PEMIMPIN YANG RENDAH HATI

Pemimpin yang rendah hati atau tawadhu merupakan hal yang amat didambakan oleh masyarakat. Sangat berbahaya pemimpin yang takabur atau sombong bagi kehidupan suatu masyarakat. Salah satu dampak negatifnya adalah sang pemimpin menjadi tidak suka kepada nasihat, input dan cadangan, apalagi bila dikritik.

Umar bin Abdul Aziz adalah contoh pemimpin yang rendah hati. Suatu ketika, menteri beliau, yang bernama Raja' bin Haiwah, bermalam di rumah beliau. Raja' berkata: "Ketika kami sedang asyik berbicara, tiba-tiba lampu menjadi rosak dan nyala apinya tidak baik. Aku terus berdiri dengan maksud memperbaiki lampu itu, namun beliau mencegahku dan menyuruhku duduk kembali. Kemudian, beliau sendiri yang memperbaiki lampu itu sampai baik seperti semula, dan setelah itu beliau pun duduk pula kembali. Kemudian ia berkata, 'Aku berdiri, aku adalah seorang Umar Bin Abdul Aziz, dan aku duduk pun seorang Umar bin Abdul Aziz juga." (Maksudnya, hal itu sama saja tidak akan mengurangi martabatnya memperbaiki lampu itu dengan sendirinya saja). Selanjutnya, beliau berkata, 'Tidaklah sopan orang yang membuat tamunya sebagai pelayan."

Suatu ketika, Umar bin Abdul Aziz meminta pelayannya untuk mengipasnya. "Kipasilah aku sampai aku tertidur." Pelayannya itu pun mengipaskannya sampai beliau tertidur. Namun, ketika sedang mengipas Umar, ternyata pelayannya itu pun ikut mengantuk dan sampai tertidur pula. Tatkala Umar terbangun, dilihatnya pelayannya itu nyenyak tidur. Maka, diambilnya kipas itu lalu ia yang balik mengipas pelayannya itu. Saat pelayannya terbangun, ia melihat Amirul Mukminin mengipas dirinya yang membuatnya menjadi amat terkejut. la pun menjadi malu dan takut. la menjerit. Melihat hal itu, Umar memujuk pelayannya itu dengan berkata, "Jangan engkau takut, engkau adalah manusia yang sama juga dengan aku. Engkau merasa kepanasan sebagaimana juga halnya aku. Kerananya, aku ingin mengipasmu, sebagaimana engkau telah pula mengipasku tadi."

Pada suatu ketika, setelah beliau baru saja diangkat menjadi khalifah, ia datang ke masjid dengan pengawal peribadinya. Di masjid, ia kebetulan berjalan ke tempat yang agak gelap. Tiba-tiba, kakinya tersandung kaki seorang lelaki yang sedang tidur. Lelaki itu rupanya agak marah dan tidak tahu bahwa yang menyenggolnya itu adalah seorang khalifah. "Apakah engkau gila?" kata orang itu, yang dijawab oleh Umar, "Tidak!"

Mendengar khalifah dikatakan gila oleh lelaki itu, maka pengawal Khalifah menjadi marah dan bergerak untuk memukul orang itu. Akan tetapi, Umar mencegahnya. Beliau malah berkata seraya meminta sabar para pengawalnya, "Orang itu tidak berbuat apa-apa. Dia cuma bertanya, 'apakah engkau gila?' Maka, aku menjawab dengan, 'Tidak!"

Dari kisah di atas, pelajaran yang dapat kita ambil adalah:

1. Tawadhu atau rendah hati bagi seorang pemimpin membuat ia tidak merasa menjadi manusia yang istimewa kerana jawatan kepemimpinannya.

2. Pemimpin yang tidak sombong membuatnya boleh menghormati, menghargai dan memperlakukan rakyatnya dengan baik sebagaimana ia memperlakukan dirinya sendiri.

Oleh: Drs. H. Ahmad Yani

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com