ABU AL-WAFA’ AL-BUZJANI

Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani adalah salah seorang ilmuwan muslim terkemuka dalam bidang matematik, disamping juga sebagai ahli astronomi. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Yahya bin Ismail . Nama gelarannya ialah Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani Al-Hasib.

Al-Buzjani adalah namanya yang diambil dari nama tempat kelahirannya, iaitu Al-Buzjan, iaitu sebuah desa kecil yang terletak di daerah Khurasan di Iran, atau antara Nishapur dan Harrah. Manakala gelaran Al-Hasib adalah gelaran umum yang diberikan kepada orang yang menekuni bidang ilmu matematik.

Dalam kesusastraan Arab, namanya biasa disebut dengan nama-nama berikut; Abu Al-Wafa’, Abu Al-Wafa’ bin Al-Abbas, Al-Buzjani, Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani.

Abu Al-Wafa’ dilahirkan di sebuah desa bernama Buzjan pada tahun 328H (940M). Tidak banyak rujukan sejarah yang menyebutkan secara lengkap tentang sejarah pendidikannya. Namun yang jelas, ketika usianya masih muda dia pernah mengunjungi  Baghdad pada tahun 348 H (959 M). Di sana dia belajar ilmu matematik dan ilmu astronomi. Dia kemudian mengajar dan menulis dalam bidang ini, disamping mengadakan penelitian  astronomi melalui teropong bintang milik pemerintah.

Al-Buzjani termasuk salah seorang ilmuwan muslim yang mengembang kan penelitiannya untuk pertumbuhan ilmu hitung kalculus. Kerana itu, dia banyak memberikan tumpuan bagi kebangkitan industri yang ada pada masa kita sekarang. Ini kerana gambar geometri dan kalculus dianggap sebagai tumpuan dasar bagi pengembangan industri dan teknologi, dan sebagai cara untuk mengukur berbagai bentuk dan ukuran yang sulit.

“Kitab Al-Madkhal ila Al-Aritsmatiqi,” dan aritmatika adalah sebahagian dari ilmu matematik.

“Kitab Ma Yahtaju Ilaihi Amal Wa Al-Kitab Min Shina’ati Al-Hisab.” Secara singkat buku ini dikenal dengan nama “Al-Manazil Fil Hisab” atau “Kitab Al-Manazil.” Buku ini ditulis oleh Al-Buzjani untuk digunakan oleh pegawai negeri. Dalam buku itu juga, dia menerangkan tentang kaedah ilmu hitung India, seperti goresan pada pasir dan bagaimana menghapusnya. Pada kenyataannya, ilmu hitung ini didasarkan pada cara hitung yang disebut “hitungan Romawi dan Arab” menurut cara penyelesaian penghitungannya.Kadang-kadang juga hanya dilakukan di dalam benak seseorang, dan dalam keadaan tertentu ada langkah penyelesaian dengan cara menghitung jari. Inilah yang saat dikenal dengn nama “hitungan tangan,” “hitungan akad,” dan “hitungan udara.” Kemudian untuk berinteraksi dengan bilangan pecahan, hitungan tangan menggunakan ukuran enam puluhan atau pecahan itu dirubah menjadi mata wang atau satuan ukuran. “Kitab Al-Manazil” telah menjadi dasar dalam menghitung yang pada masa Al-Buzjani. Penamaan buku “Al-Manazil” didasarkan pada keadaan aslinya, iaitu bahawa buku ini terbahagi menjadi tujuh manzilah (tingkatan), dan masing-masing manzilah terbahagi menjadi tujuh bab.

Keunggulan Al-Buzjani dalam ilmu astronomi dan matematik telah membuat para astronom dan ahli matematik barat merasa kagum sekaligus iri hati kepadanya. Bahkan kerana didorong perasaan ini, salah seorang dari mereka mengaku apa yang ditemukan oleh Al-Buzjani sebagai penemuannya sendiri. Misalnya, astronomi dari Denmark, Tycho Brahe (1546-1601). Dia menulis tentang ketidaksempurnaan ketiga pada gerakan bulan, dan dia mengaku bahawa itu adalah pendapatnya sendiri. Sebahagian sejarawan memang ada yang mengtakan bahawa ini adalah penemuan Brahe. Akan tetapi sebahagian yang lain ada yang juga membantah perkara itu. Masalah ini sempat menjadi perdebatan yang panjang, hingga dapat diyakinkan pada masa sekarang bahawa penemuan ketidak sempurnaan ketiga pada pergerakan bulan adalah Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani, bukan Tycho Brahe

Akhirnya para ilmuan barat mengembalikan penemuan hak Al-Buzjani kepadanya. Beliau juga  merupakan orang pertama kali memisahkan ilmu hitung trigonometri dengan ilmu astronomi. Abu Al-Wafa telah mencapai kedudukan yang paling tinggi dalam ilmu matematik.Karya-karya atau tulisan Al-Buzjani memiliki banyak keistimewaan dan segala karyanya dapat dimanafaatkan oleh semua orang. Segala isi karyanya begitu lenkap dan tidak mungkin dapat dilakukan oleh mereka yang bukan pakar atau ahli khusus dalam bidang tersebut.   

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com