KE ARAH PENGINSTITUSIAN PEMIKIRAN AL-GHAZZALI

Oleh: Dr Amran Muhammad

Era pasca-kebenaran atau pasca-fakta ketika ini yang menyaksikan betapa meluasnya fenomena kebenaran dan fakta dimanipulasikan sesuka-hati tanpa rasa segan-silu bagi memenuhi kepentingan tertentu adalah manifestasi pemikiran Pascamodenisme yang menyanjung kenisbian/relativisme dan keporakperandaan/anarkisme sebagai pegangan hidup. Pemikiran Pascamodenisme yang berpaksikan kepada ontologi yang menafikan hakikat kewujudan yang mutlak; kepada epistemologi yang menolak hakikat kebenaran yang mutlak; dan kepada aksiologi yang menentang hakikat nilai-nilai mulia yang mutlak kini menyerap dalam segenap lapisan kehidupan popular dan elit, remaja dan dewasa, juga politik dan agama. Penyebarluasan teknologi media sosial dan kepesatan agenda globalisasi kapitalis menjadi dua saluran utama yang mengikis sedikit demi sedikit kepekaan/sensitiviti akal-budi dan jiwa-nurani terhadap hakikat kewujudan, kebenaran dan nilai-nilai mulia.

Kehilangan perasaan peka, insaf dan sedar terhadap hakikat kewujudan, kebenaran dan nilai-nilai mulia menandakan akal-budi dan jiwa-nurani insan menuju ke dunia kegelapan sekaligus menempatkan martabat keinsanan mereka ke jurang kebinatangan seperti yang boleh disaksikan pada gambaran dan paparan semasa pada kehendak dan tuntutan kehidupan yang penuh dengan cita-cita materialistik dan hedonistik. Tanpa disedari penghakisan kepekaan terhadap hakikat kewujudan, kebenaran dan nilai-nilai mulia ini sebenarnya juga adalah penghakisan pegangan akidah, tauhid dan keimanan terhadap hakikat-hakikat utama Agama Islam itu sendiri. Hakikat-hakikat asasi yang memandu kefahaman ontologi, epistemologi dan aksiologi umat Islam selama ini dalam menstruktur dan mensistemisasikan kehidupan beragama mereka semakin hari semakin lenyap dari pemikiran dan hilang dalam tindak-tanduk mereka.

Dalam menghadapi kancah krisis dan kemelut anti-kewujudan, anti-kebenaran dan anti-nilai semasa, umat Islam masih beruntung kerana memiliki tradisi para ulama pewaris anbia yang telah memformulasi dan mengartikulasikan naratif akidah, tauhid dan keimanan Islam secara bersepadu lagi menyeluruh dalam menghadapi serangan pemikiran yang dahsyat ketika ini. Hujjatul Islam Imam Al-Ghazzali Rahimallahu Anhu adalah tokoh ulama mujaddid Islam terbukti mewariskan pula kepada umat Islam satu struktur dan sistem pemikiran yang ampuh lagi mapan bagi umat Islam mempertahankan akidah, tauhid dan keimanan mereka dalam menghadapi badai dan gelora pemikiran mutakhir ini. Sukar sekali untuk mencari tokoh ulama yang bukan sahaja berupaya membongkar kesalahan aliran pemikiran yang pelbagai tetapi merubah dan membina semula aliran pemikiran baru yang boleh diguna-pakai dengan selamat oleh umat Islam.

Tidak seperti setengah tokoh-tokoh ulama yang lebih bersifat destruktif tanpa meninggalkan sebarang panduan struktur dan sistem pemikiran akidah, tauhid dan keimanan yang boleh menghadapi dan menangkis segala cabaran mendatang, Imam Al-Ghazzali jelas adalah tokoh ulama konstruktif, pendidik par excellence yang mengemukakan strategi, objektif malah modus-operandi untuk ditekuni dan dihayati oleh umat Islam selepas beliau seperti yang nyata terbentang melalui karya agung beliau Ihya Ulumuddin. Malah banyak lagi kitab-kitab beliau yang kesemuanya menjurus ke arah memandu umat bagi meluruskan struktur dan sistem pemikiran keagamaan mereka dalam menjalani dan menghadapi cabaran kehidupan. Justeru usaha-usaha Penginstitusian Pemikiran Al-Ghazzali di pelbagai peringkat perlu dimulakan dari sekarang dalam kita menghadapi cabaran pemikiran Pacamodenisme yang dicirikan dengan fenomena pasca-kebenaran atau pasca-fakta yang mengenepikan peranan dan hakikat kewujudan, kebenaran dan nilai-nilai mulia dalam kehidupan manusia.

Penginstitusian Pemikiran Imam Al-Ghazzali dalam kehidupan umat ini secara praktikalnya boleh dilaksanakan melalui tiga strategi utama. PERTAMA, Al-GHAZZALI PUBLIK/MASSA – iaitu dengan mempopular atau merakyatkan pemikiran Imam Al-Ghazzali melalui kelas dan kuliah pengajian kitab-kitab yang sering dibaca oleh umat Islam Melayu sebelum ini seperti Ayyuhal Walad, Bidayatul Hidayah, Minhajul Abidin dan Ihya Ulumuddin itu sendiri. Sangat perlu diusahakan di masjid-masjid, surau-surau, atau pejabat-pejabat juga sekolah-sekolah, pengajian umum membahaskan intipati dan tunjuk-ajar Imam Al-Ghazzali mengenai kefahaman dan penghayatan Iman, Islam dan Ihsan sepertimana yang sering dijelaskan dalam kitab-kitab tersebut. Penyebarluasan pemikiran Imam Al-Ghazzali ini sekurang-kurangnya akan memperingatkan umat tentang hakikat dan makna sebenar kewujudan, kebenaran dan nilai-nilai mulia dalam kehidupan mereka.

KEDUA, AL-GHAZZALI STRATEGIK/POLITIK – iaitu dengan membina dan mengembangkan naratif nasional malah global berdasarkan pemikiran Psikologi, Etika dan Politik yang banyak dihasilkan oleh Imam Al-Ghazzali untuk dihadamkan oleh para mahasiswa institusi pengajian tinggi, penjawat-penjawat awam, para ahli politik dan pimpinan komuniti dan NGO. Melalui kefahaman Psikologi tentang hakikat dan sifat insan, makna dan peranan hati, pembersihan jiwa; kefahaman Etika tentang penghayatan sifat-sifat mahmudah dan pembuangan sifat-sifat mazmumah; kefahaman Politik tentang kepentingan iman, ilmu dan amanah kepada para pemimpin; kesemuanyanya ini akan membina satu kefahaman terhadap naratif politik yang lebih sihat, bertanggungjawab dan bertakwa sepertimana yang didambakan umat selama ini.

KETIGA, AL-GHAZZALI ANALITIK/AKADEMIK – iaitu dengan melaksanakan kajian dan penyelidikan ilmiah berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa mengenai peranan dan sumbangan Imam Al-Ghazzali dalam bidang ontologi – hakikat kewujudan, bidang epistemology- hakikat kebenaran, dan aksiologi – hakikat nilai-nilai mulia yang sangat diperlukan bagi menangani dominasi Pascamodenisme yang anti-kewujudan, anti-kebenaran dan anti-nilai-nilai mulia yang sedang meresap masuk dalam pelbagai disiplin ilmu semasa. Dunia keilmuan dan disiplin-disiplin ilmu semasa termasuk bidang sains fizikal, bidang sains sosial malah bidang agama juga sedang menghadapi krisis epistemologi yang teruk. Dengan dominasi era positivism modenisme yang anti-metafizik, anti-agama dan anti-nilai yang masih berleluasa ditambah pula dengan kemunculan era pascamodenisme serba relatif dan anarkis ini maka sudah tiba masanya penghasilan ilmiah Imam Al-Ghazzali dikemukkan bagi menjawab sebahagian besar dari krisis keilmuan semasa.

Usaha-usaha Penginstitusian Pemikiran Imam Al-Ghazzali bukanlah inisiatif syok sendiri, nostalgik, romantik yang tiada asas ilmiah dan amaliyyahnya. Sekiranya kita mendapati terdapat alternatif lain penstrukturan dan sistemsasi kefahaman dan penghayatan agama Islam yang lebih baik maka boleh sahaja umat Islam menurutinya. Akan tetapi sehingga ke hari ini disebalik pelbagai kritikan, tohmahan dan fitnah terhadap Imam Al-Ghazzali, hasil ijtihad dan jihad ilmu beliau membina struktur dan sistem kefahaman dan penghayatan agama Islam dari dimensi Iman, Islam dan Ihsan masih belum boleh ditandingi oleh mana-mana sarjana Islam dahulu apatah lagi sekarang. Justeru mengapa tidak ulama dan umat Islam semasa akur dan merendahkan diri serta berusaha untuk menawarkan khidmat menginstitusikan pemikiran Hujjatul Islam Imam Al-Ghazzali RA demi ketahanan, kelangsungan dan keterlestarian Islam pada Abad ke 21 ini.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com