AL-MAWARDI

Salah seorang ahli fekah terkenal Mazhab Syafi’I adalah al-Mawardi. Beliau lahir di Basra pada masa pemerintahan Abbasiyah. Nama lengkapnya adalah Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. Al-Mawardi muncul tatkala era politik ketika itu dikuasai oleh model pemerintahan yang tertutup, sehingga para ilmuan sukar untuk mengembangkan gagasan politik atau sistem pemerintahan mereka. Sistem kerajaan harus diterima bulat- bulat, dan tidak seorang pun berani berfikir atau mencari alternatif lain. Al-Mawardi bangkit dengan berani cuba menembus kebuntuan itu. Kendati gagasan politik tidak sehebat gagaasan pemikir Eropah, al-Mawardi dapat di sejajarkan dengan penggagas sistem politik moden lain. Beliau wafat pada 1058 dalam usia 83 tahun dan di makamkan di Bangdad.

Al-Mawardi berpendapat, negara ketika itu adalah sebuah kesatuan komuniti yang dipimpin oleh seorang khalifah yang memiliki autoriti penuh, baik yang diperolehi melalui proses pemilihan mahupun populariti. Hubungan antara pemimpin negara (khalifah) dan warganya adalah hubungan kontrak yang diikat dalam bai’ah. Bai’ah penguasa boleh dilakukan secara umum di hadapan seluruh rakyat, mahupun dilakukan di depan majlis syura (wakil-wakil rakyat).

Buku-buku hasil tulisan Al-Mawardi kebanyakannya berkisar mengenai  fikih dan politik. Antara karyanya yang terkenal adalah Kitab al-Hawi, Siyasah al-Mulk dan Qawanin al-Wizarah. Namun begitu, karya yang terpenting dan kerap dibicarakan oleh  orang ramai adalah al-Ahkamas-Sultaniyyah. Dalam buku inilah al-Mawardi mengungkapkan teori-teori politiknya bermula daripada permasalahan dalam - mencakupi siapa yang berhak memerintah, model pemilihan pemerintah, hingga hak dan kewajipan setiap penguasa dan warga negara. Buku ni adalah karya pertama dalam bidang politik yang ditulis secara cukup sistematik. Karya-karya  mengenai politik sebelum al-Mawardi umumnya ditulis dalam satu paket buku fikih.

Abu al-Hasan al-Mawardi menghabiskan masa remajanya di kota kelahirannya, Basra, Iraq. Beliau mempelajari ilmu-ilmu agama dan ilmu umum di beberapa buah lembaga pendidikan di Basra. Sejak kecil, al-Mawardi bercita-cita menjadi pegawai negeri serta berkhidmat untuk khalifah. Demi mencapai cita-citanya itu, beliau mendalami ilmu pengurusan dan pentadbiran negara yang pada saat itu hanya boleh diperolehi dalam bidang hukum politik serta jumlah pusat yang menawarkannya agak terbatas. Setelah  menyelesaikan pelajaran ilmu pengurusan dan pentadbiran negara, al-Mawardi bekerja sebagai hakim di sebuah daerah. Kariernya terus melonjak hingga akhirnya manjadi hakim untuk daerah paling istimewa iaitu Baghdad, ibu kota kerajaan Islam, Abbasiyah.  

SUSUNAN : SITI MARIAM AHMAD

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com