MELESTARIKAN SEMANGAT MUSYAWARAH

Oleh: Mohd Shauki Abd Majid

Negara Islam adalah negara musyawarah, negara kedaulatan rakyat. Kedaulatan tertinggi bukan terletak pada perintah seseorang tetapi kedaulatan itu tersimpul dalam permusyawaratan. Kebaikan serta keutuhan sesebuah negara serta pemerintahannya tidak sekadar dipertanggungjawabkan ke atas pemimpin tertinggi saja, tetapi harus sama-sama dipikul oleh semua pihak

Keberhasilan serta kejayaan umat itu merupakan hasil daripada perpaduan dan kekuatan; yang memimpin dan yang dipimpin Yang berdaulat dengan sendirinya hanyalah Tuhan semata-mata, tunggal tanpa ada duanya. Sehubungan dengan ini Allah SWT berfirman dalam surah Al-Imran ayat 159 yang bermaksud:

”Maka dengan sebab rahmat(yang melimpah-limpah)dari Allah (kepada-mu Wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu),dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu),dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyurat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

Ayat diatas ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW agar memusyawarahkan persoalan-persoalan tertentu dengan sahabat atau anggota masyarakatnya. Pada hakikatnya ayat ini juga merupakan petunjuk kepada setiap muslim, khususnya pada setiap pemimpin agar bermusyawarah dengan anggotanya. Inilah petunjuk yang diisyaratkan Al-Quran mengenai beberapa sikap yang harus dilakukan seseorang itu bagi menjayakan musyawarah.

Pertama, apa yang harus dilakukan dalam musyawarah ini ialah kebulatan tekad untuk melaksanakan apa yang telah ditetapkan dalam musyawarah tersebut. Demikian juga seseorang yang melakukan musyawarah, apalagi sebagai pemimpin, harus menghindari tutur kata yang kasar serta sikap keras kepala. Setiap pemimpin harus berlembut kalau tidak musyawarah akan berakhir dengan kegagalan.

Kedua, memberi maaf dan membuka lembaran baru. Dalam ayat diatas disebutkan sebagai Fa’fu anhum (maafkan mereka). Maaf, secara harfiah bererti “menghapus”. Memaafkan adalah menghapuskan bekas luka dihati akibat perlakuan pihak lain yang dinilai tidak wajar. Ini perlu, kerana tiada musyawarah tanpa pihak lain, sedangkan kecerahan fikiran hanya hadir bersamaan dengan sirnanya kekeruhan hati.

Orang yang bermusyawarah juga harus bersedia dari segi mental dan berlapang dada bersedia memberi maaf. Ini kerana mungkin ketika bermusyawarah terjadi perbezaan pendapat, atau keluar kalimat-kalimat yang menghiris perasaan seseorang itu. Dan bila perkara ini masuk ke dalam hati akan mengeruhkan fkiran, bahkan boleh jadi akan mengubah musyawarah berubah menjadi pertengkaran atau perdebatan yang tidak berkesudahan.

Demikian juga untuk mencapai hasil yang terbaik ketika musyawarah, hubungan dengan Tuhan juga harus harmonis. Itu sebabnya perkara seterusnya yang harus mengiringi musyawarah adalah permohonan maghfirah dan ampunan Ilahi, sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah SWT surah Al-Imran ayat 159 diatas.

Jelas musyawarah diperintahkan oleh Al-Quran, serta dinilai sebagai salah satu prinsip hukum dan politik untuk umat Islam. Sikap Al-Quran seperti itu memberikan kesempatan kepada setiap masyarakat untuk menyesuaikan sistem syuranya dengan keperibadian, kebudayaan dan situasi sosialnya.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com