TEGUHKAN HATI, BERSIHKAN WAJAH

Oleh: Ibnu Majid

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.” - [Surah Hud, ayat 120] Ayat 120 dalam Surah Hud membawa pengajaran penting, yang harus diperhati oleh setiap muslim.

Berita atau khabar besar dalam Al-Qur’an bukanlah untuk dibaca sahaja, sebaliknya perlu ada tindakan aktif oleh pembacanya – sama ada seseorang itu wajib berhenti melakukan dosa dan larangan Allah, atau perlu melaksanakan perintah Allah SWT sebaik mungkin. Kisah Nubuwwah yang terkandung di dalam Surah Hud juga sentiasa relevan dengan keadaan masyarakat semasa.

Apa yang terjadi zaman dahulu, masih lagi terjadi pada zaman sekarang. Orang Islam tidak boleh melihat kisah Nabi Nuh AS sebagai hanya kisah sejarah sahaja, tetapi wajib ambil pengajaran daripada kisah baginda ini.

Dengan setiap kisah-kisah itu, Allah SWT teguhkan hati orang-orang yang mahu mengambil pengajaran darinya. Maka tujuan kisah-kisah itu disampaikan kepada manusia untuk meneguhkan hati. Mengapa harus teguhkan hati dan bukan tubuh badan? Ia kerana menjalankan

kerja-kerja dakwah memerlukan hati yang teguh dan kental. Ia bukan bidang bagi orang yang lemah jiwanya. Hati seseorang jugalah yang menerima kalimat kebenaran, memberi respon kepada peringatan Allah SWT, serta tunduk kepada keagungan nasihat yang terkandung dalam Al-Quran. “Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati) mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. - [Surah Al-Isra’, ayat 74]

Seandainya bukan kerana Allah SWT, maka tidak ada seorang pun yang teguh pendiriannya di atas Islam serta jalan dakwah yang dipenuhi ujian ini, dan sudah tentulah manusia tidak bersabar terhadap tuntutan kebenaran dan risalah sebesar apapun kemampuan dan kekuatannya. Demikian doa Nabi SAW yang bermaksud; “Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu.” - [HR at-Tirmidzi No.3522, Ahmad VI/302, 315 dan al-Hakim I/525]

Justeru kita mempelajari daripada kisah nubuwwah dan mengambil semangat mereka, untuk teguhkan hati dalam berdakwah. Kisah-kisah ini telah memberi semangat kepada Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, maka setiap muslim seharusnya mempunyai semangat yang tinggi.

Di dalam kisah-kisah Nabi itu juga ada peringatan. Peringatan adalah kepada perkara yang kita sudah tahu, tetapi diingatkan selalu oleh kerana perangai manusia yang sering terlupa. Al-Qur’an perlu dibaca selalu, dan difahami kisah-kisahnya, supaya dapat menjadi peringatan di dalam hidup setiap muslim. Kisah-kisah di dalam Al-Quran mampu menjadi pengajaran dan peringatan

kepada setiap orang, tetapi yang mengambil manfaat daripadanya adalah orang-orang beriman sahaja. Hanya mereka yang mahu mencari kebenaran dan kerana itu mereka boleh beroleh kebaikan daripada kisah-kisah itu.

Pada hari kiamat ketika seluruh manusia dibangkitkan dari kematian mereka akan membasuh wajah mereka sebagaimana kebiasaan orang yang bangun tidur membasuh wajahnya. Mereka yang hanya tergores sedikit kesalahan jiwanya dapat kembali disucikan, namun mereka yang telah menghitamkan jiwanya akan semakin berada di palung kegelapan.

Jangan biarkan kegelapan cinta dan dunia fana memperdaya diri, sebagaimana tipu daya penjual dan penimbangnya. Sedarlah dan hilangkan warna gelap dari wajah sendiri. Jangan dibiarkan kegelapan warna beradu dengan warna asli wajah kita, hingga menjadi warna yang sama. Segeralah bersihkan wajah dari kegelapan yang menyesatkan itu.

Sesungguhnya di hari kiamat nanti, seorang hamba tidak dapat melarikan diri dari peradilan sehingga menjawab tiga pertanyaan. Pertama, bagaimana engkau menghabiskan umurmu yang berharga? Kedua, bagaimana engkau melewati masa mudamu? Ketiga, dari mana engkau peroleh dan untuk apa kau belanjakan hartamu?

“Pada hari dilihatkan segala rahsia.” - [Surah At-Taariq, ayat 9] Sememangnya seorang manusia itu banyak rahsia. Banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin, persatuan, parti politik, dan sebagainya, dirahsiakan daripada orang awam. Kadangkala rahsia itu terbongkar di dunia, dan memberi kejutan kepada masyarakat di luar.

Namun ada rahsia yang ditutup oleh Allah SWT di bumi, tetapi akhirnya akan terbongkar juga di akhirat nanti. Inilah bentuk hukuman Allah yang paling dahsyat, kerana orang itu tidak diberi peluang untuk bertaubat di dunia, dan balasan kepadanya di akhirat adalah sangat pedih. Keselamatan di dunia tidak menjaminkan keselesaan di akhirat kelak.

Sekularisme telah mempengaruhi masyarakat untuk melihat politik atau kepimpinan semata-mata ruang untuk mendapat habuan dunia, bukan untuk memikul tanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat kepada kesejahteraan dan barakah. Setelah sekian lama, sampai masa untuk setiap muslim bermuhasabah. Bukan sahaja pemimpin, malah rakyat jelata juga tidak terlepas daripada hisab di akhirat. Kembalilah kepada prinsip Islam dalam memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin yang tidak mengejar kedudukan untuk bersenang-lenang, tetapi atas rasa tanggungjawab kepada Allah dan sesama manusia.

Saidina Umar ketika diminta untuk menggantikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq, telah menghunus pedang dengan berkata; “Kalau aku bengkok, luruskan aku dengan pedang dan jika kamu bengkok, aku juga akan meluruskan kamu dengan pedang ini.”

Hayati sabda Nabi SAW berkaitan kelebihan dan ancaman kepada pemimpin yang bermaksud; “Tidaklah seseorang diamanahkan memimpin sesuatu kaum kemudian dia meninggal dalam keadaan berkhianat terhadap rakyatnya, maka diharamkan baginya Syurga.” - (HR Bukhari dan Muslim)

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com