AL-ASMA AL-HUSNA

Kumpulan nama-nama yang menunjukkan kesempurnaan Allah SWT disebut al-Asma al-Husna, yang secara harfiah bererti “nama-nama yang baik”. Kata al-Asma al-Husna disebutkan dalam firman Allah SWT, “Katakanlah, ‘Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al-Asma al-Husna (nama-nama yang baik)’”(Surah Al-Isra ayat 110). Yang dimaksud dengan seru dalam kalimat itu adalah berdoa. Dalam surah lain disebutkan pula al-Asma al-Husna: “Hanya milik Allah al-Asma al-Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu” (Surah Al-Araf ayat 180). Kedua ayat di atas merupakan anjuran bagi manusia untuk berdoa kepada Allah SWT dengan al-Asma al-Husna. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, al-Asma al-Husna itu berjumlah 99, yakni 76 disebutkan dalam Al-Quran dan 23 dalam hadis. Al-Asma al-Husna yang kita kenal sekarang ini berasal dari keterangan Imam at-Tirmizi. Dengan menghafalkan al-Asma al-Husna, hubungan yang mantap antara Allah SWT dan hamba-Nya terbina. Selain itu, melafazkan al-Asma al-Husna dengan khusyuk juga akan menimbulkan perasaan tenteram dan tenang. Dengan mengingat nama Allah SWT, hati selalu dekat kepada-Nya.

Salah satu nama Allah SWT yang paling banyak disebutkan dalam Al-Quran adalah ar-Rahman (Maha Pemurah). Nama itu sering digunakan dalam Al-Quran sebagai pengganti kata “Allah”. Ketika Perjanjian Hudaibiyah (628), suku Quraisy tidak menerima nama ini. Oleh kerana itu, nama ini diduga belum pernah dikenal dikalangan bangsa Arab.

Ar-Rahim berasal dari kata Arab rahima yang bererti menyantuni, Maha Penyantun. Nama itu sering diterjemahkan Yang Maha Pengasih. Ar-Rahim menunjukkan sikap santun Allah SWT dalam setiap kejadian di muka bumi ini. Kata itu sering digabungkan dengan kata ar-Rahman.

Dalam hadisnya, Abu Hurairah mengungkapkan: “Allah itu mempunyai sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Siapa saja yang dapat menghafal nama-nama itu tentu masuk syurga. Dia adalah tunggal (Esa), senang kepada yang tunggal/ganjil.” Imam Bukhari mengatakan: “Barangsiapa yang menghitungnya tentu masuk syurga.”

Dari 99 nama Allah SWT yang baik (al-Asma al-Husna), yang paling banyak disebutkan dalam Al-Quran adalah ar-Rahman dan ar-Rahim, selain kata Allah SWT itu sendiri. Kerana itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa kalau 99 nama Allah SWT itu disusun berbentuk seperti piramid, maka puncaknya ialah ar-Rahman dan ar-Rahim. Inti ar-Rahman dan ar-Rahim itu adalah kasih. Dalam Al-Quran digambarkan bahawa Allah SWT mewajibkan kepada diri-Nya sifat kasih (Surah Al-Anaam:12). Selain itu, digambarkan pula bahawa sifat Allah SWT yang meliputi segala sesuatu  iaitu firman Allah SWT yang bermaksud, “… Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu…”(Q.7:156).

Ada orang yang percaya bahawa sebagian nama al-Asma al-Husna mempunyai keistimewaan. Apabila nama itu dilafazkan dengan hitungan dan cara tertentu, maka akan mendatangkan keajaiban, seperti kekuatan, kesaktian dan rezeki melimpah. Namun, hal itu merupakan rekaan belaka kerana tidak ada dalilnya.Adapun yang memiliki dalil adalah melafazkan dan menghayati al-Asma al-Husna dengan hati khusyuk. Pelafalan dan penghayatan itu akan menyucikan serta menenteramkan batin pembacanya. Hal itu terdapat dalam firman Allah SWT surah ar-Ra’d (13) ayat 28: “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” 

Catatan : Ibnu Fattah

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com