BOSNIA - SECEBIS SEJARAH YANG DILUPAKAN

Antara tabiat buruk manusia adalah sifat pelupa, lebih-lebih lagi tentang peristiwa sejarah yang pernah menimpa umat Islam. Keganasan terorisme yang dilaksanakan rejim Zionis Israel ke atas umat Islam Palestine, sebenarnya mengingatkan seluruh ummah sedunia, tentang genosid yang dilakukan puak Serb, di Bosnia-Herzegovina. Untuk memahami keganasan yang sedang berlaku di Palestine, perlu memahami pertempuran agama yang berlaku di Bosnia, antara tahun 1992 hingga 1995 dahulu.

Perang pemusnahan yang dilancarkan oleh Serbia terhadap umat Islam Bosnia, di mana kira-kira 200 ribu orang Islam gugur syahid, 60 ribu wanita, ibu, kakak dan adik-adik seagama dirogol, dan hingga 2 juta muslim Bosniak dan bangsa Croat terpaksa menjadi pelarian.

Wartawan CNN terkenal, Christiane Amanpour, telah menyebut bahawa genosid orang Islam Bosnia adalah:

“Pembunuhan orang awam yang disengajakan - bukan perang antara dua kuasa tentera. Matlamat Serb Bosnia adalah untuk membunuh dan menghapuskan orang awam ini secara etnik dari wilayah yang mereka mahu ukir, sebagai sebuah negara untuk diri mereka sendiri dari segi etnik.

“Ia adalah padang permainan yang sama sekali tidak rata, sehinggalah pada fakta bahawa mereka bertenggek di atas pergunungan di sekeliling Sarajevo, membedil dan menembak penduduk yang kebanyakannya beragama Islam di Sarajevo, Srebrenica dan bandar-bandar lain yang terkepung di kawasan lembah. Tiada apa-apa yang terlarang: sumber makanan dan air, hospital, sekolah; malah lintasan jalan menjadi sasaran.”

Holocaust itu berlangsung selama 4 tahun, di mana orang Serbia merobohkan lebih daripada 800 masjid, beberapa daripadanya bermula pada abad ke-16 Masihi.

Mereka membakar Perpustakaan Sejarah Sarajevo, dan perlindungan dari campur tangan PBB tidak menjanjikan apa-apa keselamatan kepada warga Islam Bosnia. Tentera keturunan Serb memasukkan secara paksa, beribu-ribu orang Islam ke dalam kem tahanan, menyeksa mereka, membiarkan mereka kelaparan, sehingga tinggal rangka.

Apabila seorang pemimpin Serbia ditanya mengenai perkara ini, dia menjawab; “Kerana mereka tidak makan daging babi!”

Akhbar The Guardian pada waktu itu, menerbitkan pembunuhan beramai-ramai Bosnia, dengan peta penuh menunjukkan lokasi kem-kem di mana muslimah dirogol. 17 kem besar, sebahagian daripadanya wujud di dalam Serbia sendiri.

Pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica

Jenayah yang paling terkenal dan terkutuk berlaku di Srebrenica. Tentera Salib moden berbangsa Serb ini, mengepung Srebrenica selama dua tahun. Serangan tidak berhenti seketika, pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, dicetuskan pada Julai 1995 ke atas lebih 8,000 lelaki dewasa dan kanak-kanak Islam keturunan Bosniak, di dalam dan sekitar bandar Srebrenica. Pembunuhan itu dilakukan oleh unit Tentera Serb Bosnia Republika Srpska (VRS) di bawah pimpinan Ratko Mladić.

Sebelum kejadian pembunuhan beramai-ramai itu, PBB telah mengisytiharkan kawasan yang dikepung Srebrenica, di timur Bosnia, sebagai “kawasan selamat” di bawah perlindungan PBB. Walau bagaimanapun, PBB gagal untuk memusnahkan Tentera Republik Bosnia dan Herzegovina. Tentera Battalion Belanda yang bersenjata ringan UNPROFOR tidak dapat menghalang Srebrenica tewas dan pembunuhan beramai-ramai berikutnya. Dipercayai bahawa Battalion Belanda juga bersekongkol dengan tentera Serbia.

Tentera Serbia telah mencuri sebahagian besar daripada bantuan seluruh dunia yang tiba di bandar itu. Kuasa-kuasa Eropah pula mendesak umat Islam untuk menyerahkan senjata mereka sebagai pertukaran untuk keselamatan.

Senarai orang hilang atau terbunuh semasa pembunuhan beramai-ramai yang disusun oleh Suruhanjaya Persekutuan Orang Hilang Bosnia mengandungi 8,372 nama. Sehingga Julai 2012, 6,838 mangsa pembunuhan beramai-ramai telah dikenal pasti melalui analisis DNA bahagian mayat yang ditemui dari kubur besar; dan sehingga Julai 2021, 6,671 mayat telah dikebumikan di Pusat Memorial Potočari, manakala 236 lagi telah dikebumikan di tempat lain.

Kisah-kisah pengalaman peribadi orang Bosniak yang berjaya melarikan diri dari Srebrenica, Sarajevo dan daerah berdekatan, sungguh menyayat hati, terutama sekali bagi seorang muslim.

Puak Serb memisahkan lelaki dari perempuan Bosnia, dan membunuh 8000 lelaki muslim, dengan tidak menghiraukan usia. Bagi muslimah, kehormatan mereka dicabul, dan ada yang dibakar hingga mati. Seorang ibu memegang tangan askar Serbia dan merayu agar dia tidak disembelih, namun dia tetap dipenggal kepalanya.

Setelah penyembelihan orang Islam Bosniak berlangsung, ahli politik Serbia, Radovan Karadzic, masuk bandar Sarajevo dan berkata;

“Srebrenica kepunyaan Serbia, dan kini kembali dalam pelukan Serbia.”

Apabila askar-askar Serbia ditanya tentang jenayah rogol, mereka berkata bahawa “Kami mahu wanita Islam melahirkan anak berbangsa Serbia.”

Umat Islam sedunia wajib memperingati Bosnia, Sarajevo, Banja Luka, dan Srebrenica. Dan jangan melupakan pembunuhan di Balkan. Jangan lupakan Granada. Jangan lupakan Palestin. Jangan biarkan slogan toleransi dan Hak Asasi Manusia menutup keganasan yang dilakukan terhadap orang Islam selama ini.

Di tengah-tengah berlangsungnya pembunuhan di Bosnia, satu akhbar Perancis telah menulis: “Ia jelas kepada kita daripada butiran tentang apa yang berlaku di Bosnia, bahawa hanya orang Islam yang mempunyai budaya cantik dan beradab.”

Sejarah keganasan dan pembunuhan ke atas umat Islam seluruh dunia, bukanlah kisah untuk diceritakan sewaktu menunggu tidur, tetapi sejarah ini sepatutnya menjadi pembakar semangat kebangkitan dan penyatuan, buat seluruh ummah.

Oleh: Ummu Khadeejah Abdullah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com