PEMIMPIN YANG MEMBELA ORANG TERZALIMI

Bagi Khalifah Umar bin Abdul Aziz, membela orang yang terzalimi bukanlah hanya kata-kata manis di awal tempoh kepemimpinannya, sekadar janji manis kempen untuk meraih simpati. Sebaliknya, beliau betul-betul menyatakan sokongannya kepada orang-orang yang dizalimi.

Suatu ketika, Umar sedang berjalan di Pasar Hams. Tiba-tiba, seorang lelaki dengan keringat bercucuran mendatanginya dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin, bukankah engkau telah memerintahkan siapa saja yang merasa terzalimi agar mendatangimu?."

"Ya," jawab Umar.

"Aku telah mendatangimu dari tempat tinggalku yang amat jauh dari sini."

"Dimana keluargamu?." tanya Umar lagi.

"Mereka jauh di sana," jawab orang itu.

"Demi Allah, keluargamu adalah keluarga Umar juga meskipun mereka jauh," Tegas Umar.

Umar kemudian turun dari kuda tunggangannya. la pun bertanya lagi kepada orang yang hendak melapor itu: "Kezaliman apa yang telah menimpa diri dan keluargamu?."

Orang itu menjawab, "Sawah ladangku diambil alih oleh seseorang, bahkan ia merampasnya dariku. Aku pun menulis surat kepada Urwah bin Muhammad (ketua wilayah) agar ia meminta penjelasan dari orang itu. Jika ia mengatakan bahwa sawahku itu tetap milikku, seharusnya ia membayar kepadaku dan sang ketua wilayah harus mengesahkan surat pengakuannya."

Umar segera mengambil tindakan susulan terhadap pengakuan orang yang merasa terzalimi itu. Namun, sebelum usahanya berhasil, Umar bertanya pada orang itu, "Engkau datang kepadaku dari daerah yang jauh, berapa perbelanjaan yang telah engkau habiskan untuk menempuh perjalanan ini?."

"Aku hanya mempunyai pakaian usang ini," jawab orang itu.

Maka, pakaian itu pun dijual dan hasil penjualannya diberikan kepadanya sehingga orang itu kembali ke kampungnya tanpa mengalami kerugian. Juga apa yang menjadi haknya dikembalikan sebagaimana mestinya.

Dari kisah di atas, pelajaran yang dapat kita ambil adalah:

1. Pemimpin yang baik tidak hanya membuka dan menerima pengaduan, tapi juga segera mengambil tindakan susulan dengan penyelesaian secepat mungkin.

2. Apabila rakyat dizalimi dan mengalami kerugian, maka menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggantikan semula kerugian tersebut.

Oleh: Drs. H. Ahmad Yani

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com