BERBEZA PENDAPAT DIRAI TETAPI TIDAK TAKSUB

Umat Islam hari ini sebenarnya telah banyak kehilangan harga diri serta maruah disebabkan kita terlalu mempermasalahkan perbezaan di sekitar hal yang mandub (bentuk keagamaan yang sifatnya hanya dianjurkan) dan mubah (harus). Manakala hal-hal yang menjadi kewajipan utama dan tujuan yang lebih besar - banyak yang kita lupakan.

Kita telah mengabaikan prinsip kesatuan umat yang berlandaskan kalimat tauhid. Prinsip di mana kita mengakui Tuhan itu satu, nabinya satu, kitabnya satu, kiblatnya satu, namun hakikat kita tidak pernah mahu bersatu.

Mengenai penghargaan atas perbezaan pendapat, Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,

``Perbezaan pendapat (di kalangan) umatku adalah rahmat.'' (Hadis riwayat al-Baihaqi). Justeru, tidak hairan dalam Islam ada beberapa mazhab dan aliran. Dalam fiqh ada beberapa mazhab yang paling tersohor iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'e dan Hambali. Selain itu ada juga mazhab fiqh lain, meskipun tidak sebesar mazhab yang empat tersebut seperti Zahiri dan Jaafari. Islam bersikap toleransi dalam perbezaan pendapat sejauh ia tidak membawa perpecahan. Al-Quran mengingatkan, ``Dan berpeganglah kamu semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai           '' (Surah al- Imran ayat 103).

Para fukaha sepakat menyatakan bahawa fiqh merupakan hasil ijtihad mereka melalui metod berfikir tertentu. Kerana metod yang mereka gunakan berbeza-beza, maka hasilnya pun berbeza- beza. Setiap fukaha yang melakukan ijtihad akan mendapat pahala, baik hasil ijtihadnya benar ataupun salah. Mereka berpegang pada prinsip ijtihad yang menyatakan bahawa apabila seorang hakim melakukan ijtihad dan hasil ijtihadnya itu benar, maka ia akan mendapat dua pahala, dan apabila hasil ijtihad itu salah, maka ia akan mendapatkan satu pahala. Tidak seorang pun di antara mereka mengetahui apakah hasil ijtihadnya benar ataukah salah. Mereka melakukan ijtihad agar tidak terjadi kekosongan hukum tentang suatu tindakan.

Atas dasar prinsip tersebut, para fukaha menghargai perbezaan pendapat. Tidak ada seorang pun di antara mereka berani menganggap bahawa hukum yang diperolehnya melalui ijtihad adalah hukum Allah, tidak pula menyatakan bahawa hasil pemikirannya sahaja yang benar, sedangkan hasil pemikiran orang lain salah. Bahkan, para khalifah sekalipun tidak bersikap pada peringkat menyalahkan pemikiran orang lain. Para khalifah tidak bersikap fanatik terhadap hasil ijtihadnya sehingga menjadikannya mazhab yang menjadi rujukan orang ramai dalam usaha untuk memecahkan suatu perselisihan.

Abu Bakar As-Siddiq, misalnya mengatakan bahawa apabila pendapatnya benar, maka kebenaran itu atas petunjuk Allah dan apabila salah maka kesalahan itu daripada dirinya dan syaitan. Umar bin Khattab mengatakan: ``Hai manusia sesungguhnya pendapat yang benar itu hanya ada pada Rasulullah s.a.w, kerana Allah s.w.t memperlihatkan kebenaran itu kepadanya. Ada pun pendapat yang kita hasilkan hanya merupakan perkiraan dan usaha sungguh-sungguh. Oleh sebab itu, laksanakanlah apa yang disunahkan Allah s.w.t dan Rasul-Nya, dan janganlah menjadikan pendapat yang keliru sebagai sunah.''

Kesedaran di atas dimiliki oleh para pengasas mazhab. Mereka semua mengatakan bahawa apabila ada hadis atau pendapat yang lebih kuat dan lebih baik dari pendapatnya, maka itulah pendapat yang diikutinya. Kesedaran ini menunjukkan bahawa para imam mahzab menganjurkan kepada para pengikutnya agar membuang hasil pemikirannya apabila mereka menemukan hasil pemikiran yang lebih kuat. Di samping itu, mereka menghendaki lahirnya rasa toleransi antara umat dan menghilangkan sikap fanatisme terhadap sesuatu pendapat.

Perselisihan pendapat tidak dapat dihindari kerana setiap fukaha mempunyai jalan pemikiran masing-masing. Namun para fukaha sepakat menyatakan bahawa al-khuruj min al-khilaf mustahabb (keluar dari perselisihan dianjurkan). Prinsip dalam perbezaan pendapat (khilafiah) baik yang bersumber dari nas al-Quran mahupun hadis berdasarkan atas prinsip umum agama, iaitu memelihara kesatuan dan sikap berhati-hati di dalam agama.

Ulama-ulama salaf memang sering berbeza pendapat, namun mereka hanya berbeza dalam cara pandangan dan fikiran yang tidak mengakibatkan perpecahan. Mereka hanya berikhtiar dan tidak bertafarruq (berpecah). Mereka memahami bahawa mempereratkan ikatan batin lebih utama dan berusaha membersih dan menghilangkan penyakit jiwa dalam diri mereka.

Rasulullah s.a.w menyedari bahawa keabadian umatnya bergantung kepada keeratan ikatan hati masyarakat yang saling kasih-mengasihi kerana Allah. Sedangkan kehancuran dan perpecahan umat Islam berkait rapat dengan keretakan ikatan batin Muslim. Untuk menghindari hal itu, baginda sangat mengharapkan agar umatnya menghindari perselisihan (ikhtilaf) di antara mereka. Dalam hal ini beliau bersabda yang bermaksud: ``Kamu sekalian jangan berselisih (ikhtilaf), sebab perselisihan akan menimbulkan keretakan di dalam hati kamu''. (Hadis riwayat Bukhari).

Nabi sendiri bersikap toleransi dan sedaya upaya cuba mengelak daripada berlakunya perselisihan. Contohnya, pada satu masa Baginda pernah berkeinginan menambah satu lagi pintu kaabah sehingga menjadi dua pintu tetapi keinginan itu disimpan untuk menghindari kontroversi di kalangan para sahabat (maksud hadis riwayat Bukhari).

Demikian juga para sahabat sedapat mungkin berusaha untuk menghindari perbezaan pendapat (ikhtilaf). Sehingga, mereka tidak terlalu banyak mempersoalkan masalah-masalah furu'. Para sahabat berusaha menentukan pendapat berdasarkan petunjuk Rasulullah s.a.w. Dengan demikian, penyelesaian masalah yang timbul tidak harus berasaskan perselisihan, apalagi pertengkaran (munazaat) dan perpecahan (syiqaq).

Berasaskan kepada perspektif ini, sudah sewajarnya segala bentuk perbincangan sama ada digelar dengan halaqah, debat, mujadalah, muzakarah, mabahis dan sebagainya, ia perlu dalam kerangka mengelakkan elemen pergaduhan dan perpecahan. Kita semua tahu bahawa kedua tokoh ini masih muda dan masing-masing mempunyai ramai penyokong. Dengan bekal ilmu dan pengetahuan luas yang mereka miliki, potensi mereka menjadi tokoh Islam di masa hadapan cukup besar.

Justeru, mereka perlu berdiri dan berpendirian yang merentasi ideologi tertentu dan keluar dari kepompong fahaman yang selama ini membelenggu diri mereka kepada penggolongan dalam masyarakat Islam. Sebagai seseorang yang diberi amanah ilmu dan pengetahuan agama yang memadai oleh Allah, jangan sampai terlajak kepada sikap ‘kamu tak tahu ke siapa saya’. Mereka juga perlu menanggalkan ego dan unsur ananiyah dalam diri mereka sekiranya mereka ingin diterima oleh semua kalangan Islam di negara ini. Wallahu a’lam.

Oleh: Mohd Shauki Abd Majid

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com