POLITIK ASABIYYAH MENBAKAR UKHWAH


Secara harfiah asabiyah bererti perpaduan atau fanatisme kesukuan atau kepuakan secara membuta tuli.

Fanatisme ini melahirkan sikap pembelaan secara mati-matian terhadap segala hal yang dianggap sebagai milik sukunya sendiri terutama berkaitan dengan nilai, tradisi, harta benda dan kekuasaan.

Dalam istilah sosiologi, ia turut dikenali dengan konsep etnocentrisme dan culturcentrisme. Istilah etnocentrisme membawa konsep bahawa suku kaum atau bangsa mereka sahajalah yang terbaik manakala bangsa atau kaum lain mestilah dipandang remeh, jijik dan penuh kelemahan.

Fahaman ini mengingatkan kita kepada konsep bangsa pilihan, yang kini menjadi amalan dan pegangan kuat kelompok Yahudi yang memperjuangkan faham zionisme, iaitu kelompok yang mendokong kelahiran negara Israel.

Fahaman etnik membawa kepada konsep rasis atau perkauman. Konsep ini telah diakui sebagai suatu bentuk yang boleh menyebabkan konflik, ketegangan dan seterusnya peperangan.

Ini dapat dilihat pada zaman perluasan agama Kristian, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Protestan tidak boleh menerima mereka dalam kelompok Katholik. Kedua-dua kumpulan pecahan ini sering bergaduh, berperang dan berbunuhan meskipun mereka daripada asas agama yang sama, iaitu yang diajarkan oleh Nabi Isa a.s dari Nazareth.

Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab pagan sering bertelagah sesama sendiri kerana kehidupan mereka adalah berasaskan keturunan dan nasab keluarga. Mereka hidup secara berkabilah dan setiap kabilah mempunyai norma kumpulannya yang tersendiri, yang wajib dipatuhi tanpa soal.

Keadaan ini turut dikembangkan dalam konteks politik moden apabila kita meneliti perilaku penyokong, pengikut dan pemimpin sesetengah parti politik.

Walaupun tokoh politik yang mereka puja itu terlalu banyak kelemahan, namun beliau tetap dianggap `superhebat’ dan `superkuat’.

Inilah yang dilihat sebagai politik jumud dan ketaksuban melulu, menyamai konsep asabiyah dalam kamus politik Islam.
Kepercayaan dan keyakinan itu membawa tafsiran tentang ketaksuban penyokong terhadap pemimpin sehingga orang lain tidak penting. Sikap itu menyebabkan nilai-nilai asabiyah semakin kental dan dipertahankan kerana sesiapa sahaja yang mungkin berbeza pandangan dan berseberangan pendapat, akan berhadapan kemungkinan disingkirkan.

Menurut pemahaman perkataan asabiyah, sebagaimana diterangkan dalam sebuah hadis: “Bukan termasuk umatku bagi sesiapa yang menyerukan kepada asabiyah" (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis ini menjelaskan, sesiapa sahaja yang mengajak berkumpul atau bersekongkol dalam kerangka asabiyah, maka sama ertinya menolong orang yang zalim. Rasulullah SAW memberikan pengertian dengan jelas apabila ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’: Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-asabiyyah? Sabda baginda: “Tidak, sebaliknya asabiyah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Hadis Hasan riwayat Abu Daud).

Budaya politik asabiyah seperti inilah yang seringkali menjerumus umat ke dalam kancah kesesatan dan persengketaan. Bahkan sokongan dan dukungan membuta-tuli kepada sesebuah parti politik jugalah yang mendorong mereka menjadi pelampau hingga tergamak membakar jambatan ukhuwah sesama umat Islam.

Catatan : Wahida bt Zakaria

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com