ALHAJJAJ IBN YUSUF ATS TSAQAFI SI TUKANG PENYEMBELIH

Al-Hajjaj ibn Yusuf lahir Jun 661M di Taif paling terkenal sebagai seorang panglima perang Kerajaan Islam Ummaiyyah. Beliau merupakan pemuda Arab yang berasal dari suku kaum Thaqafi. Oleh kerana jasanya dalam pentadbiran kerajaan yang besar, Khalifah Abdul Malik b. Marwan telah melantik beliau menjadi Gabenor Hijaz, Iraq, Yamamah dan Yaman.

Nama sebenar Hajjaj ialah Khalib dan ada sejarawan memangilnya sebagai Khulayb (anak anjing). Ia adalah  tangan kanan khalifah Abd Malik bin Marwan khalifah ke empat Dinasti Bani Ummayyah.

Setelah dilantik oleh khalifah sebagai Panglima Besar tentera kerajaan Bani Ummaiyyah, Hajjaj ditugaskan untuk menghapuskan kerajaan Hijaz pimpinan Abdullah ibn Zubair.

Seorang tokoh dalam sejarah Islam yang sangat kontroversial pada kekuasaan nya dan dinilai sebagai seorang peminpin yang tepat untuk mengembangkan amanah kepimpinan dalam situasi Negara diancam oleh pemberontak.

Imam Az-Dzahab menyebut:”Al-Hajjaj merupakan orang yang sangat suka berbuat kezaliman,kejam dan suka menumpahkan darah. Namun ia memiliki keberanian,seorang yang cerdik,pemidato yang hebat,fasih berbahasa arab dan cinta pada Al-Quran. Ia memiliki kebaikan yang banyak dalam lautan dosa-dosanya. Kita menyerahkan tentang beliau ini kepada Allah SWT”.

Setelah tumbuh dewasa, Hajjaj yang fasih membaca dan menghafal al-Qur’an mula tertarik dalam bidang ketenteraan, berhijrah ke Syam, pusat pemerintahan Empayar Umayyah.Al-Hajjaj seorang yang bijak, cerdas dan berwawasan.

Setelah diperkenalkan kepada  Khalifah Abdul Malik Hajjaj kemudian dilantik sebagai salah seorang komandan tentera, dan seterusnya melakukan beberapa pembaharuan termasuk memperkemas disiplin tentera. Beliau kemudiannya dilantik sebagai seorang panglima tentera Bani Umayyah.

Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-

  • Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.
  • Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.
  • Mengukuhan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.
  • Membuka beberapa negara di utara Iraq sekarang seperti Bukhara , Bandar Wasit (berhampiran Kufah dengan Basrah di Iraq ) , membuka Wilayah Sindi dan Hindi ( sekarang India ) dan juga Oman . Mengasaskan sistem mata wang dirham yang bertulis kalimah at-Tauhid , sistem cukai dan juga sistem pertanian yang moden ( di zaman itu ) .

Sikap tegasnya menyebabkan tentera tidak mampu ‘angkat muka’; mana-mana tentera yang enggan berperang, akan dipenjarakan dan kediaman mereka akan dibakar.

Ramai yang kecewa dengan tindakan tersebut, lalu mengadu kepada Khalifah Abdul Malik. Hajjaj cukup tenang berhadapan dengan dakwaan itu, dan kepada Khalifah  dijawabnya:’ Pada dasarnya, Andalah yang melakukannya wahai Amirul Mukminin, kerana aku adalah kepanjangan tanganmu dan cemetimu.”

Khalifah serba-salah, merasakan jawapan Hajjaj adalah sesuatu yang wajar dan lojik. Sesuatu jawapan yang bersifat propaganda, walaupun faktanya sukar diterima sebagai benar dan betul.

Namun disebalik itu Hajjaj juga dikenali sebagai seorang yang dermawan,tidak menperkayakan diri, dan tidak pernah mengkhianati khalifah. Kesetiaan nya keatas pemerintah tiada tolak bandingnya. Namun seolah-olah kebaikannya terhapuskan oleh  kekejamannya.

Atas kekuatan itu, Umayyah berjaya merebut kembali wilayah-wilayah kekuasaan yang sebelumnya berpecah,  kecuali wilayah Hijaz. Akhirnya beliau juga berjaya menewaskan Az-zubir  dan menguasai hijaz kembali. Walaupun usia az-Zubair sudah mencecah 70 tahun, ketangkasan gerakannya tidak terjejas oleh batas usia, jiwanya kental untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja, walaupun usia mereka adalah lebih muda.  Semangat jihad az-Zubair adalah cukup tinggi, dan tidak akan menyerah kalah dengan mudah kepada Bani Umayyah.

Pertempuran berakhir dengan kematian az-Zubair (17 Jamadil Awal 73H/). Az Zubair yang sekian lama bertahan, akhirnya rebah setelah kepalanya dihempap seketul batu.

Ketaatannya kepada Khalifah adalah ketaatan yang membabi-buta kerana bagi beliau , Khalifah adalah seorang raja yang tidak boleh disanggah dan sesiapa sahaja yang menyanggah Kerajaan Umawiyah di saat itu , dianggap sebagai bughah  ( pemberontak / penderhaka ) dan wajib dibunuh .

Selepas kematian Abdul Malik, Hajjaj berkhidmat pula dengan Khalifah Al-walid bin Abdul Malik dan Sulaiman Abdul Malik. Kebengisan dan kekejamanya bertambah-tambah ‘menggila’ dalam  pelbagai posisi termasuk sebagai seorang gabenor.

Itulah secebis kisah daripada kehidupan seorang panglima tentera / Gabenor yang bernama “ al-Hajjaj Bin Yusuf ats-Tsaqafi “. Memang beliau seorang yang kejam dan zalim , akan tetapi kekejaman dan kezalimannya tidaklah menyebabkan beliau boleh “ duduk berpeluk tubuh “ apabila Islam dihina oleh musuh-musuh Islam .

Akan tetapi di dalam dunia hari ini , ramai pemimpin yang mengaku beragama Islam , akan tetapi mereka bukan sahaja menghina dan memperlekehkah Islam itu sendiri , malahan sanggup pula membiarkan kemurtadan dan kemungkaran itu berleluasa tanpa ada sebarang pencegahan yang serius.

Maka , siapakah yang lebih zalim daripada al-Hajjaj ini sebenarnya

Yang baik daripada beliau kita jadikan sebagai contoh teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan .

Hajjaj meninggal dunia pada malam 27 Ramadhan  95H/714M, di Wasit, Irak.

Catatan : Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com