ABU YAZID AL BUSTAMI

Ada seorang sufi yang terkenal dengan ucapannya yang luar biasa tentang fahaman ittihad. Sufi tersebut bernama Abu Yazid bin Isa bin Surusyan al- Bustami.

Beliau lahir di Bistam, di bahagian utara Iran. Tahun kelahiran dan masa kecil al-Bustami tidak banyak di ketahui, kecuali beliau berasal dari keluarga terhormat dan terpelajar. Ayahnya, Isa bin Surusyan adalah pemimpin masyarakat di Bistam.

Ibunya dikenal sebagai seorang yang zahid (meninggalkan keduniaan) dan al- Bustami sangat patuh kepadanya. Datuknya seorang penganut agama Majusi yang kemudiannya memeluk Islam.

Al-Bustami mengenal tasawuf daripada seorang India, Abu Ali al- Sindi yang mengajarnya ajaran al-fana’ fi ai-tauhid (tenggelam dalam tauhid). Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Al-Bustami meninggal dunia pada 261H/ 875 M di Bistam, Iran.

DIHORMATI PARA SUFI

Meskipun ucapannya kadangkala dianggap tidak biasa dan kafir, ajaran al- Bustami banyak dikaji dan disebarkan oleh para sufi lain. Fahamannya dijadikan rujukan dan beliau dihormati guru sufi. Nama Abu Yazid sering dikaitkan dalam salasilah (garis kerohanian ) guru sufi dalam banyak tarekat.

Seorang sufi terkenal, al-Junid, pernah menterjemahkan ucapan al-Bustami ke dalam bahasa Arab yang disertai ulasan dalam kitab al-Luma’al-Sarraja melalui seorang murid yang juga anak saudara al- Bustami, iaitu Abu Musa Isa bin Adam.

Pengalaman rohani al-Bustami dikumpulkan, disimpan dan disebarkan oleh muridnya kerana beliau tidak meninggalkan suatu karya pun.

Menurut pandangan sufi, kata-kata yang diucapkan al-Bustami bukanlah kata-kata yang keluar daripada diri sendiri tetapi daripada Allah s.w.t melalui pertuturan al-Bustami ketika beliau sedang dalam keadaan ittihad.

MENERIMA KECAMAN

Ajaran al-Bustami mendapat kecaman sejumlah ulama. Bagi mereka, ajaran al-Bustami tentang ittihad merupakan ajaran yang sesat dan menyimpang daripada syariat dan akidah.

Mereka menganggap ucapan al-Bustami sebagai cercaan terhadap Tuhan. Antara ucapannya adalah: “Sesungguhnya aku adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain aku. Maka sembahlah aku.”

Ucapan ini secara harfiah bererti al-Bustami ialah Tuhan, sehinggalah beliau dianggap kafir. Meskipun mendapat kecaman, tasawuf al- Bustami kemudian dikembangkan oleh pengikutnya dengan membentuk satu aliran terekat bernama Taifuriyah.

PEMBELAAN

Menurut tafsiran yang membela al- Bustami, ucapan aneh al-Bustami ketika mencapai tingkat ittihad adalah pengalaman rohaninya yang diliputi perasaan bahawa dirinya bersatu dengan Tuhan.

Dalam ittihad, yang dirasakan hanyalah satu kewujudan yang berbeza, iaitu sufi dan Tuhan Pada peringkat ini, sufi tidak sedarkan dirinya dan segala sesuatu selain Tuhan, Fahaman ini tetap mempertahankan perbezaan di antara Tuhan dengan manusia.

 Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com