AZAB

Dalam erti keagamaan, hukuman yang ditimpakan kepada seseorang sebagai akibat dari perbuatannya disebut azab.Hukuman itu sendiri ada dua macam, iaitu yang berasal dari Allah SWT dan yang dilakukan suatu golongan terhadap golongan lain. Contoh hukuman dari Allah SWT adalah hukuman yang ditimpakan kepada Firaun dan para pengikutnya agar mereka menyedari kekeliruannya dan kembali ke jalan yang benar (Maksud Al-Quran surah Az-Zukhruf ayat 48). Adapun contoh hukuman dari satu golongan kepada golongan yang lain adalah siksaan yang dilakukan Firaun serta para pengikutnya terhadap Bani Israil dan pembunuhan semua bayi laki-laki mereka (Q.2:49; 7:141; 14:6; 44:30,31). Dalam Al-Quran dijelaskan bentuk dan sebab azab. Contoh sebab azab kerana kafir kepada Allah SWT diterangkan dalam Surah Al-Anfal ayat 35 dan mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam Surah Al-Araf ayat 36-39. Salah satu contoh bentuk azab Allah SWT di neraka adalah minuman dari air yang sedang mendidih.Ini terdapat dalam Surah Al-Annam ayat 70.

Pada umumnya Kaum Asy’ariyah (penganut aliran Asy’ariyah) menyakini adanya azab Allah SWT yang ditimpakan kepada manusia ketika masih berada di dunia ini. Dalam Al-Quran dikisahkan adanya azab dalam berbagai bentuk bencana alam. Bangsa-bangsa terdahulu yang ingkar atau zalim tertimpa bencana itu, misalnya angin kencang yang sangat dingin dan membinasakan kaum Ad (Surah Al-Haqqah ayat 6). Nabi Hud AS diutus Allah SWT untuk memberi peringatan kepada kaum Ad yang sesat (Surah Al-Ahqaf ayat 21) kerana mereka menyembah objek lain selain Allah SWT. Mereka tidak mahu mendengarkan Nabi Hud dan tetap membangkang. Akhirnya, Allah SWT menurunkan azab kepada kaum Ad dalam dua tahap. Salah satu azabnya berupa kekeringan atau kemarau yang sangat dashyat.

Sebelum bencana banjir diturunkan, Nabi Nuh AS sudah mengingatkan umatnya akan azab Allah SWT. Namun mereka tetap membangkang dan menolak ajakan Nabi Nuh AS. Akhirnya bencana banjir besar ditimpakan kepada kaum Nabi Nuh AS kerana mereka berbuat zalim. Atas perintah Allah SWT, Nabi Nuh AS dan kaumnya yang bertaqwa membangun bahtera besar agar mereka terhindar dari bencana banjir.

Menurut tafsir Ibnu Kasir, ada dua pendapat tentang azab kubur. Yang pertama menyatakan bahawa azab kubur berbentuk penyiksaan secara fizikal, sedangkan yang kedua berpendapat bahawa azab kubur hanya merupakan pengalaman rohani. Meskipun demikian, tidak semua ulama, terutama ulama moden, berpendapat bahawa azab kubur itu ada. Sebagian dari mereka tidak percaya akan adanya azab kubur.

Para ahli ilmu kalam berpendapat bahawa azab diakhirat berlaku secara fizikal. Hal ini didasarkan pada keyakinan mereka tentang adanya kebangkitan jasmani seperti dinyatakan dalam firman: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh? Katakanlah: Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya  kali pertama”(Surah Yasin ayat78-79). Kaum sufi menolak kebangkitan jasmani. Menurut mereka, yang jasmani bersifat sementara. Yang akan dibangkitkan di akhirat adalah yang rohani. Oleh kerana itu, azab akhirat itu bersifat rohani.

Catatan : Ibnu Hayyan

 

 

 

 

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com