BERKATA BENAR SEKALIPUN PAHIT DIDENGAR

Oleh: Luqman Hakim

Muawiyah Bin Abu Sufian adalah seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah umat Islam. Dialah tokoh pembesar Arab yang mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyah serta mengubah corak pemerintahan pemerintahan Islam dari berbentuk demokrasi kepada monarki iaitu sistem beraja.

Sebagai seorang raja baginda sangat ditakuti oleh sekalian rakyat jelata. Pada suatu hari sedang Muawiyah Bin Abu Sufian duduk bersemayam di atas takhtanya, dihadap oleh orang-orang besar, maka baginda pun lantas bertanya:

"Wahai pembesar-pembesar sekalian! Beritahukanlah kepadaku siapakah manusia yang paling mulia dari ayah. emak, datuk, ayah saudara dan ibu saudaraku?"

Pertanyaan Muawiyah lantas dijawab oleh seorang pembesar Arab bernama Annuman Al Zirqi. Dengan beraninya dia mengangkat tangan Saiyidina Hassan r.a. cucu Baginda Rasulullah s.a.w. seraya berkata:

"Inilah dia orangnya ya Amirul Mukminin! Bapanya Ali bin Abu Talib, ibunya Fatimah Az-Zahra, datuknya Rasulullah s.a.w., neneknya Khadijah, ayah saudara sebelah ayahnya, Jaafar dan ibu saudara sebelah ayahnya, Ummu Hani binti Abu Talib, ayah saudara sebelah ibunya, Al Kassim, ibu saudaranya dari sebelah ibunya, Zainab. Dialah orangnya yang paling mulia yang tidak ada tolok bandingnya dan dialah orang yang paling utama yang tidak ada timbang taranya."

Demi setelah berkata-kata itu lain-lain pembesar terus memandang Annuman dengan pandangan benci kerana kebanyakan mereka adalah penyokong kuat Muawiyah. Tetapi Annu'man adalah seorang tokoh yang tegas serta berani berkata benar sekalipun pahit bagi Khalifah mendengarkannya. Padahal yang seharusnya dimuliakan ialah Muawiyah kerana ketika itu bagindalah yang menjadi Khalifah bagi seluruh umat Islam. Tetapi oleh kerana Annuman seorang yang beriman ia tetap berkata benar tanpa sedikitpun rasa takut di hadapan seorang Raja yang diakui besar kekuasaannya ketika itu.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com