ZIHAR DOSA LIDAH YANG MEMBAWA KIFARAH BERAT

Oleh: Hashim Hj Ahmad

ZIHAR adalah satu perkataan Arab yang pada syaraknya bererti: Si suami menyerupakan isterinya dengan ibunya iaitu orang yang diharamkan berkahwin dengannya oleh syarak.

Dengan lain perkataan, Zihar merupakan perkataan suami yang menyatakan bahawa anggota badan isterinya itu menyerupai anggota tubuh ibunya (si suami). Anggota tubuh yang dimaksudkan di sini ialah anggota yang mendatangkan syahwat (seks) si suami seperti anggota punggung, susu, paha, leher dan lain-lain.

Antara kenyataan-kenyataan si suami kepada si isteri yang boleh dijadikan contoh Zihar ialah: susu mu serupa susu ibu ku, punggung engkau pada penglihatan ku adalah bagai punggung ibu ku.

Dalam zaman jahilliah atau zaman sebelum datangnya peraturan dan syariat Islam, orang yang berkata kepada isterinya seperti perkataan yang dinyatakan di atas bererti ia telah bercerai atau bertalak dengan isterinya.

Oleh itu Zihar dalam zaman jahilliah dapat disifatkan sebagai talak yang paling keras dan cara yang paling kasar serta kata putus yang paling tegas untuk melepaskan perempuan yang menjadi isteri seseorang.

Keadaan seperti ini masih diikuti dan masih dipegang oleh kaum Muslimin di Madinah khususnya di awal penyebaran Islam bilamana hukum yang dibicarakan belum diterima oleh Nabi Muhammad SAW.

Hukum yang jelas mengenai Zihar ini dinyatakan dalam Surah Al Mujadallah Ayat 1 hingga 5. Dan diturunkan hukum ini adalah ekoran berlakunya peristiwa Zihar ke atas seorang perempuan yang bernama Khaulah binti Tsaklabah. Khaulah telah datang menemui Rasulullah dan mengadukan nasibnya telah di ziharkan oleh suaminya iaitu: Aus bin Shamil.

Khaulah dan Aus berkahwin sepupu dan mereka hidup dalam keadaan aman dan bahagia sebagai suami isteri. Walau pun sudah lebih sepuluh tahun mereka berkahwin, cinta mereka tidak pernah berkurang.

Pada suatu hari Aus pulang tetapi tidak menemui isterinya di rumah. Ini menimbulkan perasaan cemburu di hati Aus. Ia menunggu saja di pintu rumah sampai isterinya pulang. Apabila Khaulah pulang, Aus bertanya dari mana ia datang dan mengapa ia keluar tanpa mendapat izin darinya (Aus). Khaulah menyahut bahawa ia mengunjungi ibunya. Sebab itu ia (Khaulah) kira tidak perlu meminta izin dari Aus.

Keadaan ini tidak selesai setakat itu. Api cemburu Aus terus membara. Pertengkaran antara keduanya berlanjutan dan suasana berubah menjadi suasana yang menyakitkan hati.

Aus tidak senang menerima jawapan dan perlakuan yang seperti itu daripada isterinya dan lantaran terlalu sakit hati, Aus lantas berkata: Kau haram bagiku kerana kau tak ubah seperti punggung ibuku.

Khaulah tersentak dengan ucapan dari suaminya. Air matanya berderai-derai gugur ke bumi. Dengan hati yang sedih dan sayu, Khaulah tidak sedikit pun menyangka yang mala petaka seperti itu akan menimpanya.

Untuk memecahkan masalah yang dihadapinya, Khaulah terus menemui Rasulullah dan menyatakan bahawa ia telah diziharkan oleh suaminya, Aus bin Shamit.

Antara lain Khaulah menyatakan:-`Ya Rasulullah ! Harta bendaku telah habis dimakan. Maduku telah luntur dalam pelukannya. Telah kempis perut ku kerana himpitannya. Sekarang setelah aku kelihatan tua dan kering peranakanku, dia serupakan pinggungku dengan punggung ibunya.’

Setelah mendengar keluhan itu, Rasulullah menyatakan bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa kerana wahyu mengenai kejadian seperti ini belum diterima oleh baginda.

Mendengar jawapan dari Rasulullah itu, Khaulah seolah-olah telah hilang akal. Ia merasa bahawa Allah sudah tidak mengizinkan ia kembali kepada suaminya dan anak-anaknya lagi.

Akhirnya Khaulah mengadahkan mukanya ke langit dan dengan linangan air mata lalu berdoa: `Ya Allah ! Tuhan yang memberi rahmat kepada setiap manusia, yang menurun wahyu, yang memberi jalan keluar dari kesulitan. Berilah jalan keluar dari kesulitan ku ini. Lepaskanlah kesedihan yang ada dalam hati ini dan turunkan wahyu Mu kepada nabi Mu untuk mengatasi persoalan ku ini, wahai Yang Pengasih dan Penyayang.’

Namun demikian, Rasulullah terus termenung kerana belum ada peraturan baru yang diterima mengenai hal itu. Khaulah pula mula melangkah untuk kembali ke rumahnya dengan muka yang penuh dukacita.

Tiba-tiba Nabi kelihatan hening tanda baginda telah menerima wahyu. Kemudian baginda membaca ayat-ayat suci seperti mana yang terdapat Al Quran Surah Al Mujadallah Ayat 1 hingga 5.

Ayat-ayat tersebut menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas orang yang menzihar – menyatakan bahawa isterinya itu menyerupai ibunya. Surah Al Mujadallah itu antara lain menyatakan bahawa orang yang menziharkan isterinya dengan tidak menggugurkan talaknya pada masa ia bercakap itu, maka perempuan itu masih lagi dalam miliknya tetapi haram ia bersetubuh dengannya melainkan suami wajib terlebih dahulu membayar Kifarah (denda) seperti berikut:-

  1. Hendaklah ia memerdekakan hamba sahaya yang mukmin, lelaki atau
  2. Sekiranya ia tidak dapat menyempurnakan kifarah yang pertama kerana tiada mampu atau dia mampu tetapi tiada didapati hamba abdi di negerinya atau ada tetapi harganya mahal maka hendaklah dia berpuasa 60 hari berturut-turut tanpa berselang.
  3. Jika dia tiada kuasa berpuasa 60 hari maka hendaklah ia memberi makan 60 orang fakir miskin. Sekiranya ia tiada kuasa membayar semuanya, bolehlah dibayar dengan beransur-ansur.

Mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh Rasulullah itu, Khaulah berlari menemui suaminya untuk memberitahu tentang wahyu yang didengarnya itu. Ini menyebabkan Aus datang menemui Rasulullah untuk mendengar sendiri hukuman yang dimaksudkan.

Dari peristiwa yang berlaku ke atas Aus suami isteri itu, maka dapatlah dikatakan bahawa Zihar adalah satu perbuatan yang mungkar. Ianya dikenakan kifarah (denda) yang besar demi untuk mengelak terganggunya kemesraan dan kasih sayang kepada ibu.

Sedar akan peri bahayanya zihar ini, maka para suami seharusnya berhati-hati dalam mengucapkan ungkapan gurauan kepada isteri masing-masing agar ia tidak terjerumus   ke dalam lubuk kifarah yang berat untuk disempurnakan itu.

 

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com