HIKMAT BERLAKU SABAR

Oleh: Luqman Hakim

Khalifah Ali Bin Abu Talib r.a. memang terkenal kerana sifat sabarnya yang luar biasa.

Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari pemimpin umat Islam itu telah kehilangan sebuah pakaian perangnya. Tetapi setelah beberapa lama kemudian baginda ternampak pakaian perangnya yang hilang itu dipakai oleh seorang Nasrani. Maka Khalifah Ali pun pergi menegur orang Nasrani itu dengan mengatakan bahawa pakaian yang dipakainya itu adalah kepunyaan baginda. Tetapi Nasrani itu enggan menyerahkannya begitu sahaja kalau tidak di muka hakim. Maka oleh kerana sikap kekerasannya itu Khalifah Ali pun mengajak orang Nasrani itu menghadap Kadi Syuraih, seorang hakim Islam yang terkenal adilnya sejak perlantikannya sebagai hakim di zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab.

Dimuka pengadilan, berkatalah Khalifah Ali, "Tuan Hakim, sesungguhnya pakaian perang itu adalah kepunyaan saya. Saya belum pernah menjualnya dan belum pula memberikannya kepada orang lain.

Maka Kadi Syuraih berkata kepada orang Nasrani itu, "Apakah jawabnya kepada Amirul Mukminin?"

Nasrani itu menjawab, "Tuan Hakim! Pakaian perang ini terang kepunyaan saya, tetapi saya tidak menuduh Amirul Mukminin berdusta."

Lalu Kadi Syuraih pun menoleh kepada Khalifah Ali, "Ya Amirul Mukminin, dapatkah tuan mengemukakan bukti?"

Khalifah Ali tersenyum, lalu kata baginda, "Tuan Hakim benar! Saya tidak dapat mengemukakan satu bukti-pun"

Akhirnya Kadi Syuraih pun mengeluarkan keputusan mahkamah, katanya, "Oleh kerana Amirul Mukminin tidak dapat mengemukakan bukti bahawa barang itu betul milik baginda, maka saya putuskan bahawa barang itu tetap berada di tanganmu wahai saudara, dan engkau boleh bawa barang itu pulang."

Si Nasrani itu keluarlah dari dalam majlis pengadilan dengan membawa pakaian perang yang menjadi perkara itu. Tetapi setelah ia berjalan beberapa langkah menuju pintu. iapun kembali. Ia berkata, "Sekarang saya hendak memberikan kesaksian dalam majlis ini. Hukuman yang dijatuhkan Hakim adalah hukuman sejati dari para Nabi. Amirul Mukminin menuntutku di hadapan Kadinya dan Kadi pun telah menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya, kerana Amirul Mukminin telah mengakui dengan mengakui dengan jujur bahawa baginda tidak dapat mengemukakan suatu bukti. Dan baginda pun menerima keputusan Kadi. Maka sekarang sudilah tuan-tuan mendengarkan: Saya naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Pakaian perang ini, demi Allah, memang engkau yang empunyanya Amirul Mukminin. Saya temukan jatuh dari kenderaan tuan ketika berangkat ke Peperangan Siffin.

Semua yang hadir ketika itu terpesona melihat sikap jujur saudara baru dalam Islam itu. Dan semua mata tertuju kepada Amirul Mukminin. Baginda pun memberikan reaksi, "Kerana engkau telah menjadi seorang muslim, maka pakaian perang itu mulai sekarang engkaulah yang memiliki."

Demikianlah contoh toleransi seorang tokoh agung di kalangan umat Islam.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com