ELAK POLITIK KEBENCIAN

POLITIK perebutan kuasa amat mudah menjerumus umat ke kancah polemik persengketaan. Ulama terkenal Sayyid Muhammad Rashid Ridho dalam kitabnya Al-Kassyaf, turut memperakui fenomena ini apabila menggariskan salah satu daripada empat faktor utama yang melingkari dilema perpecahan umat hingga lahirnya pelbagai firqah atau kelompok dalam Islam adalah terkait dengan isu-isu politik dan perebutan kuasa.

Sama ada sedar mahupun tidak, dunia politik hari ini semakin tercabut nilai-nilai moral dan etika hingga menggejala secara meluas apa yang sering diistilahkan sebagai politik wang, politik ampu, politik fitnah, politik adu domba, politik kuasa dan sebagainya. Penyimpangan budaya politik ini juga sering kali mengheret umat kepada fenomena permusuhan sesama sendiri.

Sebenarnya apabila disebut politik maka tergambarlah seribu satu persepsi yang menganggapi politik dengan segala kekotoran, kejelikan dan keserabutan. Pendangkalan makna politik ini lantas menuntun umat kepada polemik yang tiada berkesudahan.

Di satu pihak, ada yang menolak politik dengan tidak mengendahkannya atau mengambil sikap tidak peduli lantaran kecewa dengan sepak terajang politik yang penuh unsur keji dan nista. Di satu pihak wujud keghairahan dan kerakusan dengan budaya politik yang bukan sekadar dijadikan alat, malah seolah-olah dipertuhankan dengan harapan kuasa dan pangkat boleh dikecapi.

Hakikat

Hakikat yang harus difahami, Islam tidak pernah melarang umatnya berpolitik. Malah politik sebahagian daripada tuntutan agama yang memerlukan umat mentadbir kehidupan selaku khalifah Allah. Cuma berpolitik dalam kerangka Islam tentunya tidak sama dengan pendekatan politik Barat acuan Machiavelli yang menghalalkan apa jua cara demi matlamat pangkat dan kuasa.

Sebab itulah Islam, agama yang bermatlamat membebaskan manusia dari kejahilan dan kejumudan menggariskan pelbagai prinsip dan etika akhlak agar umat tahu batasan halal haram berpolitik. Sebaliknya apa yang sering terjadi mereka melupai perintah dan tuntunan agama, bagaikan membelakangi arahan Allah dalam al-Quran: Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan al-Rasul (al-Sunnah) - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya (al-Nisa:59).

Kealpaan ini juga didorong oleh budaya politik kesukuan atau politik asabiah yang semakin mengakar dalam masyarakat. Asabiah yang dimaksudkan di sini tidak wajar disalah tafsir sebagai penentangan Islam terhadap semangat cintakan sesuatu kaum atau bangsa. Walhal Islam sebagai agama fitrah turut memperakui tabii manusiawi yang tidak dapat lari daripada kecenderungan menyintai kaum kerabat mahupun bangsa sendiri.

Sebab itulah dalam menjelaskan maksud asabiah, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa: Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-asabiah? Sabda baginda: Tidak, sebaliknya asabiah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman (hadis Hasan riwayat Abu Dawud).

Hadis ini seiring dengan prinsip al-Quran yang menjelaskan: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Berlaku adillah (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa (al-Maidah:8).

Penentangan Islam terhadap sikap asabiah yang membela atau menyokong kaum secara membuta-tuli turut dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi s.a.w.: Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jamaah (kesepakatan kaum Muslimin) lalu dia mati, maka dia mati jahiliah. Sesiapa yang berperang di bawah bendera kebutaan dan menyeru kepada asabiah atau marah kerana asabiah maka kematiannya adalah jahiliah (R. Muslim).

Al-Sindi dalam kitabnya Syarh Ibn Majah ketika menjelaskan maksud bendera kebutaan atau istilah rayah immiah dalam hadis di atas ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil.

Dengan kata lain politik asabiah yang ditegah Allah ialah perlampauan dalam mempertahan dan memperjuangkan kepentingan puak hingga membelakangi prinsip keadilan dan kebenaran yang menjadi asas politik Islam. Budaya politik seperti inilah yang sering kali menjerumus umat ke dalam kancah kesesatan dan persengketaan. Bahkan sokongan dan dukungan membuta tuli kepada sesebuah parti politik juga mendorong gejala pelampauan hingga tergamak membakar jambatan ukhuwah sesama umat.

Wujud

Lebih mendukacitakan apabila wujud kelompok yang kononnya memperjuangkan Islam namun sikap dan tindakan lebih menjiwai politik asabiah yang mendoktrinasi pengikut untuk menyokong parti secara membuta tuli. Kerakusan untuk berkuasa lantas mendorong perilaku songsang hingga sanggup mempertaruhkan ayat-ayat suci Allah dengan maksud menjustifikasi tindakan ataupun memburuk-burukkan parti lawan.

Semuanya dilakukan lantaran ketaksuban kepada kuasa hingga tergamak menggadaikan prinsip agama. Justeru sudah tiba masanya umat dijernihkan pemikiran mengenai budaya politik yang akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun. Umat harus dipasakkan dalam pemikiran agar membebaskan diri daripada belenggu budaya politik asabiah yang menyesatkan.

Oleh: Ummu Khadeejah Abdullah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com