CONTOH KEMAAFAN YANG MENGKAGUMKAN

Oleh: Luqman Hakim

Semasa zaman pemerintahan Khalifah-khalifah Abbasiyah dulu, ada seorang lelaki yang mempunyai ramai sekali musuhnya. Lelaki itu sering sahaja menjadi buruan musuh-musuhnya saban ketika. Pada suatu hari dengan menyamarkan dirinya agar tidak dikenali orang ia telah cuba berlindung diri di bandar Kufah. Apabila sampai di bandar itu ia telah menjumpai sebuah rumah gedung yang teramat besarnya serta luas pula halamannya. Dengan memberanikan dirinya lelaki itu pun masuk ke dalam rumah besar untuk mencuba menumpang buat sehari-dua.

Setelah masuk ke dalam dan bertemu dengan tuan rumah, lelaki itu pun menyatakan tujuannya datang ke situ iaitu untuk mencari perlindungan. Katanya nyawanya sedang terancam. Tuan rumah itu tanpa panjang bersoal jawab, telah membenarkan lelaki itu tinggal di rumahnya kerana begitu kasihan memandangkan nasibnya. Lelaki itu pun merasa begitu beruntung kerana dapat berlindung di rumah yang besar itu.

Tetapi semasa tinggal disitu lelaki itu merasa begitu hairan melihat gerak-geri tuan rumah tersebut. Ia tidak faham mengapa tuan rumah saban hari sejak pagi lagi keluar rumahnya sambil menunggang kuda. Dia nampaknya seperti hendak mencari sesuatu. Setelah beberapa hari kemudian-nya kerana tidak dapat menahan sabar lelaki itu pun memberanikan dirinya bertanya tuan rumah itu akan sebab mengapa setiap pagi ia keluar rumah.

"Aku sebenarnya hendak mencari seorang lelaki yang telah membunuh ayahku."

Demikian tuan rumah itu memulakan ceritanya, sambil memberitahu lelaki itu akan nama pembunuh yang hendak dicarinya itu. Cuma rupa orang itu sahaja yang tidak begitu diketahuinya. Demi mendengar sahaja kisah tuan rumah itu, lelaki itu lantas berubah air mukanya. Ia kelihatan pucat sekali. Sebenarnya dialah orangnya yang sedang dicari oleh tuan rumah yang telah melindunginya itu. Apakah yang harus dibuatnya sekarang? Patutkah ia merahsiakan atau mengaku sahaja dialah orang yang sedang dicari itu?

Akhirnya lelaki itu berkata:

"Tuan yang budiman! Budi baik tuan yang sangat tinggi ini telah mencegah saya dari merahsiakan tentang diri saya. Sebenarnya sayalah orangnya yang tuan cari itu. Sekarang saya rela untuk menerima apa sahaja hukuman dari tuan. Budi baik tuan besar sekali terhadap saya!"

Demikian lelaki itu membuat pengakuan dengan suara yang agak perlahan. Tuan rumah itu begitu terkejut sekali mendengar pengakuan lelaki yang tidak disangkanya itu. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa orang yang diberi perlindungan di rumahnya itulah pembunuh ayahnya yang disayangi. Maka dengan perasaan yang amat berat tuan rumah itu pun berkata:

"Hai orang yang membunuh ayahku! Sama sekali tidak kusangka kau rupanya yang membunuh ayahku. Kalau tak mengenangkan kejujuran engkau itu sudah tentu akan putus lehermu sekarang juga. Walaupun aku sedia memaafkan kau, tetapi segeralah engkau keluar dari rumahku ini sebelum aku berubah fikiran.

Demikianlah satu contoh yang mulia betapa besarnya sifat pemaaf orang itu terhadap orang yang membunuh ayahnya sendiri.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com