BIDAAH ZIARAH KUBUR DI HARI RAYA!


SEMEMANGNYA amalan menziarah tanah perkuburan merupakan suatu amalan yang lazim dan menjadi tradisi turun- temurun masyarakat kita.
 
Terutama di musim perayaan Aidilfitri mereka menziarahi tanah perkuburan bagi tujuan berdoa dan menyedekahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka yang pergi lebih awal meninggalkan dunia ini.
 
Sesetengah kelompok tertentu mengecam keras perbuatan atau tradisi membaca al-Quran atau surah Yasin di kalangan umat Islam ketika menziarah tanah perkuburan. Malahan dikatakan bahawa membaca al-Quran atau bertahlil di kuburan merupakan perbuatan bidaah dan sesat.
 
Menurut mereka perbuatan tersebut tidak dianjurkan oleh agama, tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. Perbuatan ini boleh membawa kepada perbuatan syirik yang sangat berbahaya kepada keutuhan tauhid umat Islam.
 
Sedangkan pada hakikatnya dari segi adab menziarahi kuburan kita disunatkan membaca al-Quran seperti surah al-Fatihah, al- Ikhlas, al-Mauzatain atau membaca surah Yasin dan pahala bacaan itu dihadiahkan kepada ahli kubur kata Imam Ahmad r.a.
 
Pahala bacaan tersebut akan sampai kepada ahli kubur. Semakin ramai ahli keluarga yang membaca surah Yasin sudah tentu akan semakin banyak cucuran rahmat yang diberikan kepada orang yang diziarahi.
 
Mereka dianjurkan membaca surah Yasin seperti dikatakan Nabi s.a.w. bermaksud: Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada hari Jumaat dan membacakannya surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan.
 
Satu-satunya amalan yang sangat baik ketika menziarah kubur ialah membaca (sebahagian) al-Quran dan berzikir kepada Allah s.w.t. Banyak ulama yang menegaskan bahawa pembacaan al-Quran itu dapat sampai kepada arwah orang yang telah meninggal dunia.
 
Dalam fadilat surah Yasin, diterangkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam masnadnya oleh Abu Daud, An-Nasai dan disahkan oleh Ibnu Hiban, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Yasin bagi orang-orang yang (akan atau) telah wafat di antara kamu (Muslimin).
 
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian ia membaca al-Fatihah, Qul Huwa llahu Ahad dan Alhakumut takasur, lalu ia berdoa “Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum Mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat. Hadis-hadis inilah dijadikan dalil oleh ulama mengenai dibolehkan membaca al-Quran bagi orang yang telah wafat.
 
Keafiatan
 
Ziarah kubur juga bertujuan berlaku ihsan terhadap penghuni kubur, lebih-lebih lagi kepada roh kedua-dua ibu bapa kita dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, memohon doa agar dilimpahi dengan rahmat, pengampunan dan keafiatan dari Allah s.w.t.
 
Bahawa permohonan doa anak yang soleh itu, yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia akan diterima serta ditulis oleh Allah s.w.t. sebagai anak yang taat kepada ibu bapanya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim yang bermaksud: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.
 
Selain itu, kita juga disunatkan untuk berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon ke hadrat Allah s.w.t. semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, keafiatan dan sebagainya. Inilah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. ke atas kubur anaknya Ibrahim.
 
Ziarah kubur sememangnya disyariatkan bahkan disunahkan. Nabi s.a.w. sering berziarah ke kuburan kaum Muslim dan beristighfar memohon ampun bagi para penderhaka yang menjadi ahli kubur, sebagai bukti bahawa kedatangan Nabi adalah satu rahmat.
 
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut: Rasulullah s.a.w. melewati dua kuburan. Lalu beliau berkata. Kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab Tuhan, meskipun bukan kerana dosa besar.
 
Rasulullah s.a.w. lalu meletakan di atas kedua-dua kuburan itu pelepah kurma yang masih hijau sambil berdoa, Sesungguhnya kedua-dua pelepah kurma itu, insya-Allah, akan meringinkan azab mereka sehingga pelepah itu kering. Dengan berkat kehadiran Rasulullah ke kuburan itu, Tuhan meringankan azabnya.
 
Ziarah juga adalah cara kita untuk mendoakan orang yang telah mendahului kita. Al-Quran mencontohkan doa itu: Tuhanku ampunilah orang-orang yang telah mendahului kami dalam keimanan. (Maksud al-Quran surah Al-Hasyr:10) .
 
Itulah perintah al-Quran agar kita mendoakan orang-orang yang telah lebih dahulu meninggal dunia. Doa itu kita baca ketika berziarah kubur.
 
Menziarahi kubur berserta membaca ayat suci al-Quran sebenarnya dapat melembutkan hati yang keras kerana ketika seseorang menziarahi kubur ia sudah tentu akan teringat dengan firman Allah yang bermaksud: Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. (al-Anbiyaa ayat 35)
 
Begitu juga dalam firman Allah yang lain bermaksud: Setiap makhluk yang ada (di muka bumi ini) pastilah akan binasa dan kekallah zat Tuhanmu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah al-Rahman ayat 26-27).
 
Jika manusia sudah teringat dan menghayati ayat-ayat Allah ini sudah tentu dia akan merasa takut dan akan meninggalkan perbuatan jahat.
 
Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya supaya saling hormat-menghormati sesama manusia, dan tidak terkecuali dengan orang yang telah meninggal dunia.
 
Kerana itulah Islam menganjurkan umatnya supaya menghormati ahli kubur serta menjaga kehormatan persekitaran perkuburan.
 
Amat dikesali sekiranya amalan membaca al-Quran di kuburan yang diamalkan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya ini dikata bidaah (sesat) dan sebagainya.
 
Umat Islam yang pulang kampung hanya sekali setahun sempena perayaan, maka amat digalakkan merebut peluang tersebut untuk menziarahi kuburan ibu bapanya dan secara tidak langsung juga mendidik kepada anak-anaknya (cucunya) dengan amalan kebaikan ketika berziarah kuburan.
 
Catatan : Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com