ADIL

Salah satu sifat yang harus dimilik setiap orang untuk dapat menegakkan kebenaran adalah sifat adil. Kata adil banyak disebut dalam al-Quran dengan pelbagai pengertian dan konteks, seperti seimbang (Q.82: 7), Benar (Q.2: 282) dan tebusan (Q.6: 70). Keadilan memang merupakan doktrin pusat dalam teologi Islam.

Dalam bahasa Arab, pengertian keadilan dibezakan menjadi dua istilah. Iaitu al- adl dan al- idl. Al-adl adalah keadilan yang ukurannya didasarkan pada gerak hati atau rasional, sementara al-idl adalah keadilan yang pada gerak hati atau rasional, sementara al- idl adalah keadilan yang dapat diukur secara jasmani, yang dapat dirasakan dengan pancaindera, seperti timbangan atau hitungan.

Prinsip keadilan perlu diterapkan dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam urusan perbankan. Islam memerintahkan manusia untuk bersikap adil dan perlakukan adil wajib ditegakkan terhadap sesiapa sahaja (Q. 42: 15).

KEWAJIPAN AGAMA

Berbuat atau sikap adil merupakan salah satu perintah wajib dalam agama Islam. Allah s.w.t dalam salah satu firman-Nya menyatakan hal tersebut secara tegas: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan. (Q.16: 90).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Iman Ahmad bin Hanbal. Rasulullah saw bersabda ;Ilmu itu ada tiga antaranya ialah kewajipan berlaku adil dalam membahagi.

ADIL SEBAGAI SYARAT

Dalam banyak aspek kehidupan beragama, sifat adil seringkali ditetapkan sebagai mutlak dalam sesuatu perkara. Tanpa sifat tersebut, maka perkara itu menjadi batal. Misalnya, seorang perawi hadis haruslah adil, dalam erti berpegang pad kebenaran dan kejujuran. Jika perawi tidak adil, maka hadisnya dianggap tidak sahih. Sifat adil juga menjadi syarat mutlak yang harus dimiliki oleh seorang hakim, pemerintah dan saksi dalam sesuatau perkara. Dalam menjalankan tugas, hakim dituntut untuk bersikap adil.

SUNATULLAH

Dalam al- Quran, keadilan disebut sebagai bahagian daripada hukum alam semesta, iaitu hukum keseimbangan (al-mizan), yang menjadi hukum alam atau sunatullah. Kerana merupakan sunnatullah, maka menegakkan keadilan merupakan suatu kemestian yang mutlak.

Apabila keadilan dilaksanakan, maka akan tercipta kebaikan; sebaliknya apabila tidak dilaksanakan, maka akan timbul malapetaka.

TAKWA

Al-Quran menjelaskan bahawa bersikap adil itu adalah tidak memilih bulu. Kepada golongan yang kita benci pun kita harus tetap adil. Menerapkan sikap adil dalam keadaan demikian akan mendelkatan kita kepada takwa, seperti firman Allah s.w.t: Dan jangnlah sekali- kali kebencian kamu terhadap sesuatau kamu itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua), kerana sikap adil itu lebih hamper kepada takwa. (Q.5: 8)

ZALIM

Berlaku adil berkait rapat dengan hak dan kewajipan. Hak yang dimiliki oleh seseorang, termasuk hak asasi harus diperlakukan dengan adil dan tidak boleh dengan zalim semena- mena. Zalim iaitu sifat sewenang- wenang dalam suatu perkara, merupakan kebalikan daripada sifat adil. Orang yang berbuat zalim diancam dengan siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti, kerana berbuat zalim termasuk salah satu dosa besar.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com