu-buru menghukum sesuatu perkara kerana setiap ketentuan Allah s.w.t. mempunyai hikmah yang tersembunyi. Kisah ini juga mengajar pentingnya adab dalam menuntut ilmu, iaitu bersikap rendah hati, sabar dan menepati janji walaupun memiliki ilmu dan kedudukan yang tinggi seperti Nabi Musa a.s.

Selain itu, ia mengingatkan bahawa ujian dan peristiwa yang kelihatan buruk pada zahirnya sebenarnya boleh membawa kebaikan dan perlindungan kepada hamba-hamba Allah yang beriman, serta membuktikan bahawa ilmu dan kebijaksanaan Allah melangkaui batas pemikiran manusia.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com