AL TABARI

Ibnu al-Tabari ialah sejarawan dan ahli tafsir terkemuka kelahiran Tabaristan (Iran). Nama lengkapnya ialah Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari. Namun, beliau terkenaldengan nama al-Tabari atau Ibnu Jarir al-Tabari.

Beliau dilahirkan pada 225 H/839 M di Amul, Tabaristan (Iran). Daerah itu merupakan tempat berkembangnya kebudayaan Islam. Namun, beliau lebih banyak menghabiskan waktunya di Baghdad. Di sana, beliau pernah dipilih menjadi hakim, tetapi beliau menolaknya.

Beliau juga diminta menjadi hakim yang menangani kezaliman para pegawai, namun beliau tetap menolaknya. Ketika berusia 85 tahun, beliau meninggal dunia di Baghdad pada 310 H/923 M. Kitab tafsirnya yang paling terkenal ialah Jami ‘al-Bayan fi Tafsir al-Quran atau Tafsir al-Tabari.

Kitab itu berkisar tentang tafsir hukum (fekah) kerana beliau juga merupakan fuqaha terkemuka melalui karyanya Ikhtilaf al-Fuqaha, (perbezaan pendapat para ulama).

TAFSIR AL-TABARI

Ketika menulis kitab Tafsir al-Tabari, beliau mengumpulkan bahan tentang tafsir bi al-ma’sur (tafsir al-Quran dengan al-Quran, hadis dan ijtihad sahabat). Kitab ini mengandungi penemuan hukum akidah dan fikah yang disimpulkan daripada al-Quran. Hingga kini kitab itu menjadi bahan untuk mendalami beberapa kenyataan dalam filologi.

TARIKH AL-TABARI

Karya sejarah al-Tabari yang terkenal ialah Tarikh al-Rusul wa al-Muluk atau dikenali dengan nama Tarikh al-Tabari. Kitab itu dianggap sebagai kitab sejarah Islam terlengkap. Dalam kitab itu dimuatkan maklumat yang tidak pernah ditulis oleh sejarawan sebelumnya.

Isi kitab itu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi sejarah Arab, Parsi dan Rom sebelum Islam. Bahagian kedua mengandungi sejarah pasca-Islam. Kitab sejarah al-Tabari tersebut hingga kini menjadi rujukan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

TEKUN BELAJAR

Dalam dunia ilmu pengetahuan, al-Tabari terkenal tekun mendalamiilmu yang dikuasainya. Beliau berusaha untuk belajar terus menerus tanpa mengenal waktu, hingga dapat menguasai banyak bidang ilmu pengetahuan Islam. Hal itu terbukti daripada karyanya yang mencakup pelbagai bidang ilmu. Namun, yang paling popular ialah karyanya dalam bidang tafsir dan sejarah.

PERJALANAN ILMIAH

Untuk melanjutkan pengajiannya ke pusat pengajian Islam, al-Tabari pertama kali berangkat ke Rayy, Iran. Setelah itu, beliau berpindah ke Baghdad untuk menemui Imam Hanbali. Namun sebelum sampai di kota tersebut, Imam Hanbali meninggal dunia (241 H/855 M).

Al-Tabari lalu pergi ke Wasit dan Basrah untuk mengikuti beberapa kuliah. Setelah itu beliau melanjutkan perjalanan ke Kufah untuk mendalami ilmu hadis dan ilmu yang berkaitan dengannya. Kemudian beliau kembali ke Baghdad untuk belajar ilmu al-Quran dan fikah, khususnya fekah Syafie.

Pada 253 H/867 M, beliau pergi ke Fustat, Mesir, dan singgah di Syria untuk belajar ilmu hadis. Setelah itu, beliau kembali ke Baghdad dan berjaya menulis pelbagai karya besar yang masih banyak digunakan hingga hari ini.

KARYA RUJUKAN

Kitab Tarikh al-Rusul wa al-Muluk dianggap sebagai karya yang sangat besar. Oleh itu, para ahli sejarah sesudah zaman al-Tabari menjadikan kitab tersebut sebagi rujukan utama. Bahkan Ibnu Asir (seorang sejarawan besar sesudah al-Tabari) mengungkapkan dalam pendahuluan kitabnya (al-Kamil fi al-Tarikh) bahawa beliau menulis karyanya setelah mendapat ilham daripada karya al-Tabari.

Susunan : Muhammad Rahmat

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com